Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH PAKATAN HARAPAN BERJAYA BENTUK KERAJAAN PUSAT

 TAHNIAH PAKATAN HARAPAN

PUCUK PIMPINAN NEGARA BERUBAH KALI PERTAMA SELEPAS  NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN.

WALAUPUN PAKATAN HARAPAN MENGAMBIL ALIH PEMERINTAH NAMUN IA BELUM CUKUP SELESA.

DALAM MASA YANG SAMA TAHNIAH UNTUK PAS KERANA BERJAYA MEMERINTAH DUA BUAH NEGERI SECARA SOLO, SUATU PERKEMBANGAN YANG SANGAT BAIK.
 

-Pak Karamau-


Ekonomi Malaysia tetap maju bawah Pakatan Harapan

AddThis Sharing Buttons

Malaysia
(Ubah saiz teks) 
 

 KUALA LUMPUR – Kemenangan mengejut Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14, tidak akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh, dan dapat menampung sebarang kesan mengejut sementara, kata pakar ekonomi.

Mereka yakin sebarang kejutan yang berlaku dalam pasaran saham atau tukaran mata wang asing, hanyalah sementara.

Berdasarkan prestasi ekonomi sebelum ini, Penganalisis Ekonomi Ramlan  Pointon Consultants Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan, berkata kelembapan ekonomi yang berlaku sebelum ini bukan  disebabkan oleh urusan dalaman, sebaliknya akibat faktor luar.

“Siapa pun kerajaan yang memerintah, saya boleh mengatakan bahawa ekonomi akan berkembang maju.

“Yang kita perlukan ialah kesinambungan dan tadbir urus. Bagi saya, ini lebih penting dalam memastikan kestabilan ekonomi.

“Mereka mesti memahaminya. Asas dan faktor dalam perkembangan ekonomi tidak boleh diubah untuk populariti. Oleh itu, saya tidak jangkakan ekonomi akan merosot,” katanya kepada Bernama.’

PH penuh gaya, menang ‘ibu segala  pilihan raya’  dengan bekas  perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dalam arena politik dan mengetuai kerajaan baharu  selepas memenangi 121 kerusi parlimen (PKR -104) DAP-9, Warisan-8)  berbanding 79 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) sehingga  4.30 pagi.

Ini merupakan lembaran baharu dalam sejarah politik Malaysia memandangkan BN, barisan pemerintah negara sebelum ini, sudah berkuasa sejak Merdeka.

Dalam manifestonya, PH merancang menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, dengan kerajaan membayar separuh daripada kenaikan gaji, memansuhkan hutang peneroka Felda selain menyediakan satu juta kediaman mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

Pakatan empat parti itu juga mahu memperkenalkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk suri rumah dengan sumbangan RM50 daripada kerajaan serta dua peratus daripada suami, serta menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat.

Walau apa pun perancangan PH, Jorah menggesa Pakatan menimbang untuk meneruskan kesinambungan dasar berkaitan asas negara termasuk perdagangan, penggunaan, perbelanjaan, pelaburan langsung asing (FDI) bagi meningkatkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada masa depan.

Mengenai keyakinan pelabur, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelabur Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata dalam tempoh terdekat, akan berlaku reaksi utama dalam pasaran ekuiti dan mata wang, berikutan kebimbangan akan berlaku perubahan dasar sedia ada,

Beliau bagaimanapun menjangkakan pasaran akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya.

"Akan berlaku anjakan dari sektor ke sektor, daripada syarikat berkaitan BN, yang kebanyakannya dalam infrastruktur fizikal, pembinaan dan hartanah kepada sektor infrastruktur institusi yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, HSBC Global Research dalam notanya baru-baru ini berkata cadangan PH untuk  menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan semula subsidi bahan api untuk kumpulan pengguna terpilih dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa, menimbulkan risiko fiskal yang ketara, berikutan ketiadaan hasil untuk mengimbanginya.

Bagi 2017, GST menyediakan 21.3 peratus hasil kerajaan Malaysia berbanding 13.1 peratus daripada jumlah pendapatan minyak dan gas, katanya.

Sebelum GST, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya menyediakan kira-kira 7.5 peratus hasil kerajaan.

Tanpa hasil cukai  tambahan daripada GST, kerajaan Malaysia akan mengalami defisit 4.9 peratus dariapda KDNK pada 2017 berbanding 3.0 peratus.

“Andai janji-janji ini ditunaikan, potensi peningkatan saiz dalam defisit fiskal kerajaan dan terbitan bon kerajaan perlu ditetapkan,” katanya.

- Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.