Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAJA AHMAD ISKANDAR LAYAK

Siapa calon pilihan Kuala Kangsar?
PRK Kuala Kangsar

BAHANG PRK Parlimen Kuala Kangsar sudah mula terasa dengan beberapa nama sudah disebut-sebut sebagai calon bagi mewakili parti yang sudah menyatakan minat untuk bertanding.


Tumpuan sudah tentunya terarah kepada BN yang akan mempertahankan kerusi didominasi sejak merdeka lagi.


Sejak kekosongan kerusi itu diumumkan awal bulan lalu berikutan pemergian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad akibat nahas helikopter, ramai yang mula meneka siapa calon yang akan menggantikan Allahyarham.


BN ada 12 nama popular


Berdasarkan maklumat yang diterima, sekurang-kurangnya terdapat 12 nama disenaraikan oleh BN untuk dipilih sebagai calon mewakili parti itu pada PRK kali ini.


Jumlah itu dilihat ramai selepas dua sayap Umno iaitu Pemuda dan Wanita turut mempunyai senarai mereka sendiri selain Umno Bahagian Kuala Kangsar yang turut mempunyai calon pilihan.


Sudah menjadi tradisi pada kebiasaannya Umno bahagian akan mengemukakan calon yang sesuai terutama pimpinan tertinggi di peringkat bahagian tersebut, begitu juga Umno Bahagian Kuala Kangsar.


Walaupun Pemangku Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie sebelum ini menjelaskan beliau tidak berminat untuk bertanding namun Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman turut dikatakan bakal menjadi calon.


Memandangkan sebelum PRU13 kerusi parlimen itu milik Wanita Umno, tidak hairanlah jika Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim turut mengemukakan calon.


Beberapa nama yang disebut dikatakan mewakili sayap Umno itu termasuklah Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, Aishah Halid malah isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd Yazid turut dikatakan dalam senarai selain beberapa nama lain.


Bagi calon Pemuda Umno, nama Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid dikatakan antara yang dihantar untuk dipertimbangkan.


Dalam pada itu, terdapat calon menunggu yang bukan daripada Umno Bahagian Kuala Kangsar tetapi dirasakan sesuai mewakili BN memandangkan individu tersebut sudah pun dikenali oleh masyarakat tempatan.


Untuk itu, nama bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari turut tersenarai dan ada pihak melihat beliau mempunyai potensi memandangkan pengaruhnya masih ada.


Tetapi bekas Adun Manong itu memerlukan mandat daripada Umno Bahagian Kuala Kangsar itu sendiri jika mahu dicalonkan memandangkan konflik yang berlaku sebelum ini antara mereka.


Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, antara nama lain yang turut disebut-sebut adalah seorang pengamal perubatan, Dr Hashim Bujang dan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Perak, Shamlan Zabaai.


Kedua-dua calon berkenaan biarpun tidak sepopular calon lain tetapi mempunyai kelebihan dari sudut latar belakang peribadi dan merupakan golongan profesional.


BN kini bukan sahaja perlu memilih calon yang diistilahkan sebagai winnable dan likeble, tetapi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sekurang-kurangnya setanding dengan perkhidmatan ditinggalkan Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.


Melihat kepada kriteria itu, BN perlu juga mempertimbangkan satu lagi nama yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat di Kuala Kangsar iaitu Pengetua Madrasah Idrisiah, Khairul Anwar El-Syazalli Musa.


Pernah menjadi Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Khairul Anwar kini begitu aktif dalam Gerakan Pengguna Perak selain beliau merupakan anak jati Kuala Kangsar.


Berdasarkan keseluruhan calon itu, empat atau lima calon akan disenarai pendek oleh BN dan antara nama yang dijangka berada dalam senarai itu adalah Ramly, Dr Hashim, Shamlan dan Mastura.


Pemilihan calon yang tepat harus dibuat BN untuk memastikan mereka bukan sahaja menang tetapi memperoleh majoriti yang lebih besar seperti mana yang dilaungkan Pengerusi Pemuda BN Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor.


Lima calon Pas jadi sebutan

Di kem Pas pula, sekurang-kurangnya lima calon disenaraikan untuk bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.


Antara nama popular yang juga anak tempatan dikaitkan adalah Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.


Raja Ahmad Iskandar dikatakan mampu memberikan kemenangan kepada Pas sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru memandangkan hubungan baik dengan masyarakat selain memahami budaya politik di Kuala Kangsar.


Selain itu, nama bekas calon Pas bagi Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 lalu, Khalil Idham Lim Abdullah turut dikatakan tersenarai dalam calon yang dibawa ke Majlis Syura Pas.


Tiga nama lagi merupakan ‘orang kuat’ Pas negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussolehah Ahmad dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri.


Ketiga-tiga calon itu mempunyai jawatan di peringkat Pas Pusat yang mana Razman merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal manakala Najihatussolehah adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hafez pula Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda Pas Pusat.


Jadi, tidak hairanlah jika Razman sebelum ini sudah pun memberikan bayangan bahawa calon yang dicadangkan itu mampu memperjuang isu-isu di peringkat nasional.


Penyenaraian satu-satunya calon wanita oleh Pas dilihat strategi untuk menarik sokongan golongan wanita untuk mengembalikan kerusi itu kepada kaum hawa sementara Hafez disenaraikan bagi mewakili orang muda. Amanah semangat cuba nasib


Selain tumpuan terhadap BN dan Pas, parti berusia tujuh bulan iaitu Amanah juga sudah mempersiapkan jentera mereka bertanding di PRK Parlimen Kuala Kangsar.


Selepas rundingan Pakatan Harapan bersama Pas menemui jalan buntu bagi meletakkan calon satu lawan satu di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Amanah kini bersemangat untuk mencuba nasib di sana sekali gus bakal membentuk pertandingan tiga penjuru.


Amanah dikatakan bakal menampilkan semula calon-calon yang pernah bertanding di situ ketika bersama Pas pada PRU sebelum ini iaitu Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi yang pernah bertanding pada 1998, Timbalan Pengerusi Amanah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (2004) dan Ahli Jawatankuasa Amanah Perak, Dr Khairuddin Abd Malik yang pernah menjadi calon pada PRU12.


Selain itu, satu nama lagi yang disebut berdasarkan tersebarnya poster baru-baru ini adalah ahli Amanah yang juga ahli akademik, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli namun Amanah Perak menafikan mereka menghasilkan poster itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.