Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rafizi akan mengeluarkan kenyataan media hari ini.


Langgar OSA: Kes Rafizi bersambung hari ini
Rafizi
Rafizi

SHAH ALAM - Kes Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dituduh melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kelewatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) disambung hari ini.

Rafizi dalam satu kenyataan berkata, kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.


"Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara dijangka akan beri keterangan sebagai saksi pendakwa bermula hari ini. Beliau akan disoal balas oleh peguam-peguam saya yang terdiri dari YB Gobind Singh,  Saiful Izham Ramli, Ahmad Nizam dan ramai lagi," katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi direman berhubung pendedahan dokumen LTAT]

Terdahulu, Rafizi pada 6 April lalu telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.


Rafizi dipercayai  dibawa ke lokap polis di Jinjang, di mana beliau ditahan bermula pada tarikh tersebut, untuk siasatan lanjut.


Sementara itu, LTAT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.


Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.


Dalam pada itu, Rafizi dalam kenyataan sama berkata, beliau juga akan mengeluarkan kenyataan media mengenai satu lagi skandal yang menggunakan wang rakyat, hari ini.


"Skandal ini kini telah memakan lebih RM1 billion wang rakyat. Kenyataan media esok (hari ini)  adalah yang pertama dalam siri beberapa jelajah," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.