Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NGKEL TERBAKAR

44 kereta dalam bengkel musnah terbakar
44 kereta dalam bengkel musnah terbakar
Api sedang marak dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 44 buah kereta dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi. - Foto Bernama

SEREMBAN - Sebanyak 44 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba dilokasi kejadian 39 minit kemudian.

Katanya seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.

"Sebaik tiba dilokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya belasan kenderaan sahaja terbakar.

"Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian (2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin bertambah iaitu sebanyak 44 kereta," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Badroltamam berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.