Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG TAKUT SANGAT DENGAN RUU TU PASAL APA ?

Noh nafi bentang RUU ada kaitan PRK
Noh Omar
Noh Omar

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menolak dakwaan yang mengatakan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang hari ini dibenarkan kerajaan demi untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut beliau, Pas sebelum ini turut memaklumkan bahawa parti berkenaan akan meletakkan calon dalam PRK akan datang dan ianya tidak ada kaitan dengan usul tersebut.

"Dari segi politik, bila kita BN bersetuju bil persendirian ini dinaikkan ke atas, ia secara logiknya adalah merupakan satu kejayaan pada Pas.

"Bagi saya ini adalah aturan mesyuarat biasa dan tiada kaitan dengan PRK," katanya ketika ditanya pemberita di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Noh memaklumkan bahawa secara dasarnya, usul berkenaan hanya mencadangkan untuk meminda dan memperluaskan kuasa mahkamah syariah.

Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa sekiranya pindaan berkenaan diluluskan, ia bukannya secara automatik akan dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini.

"Sekiranya pindaan itu diluluskan, ia terpulang kepada mana-mana negeri untuk meminda enakmen syariah di negeri masing-masing. Ini hanyalah pindaan akta bidang kuasa mahkamah syariah," katanya.

Dalam pada itu, Noh yang juga merupakan Pengerusi Umno Selangor memaklumkan bahawa setiap pihak harus memahami bahawa bidang syariah adalah di bawah kuasa negeri masing-masing.

Katanya, negeri-negeri yang ingin melaksanakan pindaan undang-undang syariah juga perlu berbahas di dalam Dun masing-masing terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

"Sebagai contoh, dalam perlembagaan negara telah beri kuasa kepada kerajaan negeri untuk membuat undang-undang agar agama-agama lain tidak disebarkan di kalangan umat Islam tapi ada negeri yang hormat dan mengguna pakai undang-undang itu.

“Namun, ada yang tidak seperti Sabah serta Sarawak kerana itu kuasa kerajaan negeri,"katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.