ORANG YANG PERGI HAJI TU SEMUANYA DAPAT MABRUR KE ?
-Pak Karamu-
Tun M digesa tarik balik kenyataan haji tak mabrur
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam
Ibrahim meminta agar bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menarik
semula dan memohon maaf berikutan dakwaan beliau bahawa status para
jemaah Haji di bawah tajaan 1MDB adalah tidak mabrur.
Menurutnya, tindakan tersebut perlu dilakukan oleh Mahathir kerana
perlihatkan seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak baik di matanya.
“Tuduhan tersebut sangat besar dan perlihatkan segala kebaikan yang
dilakukan oleh Datuk Seri Najib, semuanya tidak diterima ALLAH SWT,
“Saya berharap agar Tun Mahathir dapat menarik semula dakwaan tersebut
dan memohon maaf kepada jemaah Haji di bawah tajaan Yayasan 1MDB kerana
ramai jemaah haji dari parlimen Kuala Selangor yang terguris dengan
tuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Mahathir ada menyebut status ibadah Haji yang ditunaikan
melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri, Yayasan 1MDB
adalah tidak mabrur.
Tambahnya lagi, beliau kesal dengan sikap bekas PM itu yang dilihat
takbur terlampau ekstrem dalam mempertikaikan sesuatu kebaikan.
“Beliau tidak boleh bersikap takbur dengan menentukan status ibadah
haji seseorang kerana setiap ibadah hanya mampu ditentukan oleh-NYA
sahaja,
“Kelantangan beliau yang melampaui batas mungkin didorong atas sebab-sebab politik,” katanya lagi.
Selain itu, beliau juga mengharapkan agar jasa-jasa Mahathir bersama
Umno/ BN sebelum ini dilupakan begitu sahaja kerana insiden seperti ini.
“Kita tidak mahu segala jasa Tun Mahathir sebelum ini akan hanya
dilupakan begitu sahaja akibat terlalu takbur dan ekstrem dalam
mempertikaikan sesuatu kebaikan yg dilakukan oleh kerajaan Barisan
Nasional,” tambahnya lagi.
3 orang berkata:
Tajuk pakkaramu tak bestlah.
Kutuklah pan dan dap, barulah best.
Org2 alim dulu kalu gi haji guna duit simpanan dia sikit demi sikit. Duit jual kopi, duit gali parit, duit potong getah....Balik hj makin alim. Sbb duit yg dia gunakan halal 100%. Org kata duit tu berkat.
Pergi mekah ni kalu guna duit titik peluh sendiri, nikmatnya tidak dapat dibayangkan. Khusyuknya tiada was2. Buat haji pun senang tanpa fikir benda2 subhah yg mengganggu ibadah kita di sana.
Gi haji free tak tau la sbb aku tak pernah bual dgn hj free.
Post a Comment