1/17/2012

Selasa, 17 Januari 2012

Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan
 Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran
 kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual
 seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.
 
Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas
 
 Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana 
 
mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.
 
"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah 
 
pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
 tersebut.
 
"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak
 bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam 
masyarakat serta kehancuran dalam negara."
 
Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan
 di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh 
 
bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti 
menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual
 dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan 
 
bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. 
Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."
Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf
 di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam 
surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.
Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh.
MSO.

No comments:

Post a Comment