Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi
pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik
kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.
Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan,
namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang
diperkatakan dewasa ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari
kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower,
Amerika Syarikat pada 9 November 2001), terdapat bukti lain yang lebih
membuka mata.
Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis
buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World. ,
Christopher Bollyn.
Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones
dalam menganalisi serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang
mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat
susah’ termasuk diserang dan dipenjara.
Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan,
namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang
diperkatakan dewasa ini.
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari
kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan 9-11), terdapat
bukti lain yang lebih membingungkan.
Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777
2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan
terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktober 2013
sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4
November 2013.
Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan
didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di
Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan
sebagai N105GT.
Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.
Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?
Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370,
seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas
mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan
dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:
“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon
the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked
the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find
it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut.
Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat
dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke
satu tempat yang tidak dapat dijumpai).
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi
merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert
Murdoch.
Sejak dahulu lagi, Israel dikenali sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.
Namun rancangan mereka ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian
berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang
menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.
Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.
Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba
menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak
mustahil jika kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah
dirangka oleh Israel.
Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu
menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka
sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan
ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?
Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara
sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan
akhirnya. Wallahu’alam.
Que Ahmad