Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 1 November 2014

KERAJAAN UMNO@BN TAKUT KPD SENARAI ORG YG TERKAYA DI BERI GERAN TNH MILIKI ORG TERSUSAH KG.CHUBADAK .....



Apabila rakyat marhain terus di tekan


Saturday, November 1, 2014


Memang ini dasar bersifat KEBABIAN Wal Khinzir..

Kalau binatang berama anjing, masih ada ruang-ruang yang boleh diguna pakai mengikut hukum fiqh Islam,,, tetapiii 

Kalau nama babi ni, tak ada faedah langsung, malah kalau babi hutan dikategori sebagai mahkluq perosak hasil tanaman, manakala kalau babi bela atau ternakan,, tak ada melayu islam walaupun jiwa umno tetapi sanggup memakannya, walaupun depa mengtekeradah rasuah pun haram lebih kurang sama macam babi. bukan aku sesedap mulut yang kata,, lihat sendiri 




Cuma aku nak kaitkan berita di bawah ni,,, sama jenis macam binatang babi juga ni,,, spesis babi tunggal..memag jenis nak menyusah rakyat...


Kerajaan Ada Dua Pilihan Jika Harga Minyak Dunia Terus Turun


PONTIAN, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Raya Mohamad Noh di Jelutong Laut di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan jika harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Buat masa ini, harga minyak RON95 ialah RM2.30 seliter tanpa cukai.

Sehingga semalam, minyak mentah Brent turun di bawah US$87 setong berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pontian berkata kedua-dua pilihan itu merupakan antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mengkaji struktur skim penstrukturan semula subsidi bahan api baharu pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal pada Rabu depan.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak," katanya.

Mengulas langkah kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo, turut dikenali sebagai Jokowi yang berhasrat mengubah struktur subsidi bahan api, Ahmad berkata secara tidak langsung ia membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami berhubung langkah pengurangan subsidi minyak.

Katanya kedua-dua negara menghadapi masalah sama apabila memberi subsidi yang tinggi untuk menurunkan harga minyak tetapi pada masa sama, golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi paling ramai menerima subsidi itu berbanding mereka yang miskin atau sederhana miskin.

Jokowi dilaporkan merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel kira-kira 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas majlis angkat sumpah jawatan, tindakan yang dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira AS$13 bilion (RM39 bilion) tahun depan.

Sementara itu, katanya jumlah syarikat perniagaan yang mendaftar bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) meningkat apabila hampir 2,500 buah syarikat mendaftar setiap hari.

Setakat ini, katanya 115,289 buah syarikat sudah berbuat demikian.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan kerajaan meningkatkan sasaran awal sebanyak 123,000 kepada 200,000 buah syarikat yang berdaftar sehingga tarikh akhir, 31 Disember ini.




Cuba baca Pilihan Pertama tu... GST nak guna pakai,,, kalau minyak dunia dah harga turun pun nak kena bayar cukai jualan..
Kalau macam ni punya standard kerajaan yang mentadbir negara,, apa lagi yang boleh aku nak kata,,, kalau bukan babi,, spesis pelingkop dan perosak...




Sabtu, 1 November 2014

Kapitalis Kotaraya: Rumah diroboh, penduduk terpaksa huni pondok

Satu keluarga di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu.

Seorang daripadanya, Wahidah Saleh, 70 atau lebih mesra dipanggil Opah Wahidah berkata mereka merupakan peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu.

Beliau kecewa kerana penguatkuasa tetap merobohkan rumah tersebut walaupun selepas mereka menunjukkan satu surat kebenaran mahkamah pada 1998

Dalam dokumen berkenaan, hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam penghakiman bertarikh 31 Julai 1998 memutuskan bahawa warga berkenaan dibenarkan menetap di tanah tersebut.

Mahkamah juga memutuskan mereka sebagai pemegang lesen sah dan dibenarkan untuk terus menetap di tanah berkenaan dengan persetujuan kerajaan negeri.

“Saya tinggal di kampung ini dah 45 tahun bukan baru-baru ni, selepas bernikah saya terus tinggal sini.

“Tengok lah surat ni daripada mahkamah, tetapi bila mereka datang nak robohkan saya tunjuk surat ni mereka cakap mereka tetap akan robohkan juga,” katanya.

Beliau ditemui di sebuah pondok sementara yang didirikan di tapak bekas rumahnya di Kampung Chubadak Tambahan semalam.

Pondok beratapkan kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantai kayu reja itu turut memuatkan barangan yang sempat diselamatkan daripada rumah yang dirobohkan.

Beliau sekadar berharap agar wakil rakyat kawasan tersebut, Tian Chua akan dapat membantu mereka mendapatkan kediaman lain.

Menurut Opah Wahidah, beliau kini tiada tempat lain yang boleh dituju kerana rumah itu sahajalah satu-satunya tempat kediaman mereka anak beranak.

Beliau berharap agar kerajaan dapat menggantikan rumah yang sempurna kepadanya, dan bukan hanya memberikan unit rumah Program Perumahan Rakyat.

Sementara itu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang menziarahi keluarga berkenaan berkata, pemaju dan DBKL sepatutnya menawarkan rumah yang lebih baik sebagai ganti.

“Kalau kita tengok pun sejarah kes ni panjang, dah pernah dibawa ke mahkamah rayuan sebelum ni.

“Kita harap pihak pemaju dan DBKL dapat mempertimbangkan tawaran yang lebih baik dan berperikemanusiaan,” katanya.

Nik Nazmi juga berkata, golongan peneroka bandar berkenaan layak mendapat layanan lebih baik kerana mereka didorong oleh kerajaan untuk membuka penempatan di Kuala Lumpur semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.

“Jika sebelum ini bapa perdana menteri sendiri yang menggalakkan mereka datang jadi pada zaman sekarang tak patutlah kita layan atau gelarkan mereka sebagai setinggan.

“Layanlah mereka sebagai peneroka bandar yang pernah memberi sumbangan kepada pembangunan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Beliau turut memuji tindakan golongan mahasiswa yang turut berhimpun sebagai tanda solidariti bersama warga tersebut di Sentul, semalam.

“Mereka menjaga kebajikan keluarga Opah, ini menunjukkan peranan positif anak anak muda dalam isu ini,” katanya.

[BERGAMBAR] Pemeriksaan Kenderaan Untuk Lampu HID, Plat Nombor Bermula Hari Ini


Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat

Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard.
Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama.

"Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan.

"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.

"Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star.

Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan.

Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah.

Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih.

Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).

Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).


Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya.

Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian.


Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya.

mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan.

"Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya. -mstar

klik untuk besarkan pamphlet


IKLAN BERBAYAR


Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI






PANDANGAN DI MALAYSIA TAHUN 50 AN


Friday, October 31, 2014

PENANGAN BOLA SEPAK (GAMBAR)



Alangkah indahnya bersesak macam ni utk solat jemaah :-)
Anda mungkin juga meminati:

waktu kebelakangan ni keah di landa puting beliung

Kota Setar dilanda puting beliung

  • Pusaran angin yang dirakamkan penduduk di kawasan Sungai Baru. Pusaran angin yang dirakamkan penduduk di kawasan Sungai Baru.
1 / 2
ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi.

Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan.

Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan  akibat  terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru.

Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.





Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan ‘puting beliung’ itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong.

Fenomena alam yang berlaku buat kali kedua itu, selepas Pendang pada 14 Oktober lalu menyebabkan orang ramai merakamkan kejadian dan menjadi viral di laman Facebook.

LANJUT DAN LANJUT, ADA HARAPAN ANUAR MASUK DALAM

Prosiding dilanjutkan ke Isnin, Selasa depan
  • liwat anwar
1 / 1
PUTRAJAYA - Perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari keempat hari ini ditangguhkan ke minggu depan dan ia dijangka bersambung semula pada Isnin dan Selasa.

Bagaimanapun Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, perbicaraan kes itu pada Isnin depan akan berlangsung separuh hari manakala Selasa pula beliau menjangkakan perbicaraan penuh dapat dilakukan.

Saya rasa Isnin ada peluang tidak habis (pendakwaan) ada kemungkinan itu, jadi kita akan bersambung pada Selasa.

"Selasa kami yakin perbicaraan akan bersambung dan saya ambil bahagian kecil di awal pagi Selasa dan mereka akan hantar (submit).

Petang ini tiada (perbicaraan penuh) sebab hari Jumaat dia selalu tak buat, jadi Isnin depan setengah hari sampai pukul 1 petang, saya fikir Selasa adalah sepanjang hari," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Hari keempat pendengaran rayuan akhir Liwat II, Ketua Umum PKR itu bermula jam 9 pagi hari ini dengan pihak pendakwaan yang diketuai Muhammad Shafee memulakan hujahan balas.

Muhammad Shafee juga telah membuat hujahan balas pada sebelah pagi berhubung dakwaan pihak pembelaan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi.

NAK PERTAHAN UMMAH LAGU MANA KALO FAHAMAN SEKULAR

Tak mampu pertahan ummah punca ramai sertai jihad

  • Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
PUTRAJAYA -  Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah merupakan satu faktor menyebabkan semakin banyak umat Islam menjadi pejuang jihad, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika orang Islam kecewa, dan kepada orang kebanyakan yang tidak mempunyai kuasa, mereka mungkin memikirkan hanya satu jalan mereka boleh menyumbang dengan menjadi pejuang jihad.

"Untuk memujuk orang menyertai mereka, mereka akan berkata ia adalah jihad berjuang untuk Islam, tetapi ia tidak akan menghasilkan keputusan yang diingini," katanya semasa sesi soal jawab di Forum Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, mereka juga mempromosikan idea bahawa mereka yang syahid atau mati semasa berjihad akan dimasukkan ke dalam syurga.

"Al-Quran berkata dengan jelas bahawa semua umat Islam adalah bersaudara.
Tetapi bagaimana kamu boleh ke syurga apabila kamu membunuh saudara Islam kamu sendiri?,"  katanya.

"Kita kena kembali kepada al-Quran dan memahami bahawa terdapat had yang boleh kita pergi dan jangan biarkan orang lain merampas kefahaman mengenai Islam," kata beliau.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama khas yang menyentuh kedudukan Dunia Islam di Tengah-tengah Orde Baru Dunia sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Putrajaya 2014. 

Acara selama empat hari yang bermula semalam itu mempunyai 200 program dan aktiviti yang menarik seperti pameran buku Islam antarabangsa, pameran Masjid Al-Aqsa, pertunjukan fesyen Muslimah dan Selawat Bersama Habib Syeikh Assegaf.  - Bernama

KAMPONG CHUBADAK

31/10/14

Penduduk berkain kapan tuntut kembalikan rumah

 


Kira-kira 80 orang menyertai bantahan tindakan merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul petang ini.

Bantahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Bandar Baru Sentul.

Seorang penduduk di bantahan itu menarik perhatian apabila dia berselimutkan kain kapan bertulis Chubadak dan memakai rambut palsu.

Menurut beberapa aktivis yang menyertai bantahan itu, ia menjadi simbolik kepada terkuburnya Kampung Chubadak Tambahan.

"Saya mahu rumah saya kembali," kata penduduk berkenaan.

Bantahan itu turut disertai Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat Aiman Athirah, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Mereka turut membawa sepanduk "Bertuhankan wang", "Di mana pimpinanan rakyat" dan "Pengkhianat Bangsa+T".

 

Mereka kemudiannya berarak ke pejabat pemaju yang terletak 1.5km dari tempat mereka berkumpul.

Setibanya di hadapan pejabat itu, dua peserta bertindak menulis "Kapitalis Bangsat" dan "Pengkhianat Bangsa+T" pada pagar kayu pejabat itu.

Benarkan tiga wakil

Sementara itu, Aiman yang memegang pembesar suara menggesa supaya pemaju keluar untuk menerima memorandum tuntutan dari Gerakan Rakyat Bela Kampung Chubadak Tambahan (BELA).

Sementara menunggu pemaju keluar, peserta demonstrasi menyanyikan lagu rakyat sambil mengingatkan pemaju supaya "jangan jadi penakut”.

Kelihatan juga antara peserta yang merempuh pagar sehingga satu kayu pagar itu tercabut.

Setelah menunggu hampir 45 minit, muncul wakil pemaju yang meminta mereka beredar. Namun peserta tetap berdiri di luar pagar dan menjerit “Kau Kapitalis Bangsat”.

Bimbang keadaan akan menjadi lebih kecoh, akhirnya wakil pemaju bersetuju membenarkan tiga orang wakil untuk masuk dan mereka berbincang selama 30 minit di pejabatnya.

Antara wakil yang terlibat adalah seorang penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ahmad Daud Mohd Ali, peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dan aktivis Gamis, Khairul Najib Hashim.

Kira-kira jam 4.30 petang, ketiga-tiga wakil itu keluar dari pejabat pemaju.

Dalam ucapannya, Ahmad Zamri berkata rundingan penduduk dan wakil pemaju telah dicapai setelah penyerahan memorandum tuntutan agar pemaju memberikan pampasan setimpal, notis yang munasabah serta tidak menggunakan samseng bagi mengusir penduduk kampung

"Pemaju hendaklah segera memberi pampasan setimpal kepada mangsa pencerobohan dan pengusiran paksa Haji Halim dan Hajah Wahidah.

"Pemaju hendaklah memberi notis yang munasabah kepada mangsa setelah bayaran pampasan dijelaskan dan pemaju hendaklah menghentikan penggunaan samseng kampung untuk menakutkan pengusiran paksa,” katanya.

Ucapan dari Ahmad Zamri disambut dengan tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir dan peserta bersurai secara aman kira-kira jam 4.40 petang.- mkini
Anwar puas hati hujah pasukan peguam bela

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
PUTRAJAYA - [VIDEO] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim puas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan pasukan peguam bela beliau dalam rayuan kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar berkata, tidak munasabah untuk mahkamah mensabitkan beliau bersalah terhadap pertuduhan yang didakwanya fitnah jahat dan konspirasi poltik.

Menurutnya, pihak pembelaan yang berhujah sejak hari pertama diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan terakhir oleh Ram Karpal Singh mengemukakan hujahan secara terperinci dan terlalu kukuh.

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan akan memulakan hujahannya pagi esok selepas memohon kepada mahkamah agar hujahan ditangguhkan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata, mereka memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan memandangkan banyak hujahan baru dikemukakan pihak pembelaan hanya diterima mereka pada Selasa lalu.

Menurutnya, banyak hujahan dibuat secara tergesa-gesa termasuk pindaan dan petisyen tanpa notis, yang memerlukan pendakwaan.

Hujahan akan dimulakan esok (pagi ini) di mana kami akan menjawab terlebih dahulu isu-isu penting," katanya sambil menambah hujahan balas mungkin mengambil masa hingga Isnin ini.

Bhgn Ini Bakal Jadi Berita Besar Utusan & TV3


Pendakwa sensasikan hujah untuk TV3, Utusan, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pihak pendakwaan dalam rayuan liwatnya sengaja mensensasikan hujah di Mahkamah Persekutuan untuk media pro kerajaan.

Bercakap di akhir sesi mahkamah, Anwar berkata, ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaitkan hal sensasi dalam hujahnya supaya akhbar pro-kerajaan dapat memainkan isu berkenaan.

"Timbalan Pendakwa Raya memetik perkara sensasi dalam hujahnya untuk Utusan dan TV3," katanya selepas meninggalkan mahkamah yang masuk hari keempat perbicaraan.

Shafee seharusnya menjawab isu fakta yang dibangkitkan pihak pembelaan, kata Anwar.

"Pasukan pembelaan melakukan tugas yang mengagumkan terutamanya mewujudkan keraguan munasabah," katanya.

Shafee, yang mewakili Umno dalam beberapa kes, dilantik kerajaan mengetuai pasukan pendakwaan.

Dalam hujahnya hari ini, Shafee menceritakan bagaimana Anwar dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau turut menggunakan perkataan yang didakwa digunakan Anwar kepada Saiful dalam nada seksual.

Sementara itu, Shafee berkata 20% hingga 30% hujah pendakwaan hari ini selesai dan fakta kes dirujuk dalam konteks yang betul.

"Ini dilakukan sebagaimana tuduhan liwat itu berlaku," katanya kepada wartawan di luar mahkamah.

Shafee yang diberikan lesen sementara oleh Peguam Negara untuk membuat pendakwaan kes ini berkata, beliau turut membawa isu sampel di mahkamah yang sebelum ini dipertikaikan pembelaan.

Shafee berkata teori konspirasi yang diketengahkan pihak pembelaan tidak masuk akal.

Katanya, Umno, media, doktor perubatan kerajaan, dua ahli kimia dan hakim diheret ke dalam dakwaan konspirasi Anwar apabila kenyataan kepada mahkamah diberikan.

Shafee berkata kepada mahkamah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima gangguan seksual yang membawa kepada liwat.

"Jika wanita boleh dilindungi, kenapa tidak lelaki," katanya.

Shafee berkata isu kredibiliti pengadu akan dibahaskan pada Isnin dan hal lain yang dibangkitkan pembelaan.

Panel hakim yang diketuai Tun Arifin Zakaria turut memanjangkan sesi perbicaraan sehingga Selasa.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Testimoni Saiful timbul keraguan

  • Anwar (kiri) bersama peguam belanya, N Surendran tiba di mahkamah untuk perbicaraan pada hari ketiga, semalam. Anwar (kiri) bersama peguam belanya, N Surendran tiba di mahkamah untuk perbicaraan pada hari ketiga, semalam.
1 / 1
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia  diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

“Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?” soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.

“Bagaimana air mani ditemui di dalam rektum padahal tiada bukti penembusan?” soalnya.

Ram berkata, hakim mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel ditemui adalah betul.

“Ia boleh berlaku sekiranya sampel berbeza digunakan,” katanya.

Menurutnya, seluar dalam yang dipakai oleh Mohd Saiful pada hari insiden tidak mempunyai kesan air mani.

“Seluar dalam yang digunakan dalam insiden itu dibasuh namun kesan air mani ditemui pada seluar dalam yang tidak digunakan pada hari itu,” katanya.

Selain itu Ram turut mendakwa sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia Negara.

“Oleh demikian bukti asid deoksiribonukleik (DNA) dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai,” katanya.

Pendengaran hujahan pembelaan bagi rayuan terakhir Anwar, 67, memakan masa selama tiga hari bermula 28 Oktober lalu tamat dan akan disambung oleh pendakwaan.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar diberikan masa untuk menyediakan hujahan balas bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh peguam bela.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima panel hakim membenarkan permohonan Muhammad Shafee dan menangguhkan prosiding pada tengah hari semalam.

Prosiding seterusnya bersambung pada hari ini.

Friday, October 31, 2014

SELUAR DALAM SAIFUL PENINGKAN PENDAKWA?

 

 Oleh :Mohamed Hanipa Maidin


 

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. 
Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. 
Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. 
Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.
Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. 
Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. 
Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau

diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. 
Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. 
Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah , menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat !

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas kejadian. 
Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. 
Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. 
Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. 
Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluar dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu dipakai masa hari kejadian.
Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. 
Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless ) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh !

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani !

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.
Pas kritik Sis cabar Majlis Fatwa

  • Muhammad Khalil Abdul Hadi
1 / 1
SHAH ALAM - Pemuda Pas mengkritik tindakan Sister In Islam (Sis) yang mencabar fatwa pengharamannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga cuba mengheret badan itu ke mahkamah.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kebiadaban Sis yang mencabar pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

“Malah, tindakan Sis itu mencabar institusi Raja-raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Ia sekaligus membuktikan Sis mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ulama,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pemuda Pas turut menyatakan sokongan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut dan melahirkan kekesalan atas keengganan Sis untuk akur dengan keputusan berkenaan seterusnya bertaubat serta bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapannya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera kepada Sis yang disifatkan sebagai pelampau agama.

“Tindakan Sis mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam.

“Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat.

“Kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti Sis di Malaysia,” katanya.

Beliau sempat menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan agenda-agenda tersebut yang sewenang-wenang mentafsir dan membentuk amalan bertentangan dari ajaran Islam.

“Sentiasalah merujuk para alim ulama dalam perkara ini kerana kita tidak hanya akan hidup di dunia, tetapi akan diperhitungkan di akhirat untuk ketetapan hidup kekal sama ada di syurga atau neraka,” katanya.

 

Jumaat, 31 Oktober 2014

Fitnah Liwat II: 15 tempat duduk cawangan khas dalam mahkamah dipersoal

SaifuddinPUTRAJAYA 31 OKTOBER : Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kecewa dengan pembahagian pas yang diberikan secara tidak adil kerana membenarkan sehingga 15 anggota polis cawangan khas masuk ke dalam Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan.

Jelasnya, ruang yang diberikan adalah terhad iaitu 15 untuk media dan pemerhati antarabangsa, 10 untuk ahli parlimen manakala lebihannya telah diperuntukkan kepada cawangan khas tersebut.

“Apa yang berlaku, hampir 15 tempat duduk pas diperuntukkan untuk anggota polis cawangan khas, dan itu mengambil tempat di bahagian belakang di sebelah kiri iaitu di belakang media, kemudian di sebelah kanan iaitu di belakang pemerhati antarabangsa.
“Mereka masuk dan ada sebahagiannya duduk di sebelah saya, tapi tidur.

“Isunya kenapa sampai 15 pas diberi kepada cawangan khas sedangkan wartawan 15 pas juga?” soalnya ketika ditemui pemberita di hadapan bilik bicara 1 Mahkamah Persekutuan.

Jelasnya, ruang yang diberi adalah terhad iaitu untuk beberapa ahli keluarga terdekat Anwar, 15 pas untuk media, pemerhati antarabangsa dan diplomat, manakala lebihannya diperuntukkan terus seramai 15 orang untuk anggota polis cawangan khas.

“Jadi kita tinggal sehari lagi iaitu hari Isnin, kita minta beberapa slot cawangan khas itu dikeluarkan.

“Takkan lah sampai lingkungan 100 meter baru penyokong dapat berkumpul, dalam mahkamah punya tempat pun kamu ambil juga atas alasan kerana bertugas, dua atau tiga orang cukuplah.

“Tolong berikan ruang yang lebih adil kerana ini adalah kes berprofil tinggi, anggota polis cawangan khas tidak perlu begitu sekali,” ujarnya lagi.
Tuduhan Pas balas dendam tidak benar
1 / 1
ALOR SETAR - Fakta penting berkaitan politik Kedah didakwa telah diselewengkan dan dimuatkan dalam buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penulis berkenaan didapati memutar belit fakta dan urutan sejarah selain cuba menggambarkan Pas Kedah bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang membentuk kerajaan pada penggal lalu bersikap tidak menghormati pihak lain terutama DAP.

“Keburukan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama seolah-olah bertujuan menimbulkan persepsi Ustaz Azizan sebagai punca masalah dalam kerajaan PR di Kedah. Penulis seolah-olah cuba menimbulkan persepsi pembaca dengan membina pandangan negatif dan prasangka terhadap beberapa tokoh termasuk Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Azizan berkata, pihaknya mempertikai tujuan buku itu diterbitkan berikutan terdapat percanggahan maklumat selain hanya merujuk kepada sumber yang boleh diragui kredibilitinya.

“Adakah buku itu bertujuan untuk membersihkan beberapa pemimpin di Kedah yang pernah cetuskan krisis secara terbuka menentang kepimpinan Azizan?

"Wajarkah buku itu menyalahkan Presiden Pas dan pemimpin tertentu yang didakwa mempertahankan kepimpinan Ustaz Azizan secara semberono,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut kesal apabila buku berkenaan mendedahkan secara terbuka tuduhan dan fitnah terhadap Ustaz Azizan sebelum ini dengan mengubah dan menyembunyikan fakta dan diolah semula peristiwa yang berlaku.

“Banyak fakta diulas dari persepsi yang salah selain meletakkan tanggungjawab penyebab krisis hanya di bahu Ustaz Azizan sewaktu menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah dan Menteri Besar,” katanya.
 Muhammad Sanusi turut kesal apabila penulis hanya menemu bual pihak tertentu tanpa merujuk kepada kepimpinan Pas Kedah sedia ada.
“Amat dikesali kerana buku itu dijadikan rujukan pihak luar berasaskan andaian, persepsi dan maklumat salah termasuk sumber yang tidak berasas dan tuduhan liar yang diulang. Ia boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pas Kedah selain menjejaskan imej, kepercayaan dan sokongan,” katanya.
Menurutnya, Pas Kedah telah menubuhkan jawatan kuasa mengkaji isi kandungan buku berkenaan bagi membolehkan fakta dan sejarah sebenar diketengahkan untuk menjernihkan kembali kekeruhan yang dicetuskan.

Muhammad Sanusi turut membangkitkan antara fakta tidak tepat yang dipaparkan ialah  Datuk S Manikumar dinamakan Exco PKR sedangkan beliau belum menjadi Adun ketika itu manakala Abdul Ghani Ahmad juga belum dilantik Exco  dan menjawat Timbalan Speaker daripada Pas.

“S Manikumar hanya bertanding dan menang dalam PRK Bukit Selambau setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan V Arumugam (Exco Kedah sebelum itu yang bertanding atas tiket Bebas dan kemudian menyertai PKR) meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun.

"Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long juga belum menjadi Exco. Mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) yang tinggalkan PKR dan jadi Adun Bebas,” katanya.

Menurutnya, penulis didakwa berniat jahat apabila menyatakan Pas Kedah bawah pimpinan Ustaz Azizan membalas dendam kepada DAP apabila Adun tunggal parti itu, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco.

“Ini dikaitkan dengan isu dendam Pas Kedah konon kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal Pas di sana sebagai Exco,” katanya.

Telahan penulis ternyata salah kerana kerajaan Kedah dibentuk lebih awal daripada kerajaan Pulau Pinang.

“Ustaz Azizan mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac dan Exco mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac.

Kerajaan negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12. Lim Guan Eng angkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin dituduh kita balas dendam kepada Pulau Pinang?” katanya.

Muhammad Sanusi menyifatkan fakta penting diabaikan manakala isu remeh dijadikan rumusan selain meletakkan kesalahan pada Pas semata-mata.
“Mana boleh diceritakan bahawa ‘uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir’?” katanya.

ARI DUBUR SAMPAI KAT PERUT

Jumaat, 31 Oktober 2014

Fitnah Liwat II: Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya, kata Shafee

12.10pm: Persidangan mahkamah ditangguhkan

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.05am:  Bapa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di mahkamah bersama dengan cucunya, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mahkamah bersedia untuk menyambung pendengaran.

10.50am: Di tengah-tengah hujan lebat, kira-kira 200 penyokong Anwar Ibrahim dibenarkan berlindung di khemah sementara di depan Istana Kehakiman.

Makanan dan minuman disediakan oleh pegawai PKR. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di situ.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.


Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa  tetap berkata yang ia berlaku.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.
Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu,  dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku
pada hari itu untuk menunjukkan bahawa Saiful tidak mungkin mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas karpet di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu, Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"
Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.
Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.
Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata,  hakim yang sama yang membebaskan beliau.
Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, ia berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.
"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abdul Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu,  bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.
Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman,termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Anwar,  katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.
Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.
Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.16am: Mahkamah memulakan persidangan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin mengetuai lima anggota panel Mahkamah Persekutuan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.