Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAYA BERJUANG UNTUK RAKYAT BUKAN PANGKAT

Shafie tolak jadi timbalan presiden parti baharu?
Shafie Afdal
Shafie Afdal

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa ditawarkan menjadi orang nombor dua dalam parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, beliau memilih untuk menolak tawaran itu. "Tan Sri Muhyiddin (Yassin) minta saya...berkenaan parti baharu dan beritahu saya, 'Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden'.

"Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu. Tun (Mahathir) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.

"Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," katanya ketika memberi ucapan pada majlis sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah, hari ini.

Mahathir sebelum ini telah mengumumkan mengenai hasratnya untuk menubuhkan parti baharu itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar tiada yang membuat spekulasi terhadap perkara itu.

"Jangan buat spekulasi. Parti lain minta saya 'masuklah' tapi saya cakap 'cukuplah'. "Saya ini tidak ada penyokong. Di Semporna pun berapa ramai yang akan ikut saya. Tunggulah pilihan raya nanti," katanya.

Tegasnya, beliau memasuki politik kerana mahu membantu rakyat, bukannya mengejar jawatan.

"Perjuangan kita tumpu di negeri Sabah dan hak rakyat Sabah. Isu keluar Malaysia tidak timbul.

"Pembangunan bandar, luar bandar di negeri ini harus diimbangi," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.