hamis, 25 Julai 2013
Che Long tekad terus bantu rakyat miskin
BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long menyifatkan kekalahannya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut merupakan perkarabiasa.
Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa.
Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion.
"Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.
Ketika ditanya apa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat.
0 orang berkata:
Post a Comment