Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMPAK SANGAT, PATUTNYA RAJA-RAJA MELAYU LA HADHIR

  Usah pertikai kehadiran Mahathir di KMM
Mohd Rafiq Naizamohideen  |  Diterbitkan
   
ULASAN | Mengapakah ada pemimpin MCA, DAP dan beberapa pihak lain mempertikaikan penganjuran sebuah kongres yang menyatukan orang Melayu daripada pelbagai ideologi politik?

Adakah salah dari segi undang-undang apabila orang Melayu berhimpun dan bersatu untuk membincangkan hala tuju pendidikan, ekonomi, budaya, politik dan agama Islam? 

Pernahkah orang Melayu mempertikaikan hak dewan perniagaan kaum lain atau persatuan pendidikan kaum lain berhimpun membincangkan hala tuju pendidikan, ekonomi dan hal ehwal bangsa mereka?

Kongres Maruah Melayu manifestasi kegagalan Mahathir - Ezam

Mohamad Ezam Mohd Nor
“.. Maka berhentilah jadi munafik dan hipokrit wahai pemimpin-pemimpin negara. Khusus buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang Allah telah beri kuasa paling panjang dan lama, berhentilah.
“Tun telah gagal. Kongres ini adalah manisfestasi sebuah kegagalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERAPA RAMAI MELAYU DALAM P.H DAN BERAPA RAMAI MELAYU DALAM MUFAKAT NASIONAL ?

MUFAKAT NASIONAL NAMPAK KELIBAT KONGRES MARUAH MELAYU DI DALAM AYAQ !

DAH NAMPAK NAWAITU KESUMAT, TAPI TAK PA, PAKAT-PAKAT PIKIAQ LA NAK GI KE TAK !!!

DULU !, DUUULUU ! PAN HARAP AHLI PEH TERUS TINGGALKAN PEH.

LAAAA NI BERSAATU HARAP AHLI UMNO TINGGALKAN UMNO SERTAI BERSATU !

TAPI TAK MENJADI !!!!

HAPRAAAAK PUNYAAAA MELAYUUUU ! 

HUUUUWAAAAAA !!!
-Pak Karamu-

‘Agenda Muafakat Nasional lebih besar dari Kongres Maruah Melayu’

Haspaizi Zain  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Agenda Muafakat Nasional lebih besar berbanding Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung 6 Oktober ini, kata pemimpin Veteran Umno.

Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa turut mempersoalkan pengajuran program berkenaan diadakan selepas kejayaan Himpunan Penyatuan Ummah yang mendapat sokongan padu masyarakat.

"Agenda Muafakat Nasional agenda besar, isu- isu dalam PAS dan Umno itu isu kecil jika dibandingkan dengan agenda besar yang boleh pergi jauh.
"Himpunan Penyatuan Ummah sokongan akar umbi kita dapat lihat cukup hebat.

"Kita lihat ini sebagai agenda besar, tiba-tiba ada pihak lain hendak buat (Kongres Maruah Melayu), kita buat Himpunan Penyatuan Ummah di saat (rakyat) memerlukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama Assabiqun PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Assabiqun PAS, Subky Latif dan Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub.

Terdahulu dalam satu sidang media pagi ini, Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Dr Zainal Kling menafikan dakwaan universiti digunakan sebagai alat politik susulan penganjuran Kongres Maruah Melayu.

Ia sebagai respons terhadap Naib presiden Umno, Mohamed Khalid Nordin yang mendakwa kongres itu menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai alat politik dalam penganjuran kongres tersebut.

Kongres itu dijadualkan akan berlangsung pada Ahad minggu hadapan bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, dijangka akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu undangan.

Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah merupakan empat universiti yang membentuk gabungan bagi menjayakan kongres tersebut.





Dr Mahathir Mohamad 
Dalam pada itu, Othman ketika ditanya sama ada Veteran Umno akan turut serta pada kongres berkenaan, beliau berkata mereka tidak menerima sebarang jemputan.

Sama ada akan menyertai kongres berkenaan atau sebaliknya, ia akan ditentukan pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu nada sama disuarakan Subky yang menegaskan bahawa keputusan untuk menghadiri kongres berkenaan akan diputuskan pucuk pimpinan PAS.

"Kita tidak mahu mendahului keputusan ataupun padangan parti dalam hal ini.

"Bagi Assabiqun dan Veteran Umno, tidak ada politik asing daripada politik Muafakat Nasional," katanya.

PAKATAN HARAPAN DIJANGKA KALAH TERUK DI T.PIAI

TEKTIK P.H YANG SANGAT BURUK BERKEMPEN NAK JAHANAMKAN PERPADUAN MELAYU ISLAM.
   
Ungkit sengketa lama mahu pecah belah Pas-UMNO: Tuan Ibrahim
 Tindakan Pakatan Harapan (PH) mengungkit sengketa lama Pas dan UMNO yang dijadikan sebagai salah satu 'senjata' adalah untuk memecah belahkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu Islam itu menerusi Muafakat Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tujuan sengketa lama itu dihangatkan semula kerana mahu Pas dan UMNO kembali berpecah seperti yang berlaku sebelum ini.

"Apa tujuan mereka berbuat demikian? Tindakan itu kerana mahu Pas dan UMNO berpecah semula.

PAS akan buktikan di Tanjung Piai, kata Hadi


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


PRK TG PIAI | Menjangkakan tugas merampas kerusi Tanjung Piai daripada PH bukan sukar, PAS hari ini sekali lagi menyatakan kesediaan mereka menyokong siapa saja calon yang akan diturunkan BN, termasuk dari MCA.

Ditanya wartawan jika PAS akan tetap memberikan sokongan jika BN memutuskan calon bagi kerusi itu ialah dari MCA, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjawab: "Ya."

Malah Abdul Hadi menambah, PAS akan membuktikan kesungguhan parti itu bekerjasama dengan Umno dalam PRK itu nanti

"Ya, kita akan buktikan kerjasama (dengan Umno)," katanya pada sidang media di Rusila, Marang pagi tadi. 

Iklan
Petikan sidang media itu dipaparkan di Facebook Abdul Hadi tidak lama kemudian.

PAS menjalin kerjasama secara rasmi dengan Umno melalui piagam Muafakat Nasional pada 14 Sept lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hal itu berlaku ketika pemimpin PAS berkeras menafikan mereka akan bergabung atau bekerjasama dengan Umno beberapa tahun sebelumnya.

PAS akan turun
Perkembangan itu menyaksikan PAS disindir secara agresif oleh penyokong PH di media sosial dengan kebanyakannya meninggalkan komen pedas pada hantaran pemimpin-pemimpin kanan parti itu yang menafikan hal tersebut seawal 2015.

Untuk rekod MCA pernah beberapa kali menegaskan bantahan mereka kepada usaha PAS memperkenalkan undang-undang Islam atau hudud. 

Untuk rekod pada pernyataan piagam Muafakat Nasinal dengan Umno itu PAS tidak menyentuh langsung isu hudud.




Abdul Hadi berkata PAS menyerahkan kepada Umno dan "rakan BN" bagi menentukan calon yang sesuai mencabar PH di Tanjung Piai.

"Itu kita serah kepada Umno dan rakan BN untuk menentukan calon. 

"Terpulang kepada mereka kerana kawasan itu kawasan yang mereka bertanding, dan Insya-Allah kita akan turun. Siapa saja yang mereka letak calon," katanya.


Pada PRU14 lalu, tiga calon diletakkan di kawasan tradisi MCA berkenaan.

Mewakili BN ialah penyandang, Wee Jeck Seng, manakala PH diwakili muka baru, Dr Mohd Farid Md Rafik. PAS juga tidak ketinggalan meletakkan calon di situ.

Keputusan menyaksikan Mohd Farid membuat kejutan dengan mengalahkan Wee, manakala calon PAS gagal mendapat undi yang signifikan.

Ditanya sama ada PRK Tanjung Piai merupakan ujian yang berat untuk PAS dan Umno selepas termeterainya Muafakat Nasional, Abdul Hadi berkata, beliau tidak melihatnya sebegitu.

"Saya rasa tidak berat kerana PH menang majoriti tipis. 

"Insya-Allah dengan berlakunya perkembangan politik yang terkini, peluang baik kepada kita - insya-Allah - berbanding PH," katanya.

TU DIAAAA, HANYA KERAJAAN KEDAH BERMASALAH

KEDAH BERMASALAH BESAAAQ  ?

BN  DAH 60 TAHUN MEMERINTAH NEGARA, TAPI RAKYAT MASIH DA'IF ? 

LA NI ORANG YANG DARI UMNO YANG BAGI MELAYU DA'IF SUDAH TIDAK ADA DALAM UMNO. ERTINYA UMNO DAH PUTIH LA NI,

DEPA YANG BAGI MELAYU DA'IF, SEMUA DAH LARI KELUAR UMNO DAN DAH TUBUH PARTI BARU.

CONTOHNYA PARTI BERSATU,PKR DAN PARTI HMMM APA KA NAMA KAT SABAH TU.

 DEPA YANG BUAT TAIK  DALAM UMNO DULU DAH JADI PEMERINTAH LA NI, INGAT RAKYAT TAK BOLEH NILAI KA ?

ERTINYA YANG MEMERINTAH LA NI UMNO LA JUGA, TAPI YANG BUAT RAKYAT MISKIN DAB DA'IF  !

-Pak Karamu-
 

Mukhriz: Tindakan tegas pada penjawat awam sabotaj k'jaan negeri

Bernama  |  Diterbitkan
   

Kerajaan Kedah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam peringkat negeri dan persekutuan sekiranya didapati cuba mensabotaj program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Mukhriz Mahathir berkata pihaknya sudah mengenal pasti segelintir penjawat yang bukan sahaja aktif menyokong pembangkang malah ada yang didapati sanggup menggagalkan usaha pembangunan kerajaan.

Justeru, beliau memberi amaran kepada semua penjawat awam supaya tidak melibatkan diri dan bergerak aktif dalam aktiviti parti pembangkang termasuk menghadiri Perhimpunan Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

"Pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukanlah mahu memaksa semua orang sokong PH dan menolak pembangkang, soal kecenderungan politik masing-masing tidak dipersoalkan.
 
"Cuma kita tidak galakkan anggota atau jabatan kerajaan bergiat aktif (dalam politik pembangkang) sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengerusi PH Kedah, di Alor Setar, malam in
“ Sebelum ini kita bersikap lembut dan berhemah, tapi kini saya beri amaran kami akan pantau mereka yang aktif dan kalau dah bagi amaran tapi masih aktif, kita akan ambil tindakan.

"Jangan buat aniaya kepada diri sendiri, dah tahu kerajaan kini adalah PH, mereka ada tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam jabatan masing-masing," kata Mukhriz.

Sementara itu, Mukhriz turut menyelar kenyataan kepimpinan Umno dan PAS yang kononnya Melayu dan Islam kini berada dalam keadaan terancam di bawah kerajaan PH.

"Walhal Umno dominan selama 60 tahun dan Melayu masih daif... Tak boleh nak salahkan PH yang baru berkuasa tidak sampai dua tahun," katanya.

Beliau berkata penyatuan ummah antara PAS dan Umno hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan Umno sebenarnya terdesak kerana kepimpinan tertinggi mereka bermasalah dan didakwa di mahkamah.

PAS TOLAK ANUAR JADI PERDANA MENTERI

RAMAI SUARA RAKYAT MEMPERTIKAIKAN ANUAR LAYAK SEBAGAI PIEM.

ALASANNYA IALAH : BAGAIAMANA ANUAR LAYAK MENJADI PEMIMPIN RAKYAT SEBUAH NEGARA. SEDANGAKAN PARTI PKR SENDIRIPUN DIA TIDAK MAMPU PIMPIN !

-Pak Karamu- 
 

PAS tetap tolak Anwar jadi PM, kata Hadi

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Persiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak konsensus Pakatan Harapan yang mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, katanya, Dr Mahathir harus terus kekal sehingga habis penggal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

"(Sedangkan) Anwar, parti dia sendiri pun (PKR) tak terima dia, ini macam mana?
“Pecah dua dan sebahagian (ahli dan penyokong) PKR terima dan sebahagian lagi tidak,” kata Abdul Hadi yang dipetik portal Utusan Malaysia Online sejurus selesai menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat Marang hari ini.
Iklan

Presiden PAS itu merujuk masalah dalaman PKR yang menyaksikan rasa tidak puas hati kumpulan yang diketuai timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali yang memulaukan semua mesyuarat parti yang dipengerusi oleh Anwar.

Perbalahan kedua-dua pemimpin itu dipercayai berkaitan dengan video seks yang didakwa membabitkan Azmin dengan penyokongnya mendakwa Anwar sebagai dalang di sebaliknya. Anwar walau bagaimanapun telah menafikan sebarang peranan dalam video itu.

Utusan juga melaporkan Abdul Hadi mengakui penolakan PAS terhadap Anwar sebagai perdana menteri adalah atas faktor kurang yakin dengan ketokohan pemimpin itu.

"Bagaimanapun terpulanglah kepada dia (Anwar), cita-cita dia (jadi perdana menteri) tak apalah. 

“Dia dengan dia manakala kita pula dengan pendirian kita agar Tun (Dr Mahathir) terus pegang jawatan (PM) sampai habis penggal," katanya.

Terpalit masalah peribadi
Pemimpin PAS itu berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan Anwar sewaktu diwawancara Bloomberg kelmarin bahawa beliau optimis bakal menjadi perdana menteri Malaysia kelapan, tahun depan.

Abdul Hadi juga dipetik sebagai berkata, Dr Mahathir adalah pemimpin paling layak menggalas tanggungjawab itu dan bukannya diserahkan kepada mereka yang terpalit dengan masalah peribadi.

"Bukan pemimpin yang ada masalah peribadi, dengan sebab itulah pada kita biarlah Tun (Dr Mahathir) pimpin lagi (jadi perdana menteri). 

“Biar beliau sendiri kendalikan urusan ini dan perlu seorang PM yang boleh diterima majoriti ahli parlimen,” kata Abdul Hadi.

Untuk rekod, Anwar pernah menghabiskan hampir satu dekad di penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat dan tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1998 dan sekali lagi pada tahun 2014.

Beliau sentiasa menegaskan dirinya tidak bersalah dan pendakwaan terhadapnya bermotifkan politik.

Anwar menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Mengikut konsensus dalam PH sebelum PRU14, Dr Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Anwar. Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

POLIS PERLU SIASAT

SAH, KENYATAAN
"saya telah mengetengahkan nilai-nilai dalam Bible sebagai panduan menjadi warganegara Malaysia"

KENYATAAN INI MEMANG BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN NEGARA PASAL 3 AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN, 

SO KITA NAK TAHU APA TINDAKAN SELEPAS INI.

DAN NILAI JUGA TENTANG TAJUK FORUM
"Anak Malaysia? Our story of past, present and future Malaysia". 

Dakwaan Kristianisasi: Syed Sadiq pertahan timbalannya

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan timbalannya Steven Sim yang didakwa terbabit dalam agenda Kristianisasi oleh Timbalan Menteri PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

-Pak Karamu-

Dakwaan agenda Kristianisasi: Timbalan menteri jawab PAS


Steven Sim Chee Keong  |  Diterbitkan


   
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini pada 18 September 2019, bertajuk " Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru".

Pada 14 September 2019, saya telah dijemput untuk berucap di sebuah forum yang bertajuk, "Anak Malaysia? Our story of past, present and future Malaysia".

Forum tersebut berlangsung dalam gereja untuk orang Kristian dengan tujuan untuk membincangkan tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam ucapan saya, saya telah mengetengahkan nilai-nilai dalam Bible sebagai panduan menjadi warganegara Malaysia yang baik, contohnya, keadilan, ketelusan, membantu golongan yang lemah dan miskin, menolak rasuah, penindasan dan perkauman.

Saya tidak mengkritik atau menyentuh mana-mana agama, malah mengajak penganut Kristian di Malaysia untuk menjadi warganegara yang mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Justeru, saya menyeru Tuan Ibrahim Tuan Man agar menghormati kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan berhenti menabur kebencian serta perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

MALAYSIA DALAM BAHAYA ?

JIKA BERITA INI BENAR, POLIS  PERLU BERTINDAK SEKARANG, TANPA CAMPUR TANGAN POLITIK ! 

ATAU RAKYAT AKAN BANGUN ! 

DAP begitu rancak mempromosi The Kingdom of God dan The Jesus Manifesto seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam - DAP)

JANGAN HANYA NAK TINJAU CERAMAH KAT SURAU DAN MASJID JE !

-Pak Karamu-

Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru

Tuan Ibrahim Tuan Man  |  Diterbitkan
   
KATA MP | Komposisi orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia.

Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baru di negara ini. 

Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan Umno dalam PRU14 lalu adalah sekitar 70 peratus. 

Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
PAS optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang. 

Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, seperti Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewaan orang Melayu dan bumiputera. 

PAS juga ingin menegaskan bahawa penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan perlembagaan dan tidak berubah. 

Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara. 

PAS mahu mengingatkan DAP dan PH supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme. 

Walhal, pada masa sama DAP begitu rancak mempromosi The Kingdom of God dan The Jesus Manifesto seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam - DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan di Kota Damansara, 14 Sept lalu. 

Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan Umno adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain. 

Ia selaras dengan tuntutan Islam, perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa. 

Bagaimana pula dengan DAP ? Adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar? 

PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

JIKA MEMALI PERKARA BESAR MAKA PIEM MASA TU KENA JAWAB

RCI FOR MEMALI !

BERSYUKURLAH PADA KHALID SAMAD YANG SEBUT PERISTIWA MEMALI PERKARA BESAR.

SIAPA PERDANA MENTERI PADA MASA ITU KENA BERTANGGUNG JAWAB.

KAH,KAH, KAH KHALID KENALAH BESARKAN BERITA INI, PAS HANYA USIK NAKAL SAHAJA.

SO NAMPAKNYA KHALID SAMAD CUKUP PANDAI BERPOLITIK.

TERIMA KASIHLAH KHALID ! SIAPA BERKUASA PADA MASA ITU KENA ADA HATI PERUT ! INILAH YANG KHALID KATA !

TERIMA KASIH PAS KERANA BERJAYA JOLOK KES MEMALI !

-Pak Karamu-

Tragedi Memali bukan perkara kecil: Khalid


Add caption

KUALA LUMPUR - "Hanya orang yang tidak berhati perut akan mengatakan tragedi Memali adalah perkara kecil," kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan itu kesal dengan kenyataan segelintir pemimpin yang memperlekeh peristiwa berdarah berkenaan.

    "Orang mati, macam mana kamu boleh kata ini isu kecil. Adakah kita boleh terima hal libatkan nyawa orang ini sebagai mainan politik?


"Janganlah dalam kita nak berbaik-baik, kita perlekeh apa yang berlaku dan anggap ini perkara yang kecil," katanya ketika ditemui pada Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menagih janji Khalid supaya membawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali.

Khalid mencuba permainan baling tin pada Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur di Dataran Merdeka hari ini.

Khalid mencuba permainan baling tin pada Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur di Dataran Merdeka hari ini.

Khalid berkata, walaupun beliau tidak membawa isu Mamali di Kabinet, itu tidak bermakna pihaknya menganggap isu tersebut sebagai perkara kecil.

"Dialah (Najib) yang bawa, kenapa saya yang perlu bawa? Ini Pas punya isu, mereka yang keluarkan kenyataan, kami tak keluarkan apa-apa kenyataan.

"Kita tak nak timbulkan isu Memali, tapi bila dah ditimbulkan, jangan cakap ia perkara kecil. Banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada peristiwa itu. Kita tak nak tragedi sama berulang, bila cakap benda kecil maka kita boleh buat lagi, tak boleh nak cakap macam itu," katanya.

Najib dalam hantaran di akaun Facebook miliknya Jumaat lalu mendakwa Khalid pernah berjanji menubuhkan RCI untuk tragedi Memali sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang.

Bekas perdana menteri itu turut menyarankan supaya Khalid bertanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peristiwa itu jika mahu mencari kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Memali bukan lagi isu besar, kata Pas

Terdahulu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media sempena Himpunan Perpaduan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat lalu berkata, Pas menganggap peristiwa Memali sebagai kecil berbanding agenda perpaduan melibatkan dua parti Melayu Pas dan UMNO.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47943/BERITA/Nasional/Tragedi-Memali-bukan-perkara-kecil-Khalid
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SYAITAN MENANGIS DAN MULA MEMEKAK BILA ISLAM BERSATU

Image result for syaitan/Iblis menangisI
ISLAM BERSATU MEMECAHKAN UMMAH ? NI SYAITAN IBLIS MANA YANG CAKAP NI ?
NI MACAM FATUA SYI'AH JE NI ! HI, HI, HI.

SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK BOLEH DENGAR ISLAM BERSATU.

PERANGAI SYAITAN TUA !

NASIB BAIK KAFIR SUDAH TIDAK ADA DALAM UMNO !

MUJAHID, ANTA BIARLAH CERDIK ......

PAK KARAMU TEGUR MUJAHID

MEMANG TAK BAIK MEMPERMAINKAN  AYAT AL QURAN, HUKUMNYA BERDOSA, FULL STOP.

RAHMATAN LIL 'ALAMIN, BERERTI RAHMAT SEKALIAN ALAM, ANTA TAHUKAH ALAMIN TU APA ?

YANG KERANA APA RAHMATAN LIL ALAMIN ITU DIUJUDKAN  TUHAN ?

SURAH AL ANBIYA 107 ITU TUHAN TUJUKAN KEPADA SIAPA ? NABI MUHAMMAD ?

BUKANKAH LEBIH BAIK DIPERKENALKAN SAHAJA SURAH SABA' AYAT 28 !. TU BARU KENA TEMPATNYA.ITUPUN UNTUK NABI MUHAMMAD SAW, BUKAN UNTUK P.H

TU SEBAB LA KALAU NAK RAHMATAN LIL 'ALAMIN, BIARLAH CERDIK, JANGAN SEBARANG AMBIL AYAT AL QURAN UNTUK MEGAH POLITIK.

SEJAUH INI P.H TIDAK LAYAK NAK PAKAI RAHMATAN LIL 'ALAMIN !

MA'AF YA PAK MENTERI ! BELAJARLAH UNTUK JADI CERDIK !

-Pak Karamu- 

 

Mujahid tegur pihak permainkan kalimah ‘rahmatan lil alamin’

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof menegur pihak yang mempermaikan kalimat “rahmatan lil alamin” (rahmat ke seluruh alam) kini dijadikan pendekatan kerajaan.

Beliau mengingatkan bahawa kalimah itu diambil daripada firman Allah dalam al-Quran.

“Saya hairan, orang dengar rahmatan lil alamin, dikaitkan jual agama, membiarkan kemungkaran berlaku, kita jadi khadam (pihak) dot dot dot.
Iklan
“Anda boleh berkata apa saja, konon andalah hebat. 

“Tapi ketahuilah, ayat ini lebih hebat daripada ayat semua yang kata dia hebat, kerana dia merupakan firman Allah, satu penyataan yang kerananya dibangkitkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya. 

Kata menteri yang memegang portfolio agama itu, rahmatan lil alamin dijadikan olok-olokan dengan ungkapan seperti “rahmatan lil kafirin” (rahmat untuk orang kafir) serta “rambutan lil alamin”, semata-mata bagi membuat orang ketawa. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. 

Rahmatan lil alamin merupakan dasar kerajaan yang bercirikan Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai kepelbagaian kaum dan agama. 

Rahmatan lil alamin disebut dalam al-Quran dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107, yang menyatakan Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menjadi rahmat buat sekalian alam.

Sejak diperkenalkan, gagasan itu mendapat herdikan dan sindiran beberapa pihak termasuk pembangkang yang mendakwa gagasan itu seolah-olah sekadar dijadikan alasan untuk umat Islam beralah dalam hal-hal yang dakwa mereka, merugikan umat Islam. 

Ini bukanlah kali pertama Mujahid menyelar sindiran-sindiran yang dilemparkan terhadap dasar rahmatan lil alamin yang digagasnya. 

Dalam ucapan sama, Mujahid turut menyatakan pendirian tegasnya untuk mempertahankan gagasan rahmatan lil alamin biarpun diherdik dengan lelucon daripada pelbagai pihak. 

“Anda mungkin membikin orang ketawa kerana memenuhi nafsu supaya anda dilihat hebat (dengan sindiran-sindiran yang dibuat). 

“Demi Allah, saya nyatakan, saya akan mempertahankan rahmatan lil alamain sebagaimana yang diajarkan oleh Islam kepada kita!” katanya dalam nada tegas.

YANG MENGGELEGAKAN HATI PAKATAN HARAPAN

MELAYU ISLAM DAH BANGUN TIDOR

Menanti naratif baru politik Melayu di bawah Umno, PAS

Haspaizi Zain  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
ULASAN | Orang Melayu dan umat Islam pastinya tertumpu kepada detik sejarah yang akan menyaksikan penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept nanti.

Umno dan PAS kini sedang menghitung detik bagi menantikan "hari bahagia" untuk dua parti meraikan "persandingan" selepas secara rasmi memeterai piagam kerjasama politik.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pastinya merakam sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya juga lagu rasmi PAS akan berkumandang di dewan keramat Umno itu, selain bendera parti Islam itu juga pasti turut menghiasi setiap sudut di PWTC.

Pastinya, 14 Sept akan menjadi detik sejarah bukan saja kepada Umno dan PAS yang menamatkan sengketa politik mereka sejak puluhan tahun, malah akan mencorak hala tuju baru politik orang Melayu di negara ini.
Secara teorinya, penyatuan Umno dan PAS adalah kebaikan kepada orang Melayu dan umat Islam, itu tidak dapat disangkal meskipun "Melayu Bersatu, Melayu Amanah, Melayu PKR dan Melayu DAP" cuba menafikannya.

Malah, Islam turut menyeru umatnya supaya bersatu padu, mengelak daripada perpecahan kerana perpaduan adalah kekuatan kepada orang Islam dan dalam konteks Malaysia, pastinya orang Melayu.

Mengapa saya kata kerjasama Umno, PAS adalah baik untuk orang Melayu dan umat Islam, 
jawapannya mudah saja, kerana sejak sekian lamanya orang Melayu ataupun umat Islam di negara ini berpecah kerana "mazhab politik" dua parti dominan ini.


Amanat Haji Hadi misalnya, telah membuatkan orang Melayu Umno dan Melayu PAS bersengketa sehingga menyebabkan haiwan sembelihan orang Umno misalnya, haram bagi orang PAS makan. 

Begitu juga pernikahan dengan orang Melayu Umno dianggap haram dan tidak sah, masjid dua imam, kafir mengkafir sesama Islam dan banyak lagi perpecahan tercetus akibat perbezaan politik Umno dan PAS sejak puluhan tahun lamanya.

Namun, pada masa itu, meskipun perpecahan orang Melayu berlaku, tetapi tidak dirasai kerana Umno masih lagi kuasa dominan dalam BN dan kerajaan kerana masih mendapat sokongan padu daripada kaum India serta Cina melalui MCA dan MIC.

Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, orang Melayu khususnya Umno dan PAS mulai sedar betapa pertelingkahan antara mereka sebelum ini amat merugikan Melayu.

Perpecahan Melayu semakin parah apabila parti Melayu seperti Bersatu dan Amanah ditubuhkan bagi menarik sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, dua parti ini secara faktanya masih gagal menarik sokongan Melayu yang kekal dengan Umno dan PAS.

Namun, sejauh mana "taawun siyasi" antara Umno dan PAS ini akan berupaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia, pastinya akan terjawab pada 14 Sept ini apabila piagam kerjasama muafakat nasional dimeterai.

Piagam kerjasama Umno, PAS akan menjadi penanda aras baru kepada politik orang Melayu di negara ini.

Jika piagam yang ditawarkan mampu meyakinkan orang Melayu dan umat Islam, ia pastinya akan menjadi kekuatan baru kepada politik orang Melayu dan sekaligus akan memperkukuhkan sokongan kepada Umno dan PAS.

Piagam kerjasama Umno, PAS akan mencorakkan perjalanan politik dua parti dominan itu menuju PRU ke-15. Yang pasti dalam keadaan Umno yang sudah kehilangan kuasa, piagam Umno dan PAS perlu berpijak di bumi nyata dan bukan bersifat retorik.

Kerjasama ini juga akan menentukan sama ada Umno akan terus kekal sebagai parti keramat orang Melayu dan terus relevan untuk membawa agenda Melayu.

Oleh itu, Umno dan PAS perlu mencorakkan piagam yang mampu menyakinkan orang Melayu yang berupa satu tawaran sekiranya Umno dan PAS berjaya merampas kuasa pada PRU-15 nanti.

Begitu juga, dengan termeterainya kerjasama Umno dan PAS, corak politik Umno juga pasti perlu berubah, apakah Umno sedia dengan perubahan ini?

Apakah Umno sedia mengedarkan tabung derma pada setiap ceramahnya? Sebab masih ada pemimpin Umno yang agak "segan" untuk kutip derma ketika ceramah dan masih lagi bersifat elitis.

Begitu juga apabila termeterainya kerjasama Umno, PAS, pastinya rakyat Malaysia mahu melihat sejauh mana relevennya penyatuan ummah dan mampukah ia menjadi satu agenda inklusif untuk semua kaum dan tidak hanya eksklusif kepada Melayu Islam.

Juga, bagaimana penerimaan rakan komponen Umno dalam BN iaitu MCA dan MIC terhadap agenda perjuangan mereka selepas PAS secara rasmi menjadi rakan sekutu baru.

Himpunan Penyatuan Ummah Sabtu ini juga bakal menjadi medan yang akan menguji kepimpinan Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam mengemudi bahtera parti selepas laluan baru dirintis secara bersama.

PH pula jangan pandang enteng terhadap agenda penyatuan ummah Umno, PAS. Jika kerjasama yang dibentuk ini dapat "dilayari" secara berhemah dan berhikmah sehingga PRU ke-15, tidak mustahil PH akan kehilangan banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Malah, tidak keterlaluan juga untuk diperkatakan bahawa kedudukan kerajaan PH di Perak dan Kedah juga turut goyang selepas Umno dan PAS membentuk "taawun siyasi".

HAPRAAAAAK ? ASYRAF WAJDI BERJIWA BESAR

PENYATUAN UMMAH NASIONAL WAJIB, ORANG KAFIR TIDAK SUKA SESAMA ISLAM BERSATU HATI

-Pak Karamu- 

 Pemuda: Taawun dengan PAS tuah Umno tiada Mahathir

M Fakhrull Halim dan Naimmullah Jaya  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan hakikat bahawa Dr Mahathir Mohamad bukan lagi presiden parti itu ketika ini sebagai satu tuah dan "rahmat yang tersembunyi" buat mereka.

Kata bekas timbalan menteri itu, tanpa Mahathir bersama Umno, mereka mampu membentuk kerjasama yang kukuh dengan PAS dan kedua-dua pihak saling menerima dengan hati terbuka.

“Saya rasa kami bertuah kerana ketika Dr Mahathir bukan lagi menjadi presiden kami, ia adalah blessing in disguse (rahmat yang tersembunyi).

“(Tanpa Mahathir) Umno dan PAS membentuk kerjasama yang utuh, berjaya mengetepikan perbezaaan (dan) dengan hati terbuka untuk menerima segala kekuatan dan kekurangan masing-masing,” katanya.
Asyraf Wajdi berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur petang tadi.

Terdahulu dia diminta mengulas kenyataan Mahathir yang meminta PAS terlebih dahulu menarik balik kenyataannya dahulu bahawa Umno ialah parti kafir sebelum kedua-dua parti wajar memuktamadkan kerjasama mereka melalui pemeteraian piagam Sabtu ini. 

Umno dan PAS akan memuktamadkan kerjasama mereka melalui piagam tersebut yang akan ditandatangani presiden kedua-dua parti berkenaan.

Majlis menandatangani piagam itu akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC yang juga merupakan lokasi ibu pejabat Umno Malaysia.

Mahu Dr M buat dulu
Untuk rekod, Mahahir pernah menjadi presiden Umno dari 1981 sehingga 2003. 

Disoal pemberita sama ada kenyataan itu bermaksud Umno tidak akan mendesak PAS meminta maaf, Asyraf Wajdi sebaliknya berkata ia bukanlah satu isu buat pihaknya. 

Katanya, sebelum Mahathir mahu PAS meminta maaf kepada Umno, perdana menteri itu sendiri perlu terlebih dahulu meminta maaf atas kejadian Memali yang mengorbankan ramai penyokong PAS ketika menjadi perdana menteri keempat dulu.

“PAS juga boleh imbau segala kejadian semasa zaman Dr Mahahir. 

"Sehingga sekarang, Dr Mahathir tidak ada meminta maaf kepada PAS tentang kejadian Memali, kerana dia perlu ambi tanggungjawab (sebagai perdana menteri). 

“Ini tentang kematian manusia dalam insiden itu, ahli-ahli PAS. Saya rasa sebelum suruh PAS minta maaf, saya harap Dr Mahathir boleh (terlebih dahulu) buat permohoanan terbuka tentang apa terjadi semasa masanya menjadi perdana menteri (ketika itu),” katanya lagi

Memali ialah sebuah perkampung di pedalaman Baling, Kedah, yang pernah menyaksikan insiden berdarah membabitkan pasukan keselamatan negara - yang ketika itu ditunjangi Umno, dan bersama BN - dengan penyokong PAS pada 1985.
Ia mengorbankan 14 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Polis mendakwa insiden itu tercetus apabila operasi menangkap tokoh PAS, Allahyarham Ibrahim Mahmud - atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berdepan tentangan daripada penduduk kampung tersebut.

Ibrahim pada ketika itu dituduh mengancam keselamatan negara dan memecah-belahkan masyarakat dengan pandangannya yang dikatakan keras.

Bagaimanapun, PAS mendakwa operasi yang digelar dengan nama Operasi Angkara itu dilancarkan kerana bermotifkan politik bagi membendung pengaruh Ibrahim yang luas dalam pengikut PAS.

Ibrahim turut terkorban dalam insiden berdarah itu.

MAHADHIR TAK PERLU JAGA PUNGKOQ PAS DAN UMNO

SEPATUTNYA MAHADHIR JERNIHKAN KEADAAN

SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN ORANG TUA, MAHADHIR TAK PERLU MASUK CAMPUR URUSAN PAS DAN UMNO.

NAMPAKNYA MAHADHIR TAKUT KEKUATAN PAS DAN UMNO MENYEBABKAN RAMAI WAKIL RAKYAT BERSATU TERPAKSA TINGGALKAN PERSATU.

SEPATUTNYA MAHADHIR BERSYUKUR PENYATUAN MELAYU ISLAM, NAMUN DIA NAMPAKNYA MERASA TERGUGAT ATAS KERJASAMA PAS DAN UMNO.

-Pak Karamu-

 

Tarik kenyataan Umno kafir sebelum kerjasama - Mahathir

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PAS perlu menarik balik kenyataan bahawa Umno adalah parti kafir terlebih dahulu sebelum kedua-dua parti memuktamadkan kerjasama mereka melalui pemeteraian satu piagam pada Sabtu ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya kenyataan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dahulu masih belum ditarik balik secara rasmi oleh parti berkenaan bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Umno.

“Piagam (Pertubuhan) Bangsa Bangsa Bersatu pun tak (dapat) menghentikan peperangan, apatah lagi piagam PAS dengan Umno tak ada jadi apa… musuh dulu. Umno ni kafir, PAS kata,” katanya dalam nada sinis pada sidang akhbar di Alor Setar.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan bersama Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini berhubung piagam berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Umno dan PAS memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman yang akan ditandatangani presiden kedua-dua parti berkenaan.

Majlis menandatangani piagam itu, yang digubal satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini, akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra sebagai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

PENYATUAN UMMAH NASIONALPUN TAK MENGAPA


PENYATUAN UMMAH BERDASARKAN AKIDAH ITU ELOK JUGA, KALAU ADA PULA YANG MEMPOLITIKKAN UMMAH ITU SEBAGAI UNTUK ISLAM SAHAJA MAKA TAMBAH  SAHAJA PERKATAAN NASIONAL SATU LAGI PERKATAAN, TAK DE HAL.

TU LA RAKYAT MALAYSIA NI BANYAK SANGAT KERENAH, BANYAK SONGEH !

KALAU NAK PERENTAH DUNIA, BUAT SAHAJA PERSATUAN UMMAH INTERNATIONAL !

-Pak Karamu-

Pertahan kalimah ummah demi tauhid, kata pensyarah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Beberapa hari menjelang PAS dan Umno mencatat sejarah menandatangani piagam bersama, seorang pensyarah mempertahankan kewajaran kedua-dua pihak mengekalkan istilah "penyatuan ummah" untuk memaknakan detik tersebut.

Pakar sosiologi pendidikan, Dr Zulkeflee Yaacob, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyifatkan perkataan ummah lebih serasi digunakan dan lebih menjiwai umat Islam.

SEMUA YANG TERLIBAT LIWAT PERLU DIPECAT


ADA USHA MEMECAT AZMIN ALI DARI JAWATANNYA, MUNGKIN ADA YANG MENGARAHKANNYA.

JIKA DIDAPATI AZMIN BENAR-BENAR TERLIBAT, MAKA DIA HENDAKLAH DIBICARAKAN, MACAM ANUAR IBRAHIM DULU.

DENGAN PERBICARAAN TERSEBUT KITA MUNGKIN TAHU SIAPA DALANG LIWAT ITU.

KERAJAAN SEPATUTNYA PECAT SEMUA YANG PERNAH TERLIBAT DENGAN KES LIWAT.

-Pak Karamu-

 

NGO mohon Sultan Selangor nasihat kerajaan pecat Azmin

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Dua pertubuhan bukan kerajaan hari ini mengadukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, kepada Sultan Selangor dengan harapan baginda menasihati kerajaan PH agar melucutkan jawatan tersebut.

Sebelum itu Pertubuhan Bangkit dan Gabungan Gerak Padu Selangor menghantar laporan forensik mengenai klip video atas ranjang yang didakwa sesetengah pihak membabitkan Azmin.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR bagaimanapun menafikan beliau terlibat dan mendakwa tuduhan tersebut adalah konspirasi pihak tertentu untuk membunuh kerjaya politiknya.

Presiden Bangkit, Shahrin Azlan, berkata mereka menyerahkan laporan forensik tersebut kepada Sultan Sultan Sharafudin Idris Shah disebabkan Azmin adalah wakil rakyat dari Selangor.

Iklan
 
“Rakyat khususnya di Selangor kecewa dan terkilan kerana tiada sebarang tindakan walaupun laporan forensik ini telah diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri minggu lalu," katanya seperti dipetik Umno Online hari ini.

Shahrin menambah, dakwaan yang dikaitkan dengan Azmin itu bukanlah isu kecil sebaliknya membabitkan integriti negara serta wibawa seorang wakil rakyat.

Membangkitkan persoalan sama ada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak mengendahkan isu berkenaan, Shahrin berkata, tindakan mengetepikan Azmin daripada kabinet perlu diambil segera kerana imej Malaysia sedang dipersenda oleh negara luar.

Kes sedang disiasat
 
Terdahulu Shahrin menyerahkan laporan berkenaan kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dihubungi Malaysiakini kemudian, Shahrin berkata laporan itu diperolehi daripada sebuah badan berpangkalan di Birmingham, Verden Forensics, yang diupah anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam.

Sebelum ini Lokman juga mengupah pakar Indonesia untuk menganalisis klip video yang didakwa memaparkan aksi asmara dua lelaki dengan salah satunya didakwa Azmin.

Seorang lagi lelaki ialah bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Kes itu sedang disiasat polis mengikut Seksyen 377B dan 292 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu Shahrin juga mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas yang didakwanya gagal bertindak membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Adakah peguam negara takut untuk mengambil tindakan? 

"Inikah kerajaan baru yang dikatakan bersih tetapi mengamalkan rule of jungle (undang-undang rimba)?” katanya.

BABI INDONESIA JUMPA BABI MALAYSIA


KATA BABI INDONESIA: SAYA KEMARI KERNA MAU CARI JODOH.

SAYA TERPAKSA NYEBERANG, WALAUPUN TERPAKSA MENGGADAI NYAWA.

APA DI INDONESIA TU NGAK ADA BABI BETINA ?

ADA PAK, POKOKNYA DI INDONESIA HABIS HUTANNYA TERBAKAR, RAMAI CEWEKNYA MATI  ATAU SAKIT JIWA !

TAPI DI MALAYSIA BANYAK JEREBU, NANTI KAMU LEMAS,

LEMAS TIDAK APA  PAK, POKOKNYA TIDAK MATI, DAN KETEMU JODOHNYA.

APA SUDAH KETEMU EXCO PERTANIANNYA ? BELUM PAK !

-Pak Karamu-

 

Rentas Selat Melaka, babi hutan Indonesia ceroboh Melaka

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Mengejutkan, babi hutan kini berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka.
Exco pertanian negeri Norhizam Hassan Baktee berkata perkara itu tidak dijangka, walaupun babi hutan memang diketahui pandai berenang.

Perkara itu, katanya, menyebabkan populasi haiwan itu meningkat di negeri bersejarah itu, lapor The Star.
Iklan
“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah. 

“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia” ujar beliau.

“Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain,” katanya.


Norhizam Hassan Baktee 
Tambah beliau lagi, populasi babi hutan di Pulau Besar juga mampu untuk mengatasi jumlah populasi penduduk sekiranya tidak dikawal dengan baik. 

Justeru itu, jabatan perhilitan negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar babi hutan di negeri itu. 

Untuk membanteras masalah itu, Jabatan Perhilitan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar.

Pulau Besar terkenal sebagai tempat mistik dengan dengan adanya beberapa telaga dan peninggalan seperti kubur-kubur lama. 

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah berlabuh di pulau itu sebelum meneruskan ekspedisi ke India, Sri Lanka dan Afrika.

ISHAM JALIL KENA BUKTIKAN DAKWAANNYA

ISHAM JALIL KENA BUAT CONTOH KETUA POLIS NEGARA MEMBUAT KENYATAAN BERKAITAN POLITIK RAKYAT NAK NILAI

-Pak Karamu-

'Saya ketua polis untuk negara, bukan parti politik'

Bernama  |  Diterbitkan
   
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah-olah beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya menyerang pihak pembangkang.

Beliau berkata tugasnya sebagai Ketua Polis Negara termasuklah memerhati serta menegur pihak yang berkaitan dan bukannya bersifat menyebelahi.

"Ada yang suruh saya meletakkan jawatan dan mengatakan saya masuk campur dalam hal politik. Bila saya mengeluarkan kenyataan begitu?

"Saya tidak boleh menyebelahi, sekiranya kerajaan salah pun saya tegur sebelum ini begitulah peranan saya," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Op Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani.

"Jangan buat tuduhan melulu seolah-olah saya ini adalah Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan politik apatah lagi membuat kenyataan berbaur politik.

"Parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia tetapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu supaya dengar baik-baik apa yang saya cakap," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil yang meminta Abdul Hamid agar tidak bersikap berat sebelah kepada mana-mana parti politik dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara sekiranya ingin membuat kenyataan berkaitan politik.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.