Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI SEMUA LAKONAN


Polis tolak permohonan penganjur dialog Tun M, Nazri
mahathir nazri

IPOH - Polis Perak menolak permohonan penganjur bagi Perhimpunan Perbahasan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dijadual Sabtu ini. 

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Katanya, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq menerima permohonan itu daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf pada 3 petang semalam mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. 

"Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan Mohamad Nazri dan Dr Mahathir akan diadakan pada 25 Mac dari 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kati, Kuala Kangsar. 


"Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar menolak permohonan itu dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserah kepada pemohon hari ini selain telah memaklumkannya kepada penganjur semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Hasnan menjelaskan antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012. 

"Pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada pegawai yang menjaga daerah polis iaitu Ketua Polis Daerah dalam masa 10 hari sebelum perhimpunan," katanya. 

Katanya selain itu, tempat perhimpunan iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ia merupakan satu tempat larangan dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012). 

"Pihak polis juga telah menerima bantahan secara bertulis iaitu sebanyak lapan laporan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga," katanya.

Hasnan berkata dalam Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan atau dialog seperti itu tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan dan meminta semua pihak supaya akur dengan arahan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.     

"Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ia diteruskan," tegas Hasnan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.