Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BANTU P.PINANG

Banjir Pulau Pinang: Pas lulus bantuan RM50,000

banjir Pulau Pinang
Keadaan banjir kilat yang melanda Jalan Dato Kramat sejak awal pagi tadi. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
 
BUTTERWORTH - Pas meluluskan peruntukan dana segera sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau berharap semua pihak membantu mangsa-mangsa banjir dengan mengetepikan sebarang sentimen politik.

"Pagi tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.

"Menerusi kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Gua Eng,  didapati ada pusat-pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan elektrik. Pihak kerajaan negeri Kelantan akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan ke Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan.

Pulau Pinang dilaporkan lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri  ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.


Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan  ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Beliau turut menyerut umat Islam mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Bersabarlah di atas ujian ALLAH yang menguji rakyat di sana menerusi  musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan ALLAH jua kita bermohon," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.