Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKHIRNYA ISA DITANGKAP ? DITAHAN ? SPRM ADA ASAS KUKUH ?

Isa Samad ditahan SPRM

0
Mohd Isa Abdul Samad
Mohd Isa Abdul Samad
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan bekas Pengerusi  Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV) , Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber, beliau (Isa) ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang.

Penahanan pengerusi itu bertujuan untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan perkara itu.

“Penahan tersebut merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh pasukan penyiasat  berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

“SPRM yakin mempunyai  asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London oleh FIC selepas dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membayar STG60 juta (RM330 juta) untuk sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada 16 Disember 2014.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Jaga2lah lobai. Hari tu ente ada jual balak kan? Ente ada ehem ehem jual karbon dioksida kam?

Dia sudah intai2...

Anonymous said...

Betul ke hj dol ada terima hadiah 4wd? Seronok tido rumah baru bini muda?

Dia orang sudah menjeling2..kih3

Anonymous said...

Elehhhhhh...
Jangan haraplah nak sangkut.
Pak karam boleh sunat sekali lagi la kalu penyimpan rahsia besar ni boleh sangkut....

IrWrWs said...

Bukan dah lama ke jual di penang tapi baru kena sita.. keh keh..

IrWrWs said...

Fitnah lepas tu rasa seronok dgn fitnah yg dibawa.. ntahlaa

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.