Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZMIN TAK PERLU MEMANDAI MANDAI, PUTUSKAN SAHAJA PERHUBUNGAN DENGAN PAS

AZMIN TAK PERLU MEMANDAI-MANDAI DALAM PERCATURAN POLITIK, PAS LEBIH FAHAM TENTANG RAKYAT BERBILANG KAUM, YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA ISU KONSEP PERUBAHAN POLITIK BUKAN KERANA SIKAP PAS AKAN TETAPI SIKAP TAMAK DAN HALOBA PAKATAN HARAPAN DAN ANTI DASAR PAS

MENGAPA ISU CALON DI SG BESAR INI BERIA-IA AZMIN TIMBULKAN ? KERANA MEJORITI TIPIS BUKAN ? ZMIN TAK PERLU NAK BAGI BERBAGAI HUJAH, PAS SUDAH BELAJAR DI SARAWAK, APA KAMU INGAT PAS DAN PIMPINANYA BODOH DALAM PERCATURAN POLITIK  SEMASA ?

JIKA KAMU MASIH TIDAK BERPUAS HATI, MAKA ITU MUDAH, KAMU ISTIHARKAN SAHAJA BAHAWA PKR PUTUSKAN HUBUNGAN POLITIK DENGAN PAS, KEMUDIAN KAMU BOLEH BUAT APA YANG KAMU SUKA MAHU LETAK CALON ATAU SEBALIKNYA. PERLU DI INGAT BAHAWA PKR TIDAK SEKUAT MANA, PKR HANYA BERGANTUNG KEKUATANNYA DENGAN PAS, JIKA KAMU TAK PERCAYA AYUH TUNJUKKAN JANTAN KAMU PUTUSKAN SAHAJA HUBUNGAN DENGAN PAS - Pak Karamu


Pas perlu lihat perubahan politik semasa
Azmin Ali
Azmin Ali

HULU KELANG - Senario politik yang berbeza perlu diambil kira oleh Pas dalam isu meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak dinafikan Pas mempunyai hak untuk mempertahankan kerusi tradisi tersebut, namun parti itu perlu melihat perubahan politik semasa.

Beliau berkata, besar harapannya supaya isu calon itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun depan.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha berbincang dengan semua wakil parti pembangkang sama ada Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam isu calon untuk menguatkan jentera sebagai persediaan menentang BN.

“Jika kita berpegang kepada objektif yang sama (iaitu) mahu menewaskan BN dan menurunkan perdana menteri, kita pasti mampu capai kata sepakat,” katanya.

Ditanya sama ada isu dalaman PKR dan pentadbiran kerajaan negeri boleh memberi kesan kepada PRK nanti, beliau katanya, perkara itu tidak menjejaskan undian kepada Pakatan Harapan, sebaliknya tumpuan lebih kepada masalah rakyat.

“Kerajaan negeri bertanggungjawab dengan prinsip telus dan tulus. Jika ada aduan atau bukti melibatkan sebarang dakwaan, kita syorkan bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang perlu dijelaskan dan difokuskan adalah isu rakyat (seperti) kenaikan harga barangan (dan) kos sara hidup. Saya ingatkan kepada komponen parti supaya tidak menyebar fitnah atau (melancarkan) serangan politik, sebaliknya tumpukan kepada fakta dan rekod prestasi kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada pembangkang, dengan syarat mereka bekerja keras.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.