Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIB MEREKA AKAN DITENTUKAN PADA 27 MEI


Kes profil tinggi: Lembaga Disiplin Umno enggan adili



Kes profil tinggi: Lembaga Disiplin Umno enggan adili



SHAH ALAM – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan merujuk kes disiplin tiga pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mei ini.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin telah memulangkan kes tersebut kepada beliau dan tidak mahu mengadilinya kerana menyifatkan masalah disiplin itu sebagai kes berprofil tinggi.


“Kita telah dapat laporan (daripada Lembaga Disiplin). Saya akan bawa laporan tersebut untuk diputuskan oleh MT Umno. Oleh kerana pihak Lembaga Disiplin tidak mahu meneruskan (prosiding) seperti mana yang selalu dilakukan.


“Lembaga Disiplin fikir ini kes berprofil tinggi, dia pulangkan balik kepada kita. Jadi MT Umno terpaksa mengambil keputusan, terserah kepada MT Umno untuk membuat keputusan, apa yang dia nak ambil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Komuniti 1Malaysia di Apartment Presint 14-12, di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin pada Rabu lalu yang mendakwa beliau tidak pernah menerima surat tunjuk sebab daripada Umno terhadap sebarang salah laku sebelum parti mengambil apa-apa tindakan.


Muhyiddin berkata, beliau juga tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin mengenai apa-apa pertuduhan melanggar disiplin parti terhadapnya.


Mengulas lanjut, Tengku Adnan juga membidas tuduhan Muhyiddin terhadapnya bahawa tindakan beliau tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan Umno.


"Sebenarnya saya ikut peraturan, hanya Lembaga Disiplin yang telah pulangkan balik (kes) kepada MT Umno kerana kes ini berprofil tinggi untuk Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz.


"Tak timbul soal itu (tak ikut peraturan), memang selalu bagi ahli-ahli biasa kita buat (ambil tindakan disiplin). Kita minta mereka datang, dalam masa dua minggu. Ada cawangan-cawangan yang kononnya buat gerakan nak jatuhkan presiden. Tak jalan pun

.
"Bila kita ambil tindakan kepada mereka, hantar surat, dalam dua minggu kena jawab dan hadirkan diri. Malahan Tan Sri Mahyuddin ada pergi ke salah satu (cawangan) menghantar mereka di ibu pejabat Umno waktu mereka dipanggil," jelasnya.


Tengku Adnan berkata lagi, keengganan Lembaga Disiplin membuat keputusan dan menyerahkannya kepada MT Umno untuk menentukan nasib tiga pemimpinnya itu tidak menyalahi Perlembagaan parti.


"Tidak langgar (peraturan). Perlembagaan jelas bahawa MT Umno berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi dan juga boleh buat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tata etika parti dan Perlembagaan," ujarnya.


Beliau turut berkata, penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno pada 26 Februari lalu turut diputuskan oleh MT Umno, setelah kes itu dipulangkan Lembaga Disiplin kepada beliau dengan memberi alasan sama.


"Kes dulu kita yang buat (keputusan) supaya Muhyiddin digantung. Kes ini sama juga apabila Lembaga Disiplin tak nak buat keputusan, jadi MT Umno kena ambil keputusan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.