Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADIAH LAPORAN POLIS UNTUK MAHADHIR

Laporan polis isu dakwaan Agong kena 'tahanan rumah'
Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Tunku Abdul Aziz Ibrahim

KUALA LUMPUR - Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang di-Pertuan dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.

Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat".

Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mengambil perhatian  bahawa beberapa protal berita telah melaporkan mengenai perkara itu.

Katanya, Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Dr Mahathir) dakwa telah dikumpulkan.

"Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka, Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.

Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan Dr Mahathir itu telah menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana menteri itu. – Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bodoh punya orang.... tak tahu antara reality dan sindiran..

Sudah nyanyok kot dia ni.

Unknown said...

Mahathir lupa selain raja, dia juga belum pernah kena tahan.. sebab tu ramai ahli parti pembangkang sanggup perhambakan diri pd si dewa Mahathir..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.