Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAMU AMANAH NAK LAWAN BN KE ? ATAU NAK LAWAN PAS ? JAWAB ! BAGI RAKYAT DENGAR !!!

'Pas tak ganggu rumah tangga orang'
Pas

KUALA LUMPUR - Pas menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai kaitan terhadap penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, masalah yang berlaku di dalam Pakatan Harapan seharusnya tidak boleh dikaitkan dengan Pas.

Ini kerana menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu, Pas tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi sebarang keputusan  memandangkan parti Islam itu bukan dalam komponen Pakatan Harapan.

"Apa pasal ada kena mengena dengan kami pula? Masalah bergaduh isteri orang dengan suami orang tak kan jiran sebelah nak tentukan cerai atau tidak.

"Itu rumah orang. Kami tidak campur dengan rumah tangga orang," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan buat kali kedua menangguhkan mesyuarat Majlis Presidennya bagi membincangkan isu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Penangguhan itu dikatakan berpunca daripada Pas yang gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu tersebut.


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding untuk kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Dalam pada itu, Idris berkata, beliau turut menyangkal pandangan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengatakan parti itu mahu bertanding kerana mahu menjadi pendamai antara PKR dan Pas di Selangor.

"Kalau bahasa yang paling mudahnya adalah analogi yang tidak tepat. Kamu (Amanah) nak lawan kerajaan atau nak lawan Pas? Kami nak lawan BN.

"Terpulang kepada Amanah. Kami nak bertanding. Itu kerusi kami. Tidak timbul kami rampas hak orang atau tidak," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.