Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MIKE MEMANG ANAK JANTAN

Syed Rosli sahkan tanding PRK sebagai calon bebas
Syed Rosli Jamalullail
Facebook Syed Rosli yang mengumumkan beliau akan menjadi calon PRK.

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

Menurut Syed Rosli, kedua-dua calon daripada BN dan Pas bukan merupakan anak tempatan dan keadaan itu akan menyebabkan pihak berkenaan gagal untuk memahami kehendak serta keperluan rakyat di Kuala Kangsar.

“Di sini saya ingin umumkan secara rasminya yang saya akan bertanding pada PRK Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua-dua calon dari Pas dan BN yang bukan anak tempatan ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,”tulisnya di laman sosial Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Syed Rosli turut memaklumkan bahawa beliau sebagai ahli Umno turut merasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh lebih layak berbanding balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datin Mastura sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Pengumuman berkenaan telah mengejutkan banyak pihak memandangkan Datin Mastura masih berada dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari.

Selain daripada itu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Datuk Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon Pas bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.