Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMBAZIR ITU KERJA SYAITAN

Calon Bebas tuntut Anwar jawab lima soalan

AddThis Sharing Buttons

Stevie Chen Keng Leong
Stevie Chen Keng Leong
(Ubah saiz teks) 
PORT DICKSON - Calon Bebas bagi PRK Port Dickson, Stevie Chen Keng Leong mengirimkan lima soalan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut beliau menjawabnya.

Menurutnya, antara soalan yang perlu dijawab adalah adakah Anwar menerima bahawa wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah.

“Atau adakah ia hanya boleh diterima jika yang ingin mengambil alih adalah beliau. Soalan kedua, adakah dia (Anwar) mempertimbangkan alternatif lain untuk Langkah PD (Port Dickson).

“Ketiga, mengapa beliau perlu memasuki parlimen sekarang melalui PRK yang dipaksa ini?” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas, di sini, malam tadi.

Stevie Chen turut mempersoalkan mengapa bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak memilih kerusi Parlimen Permatang Pauh atau kerusi Parlimen Pandan yang dipegang isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jelasnya, jika Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Presiden PKR demi suaminya, mengapa beliau tidak berbuat demikian kepada kerusi Parlimen Pandan.

“Adakah terdapat keperluan untuk mempunyai bapa, isteri dan anak perempuan sebagai anggota parlimen dalam masa sama.

“Soalan kelima, jika Anwar menang di Port Dickson, adakah beliau akan terus bertanding di sini dalam PRU akan datang.

“Atau adakah dia menggunakan Port Dickson hanya untuk Langkah PD dan meninggalkan mereka selepas mendapat apa dimahukan,” soalnya.

Ketika ditanya apakah tindakan bakal diambil sekiranya Anwar enggan menjawab persoalannya, Stevie Chen menegaskan beliau akan berjumpa dengan Presiden PKR itu.

Malah, beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Kalau dia tak mahu jawab, saya cuba jumpa dia. Saya juga sedia untuk berdebat dengan beliau,” tegasnya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

pas pun membazir jugak, mcm syaitan jugak. dah tau tak boleh menang di pd buat apa letak calon? masa pru letak calon sampai 158 kerusi parlimen tapi menang 18 jer, tak buat research..tak ukur kekuatan sendiri.. membazir mcm syaitan.

Anonymous said...

Meliwat pon kerja syaitan..
Dah tau dosa.. meliwat gak..
Meliwat mcm syaitan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.