Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KURSI TRADISI PAS DI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR

Pas umum calon PRK Jumaat ini
Idris Ahmad
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Pas akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jumaat ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pengumuman itu akan dibuat di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini.

"Kita akan umum calon bagi mewakili Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jumaat malam," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Pas sebelum ini tetap bertegas untuk bertanding di dua PRK tersebut dengan alasan kerusi itu secara tradisinya milik Pas.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu juga mengulangi pendirian bahawa parti Islam itu tetap akan bertanding walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.