Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERGEMPAR ! DUN PERAK BUBAR ?........

Salam

BERITA TERGEMPAR ! DUN PERAK AKAN BUBAR WAKTU YANG SANGAT DEKAT, TIMBALAN PERDANA MENTERI MUHIDEN YASIN DI JANGKA BERJUMPA SULTAN PERAK ESOK INI EKORAN ADA ADUN PERAK YANG MENYERTAI PR KEMBALI

JIKA BERITA INI DI SAHKAN DENGAN KADAR SEGERA MAKA ADA KEMUNGKINAN DUN PERAK AKAN DI BUBARKAN MINGGU HADAPAN, SEJAK MINGGU LEPAS NIZAR SUDAH BERJUMPA DENGAN ADUN YANG TELAH MELOMPAT BALIK DENGAN CARA SENYAP

KITA TUNGGU BERITA GEMBIRA INI DENGAN BERLAPANG DADA DAN JIKA IA MENJADI KENYATAAN MAKA IA AKAN MENAMATKAN MENTERI BESAR MAHKAMAH YANG DI SANDANG OLEH ZAMBRY, WALAU APAPUN PAK KARAMU YAKIN IA AKAN MENJADI KENYATAAN

PAK kARAMU JUGA TELAH BERHUBUNG DENGAN ORANG TERTENTU DI KL DAN BELIAU HANYA MENYEBUT AKAN BUBAR MINGGU HADAPAN, DI TANYA SAMA ADA SELEPAS PILIHANRAYA MANIK URAI ? BELIAU MENYATAKAN ITU MENGIKUT BUDI BICARA SPR JIKA LAPORAN DI BUAT DENGAN KADAR SEGERA , JADI SEKARANG KITA TUNGGU

KEMPEN DARI UMNO KEPADA UMNO

Salam,

PERANG SARAF DARI UMNO KEPADA UMNO DI MANIK URAI

Di beritakan dari Manik Urai bahawa kempen UMNO memburukkan UMNO oleh kumpulan UMNO sendiri dengan kata-kata kesat dan maki hamun kepada UMNO bertujuan supaya rakyat benci kepada PAS di sana, kumpulan UMNO ini berpakaian ala petugas PAS dan Muslimat memaki UMNO selumat-lumatnya seperti UMNO kafir, UMNO babi, UMNO rasuah, UMNO syaitan dan kata-kata kesat juga kepada pucuk pimpinan sendiri supaya maki hamun itu mendatangkan rasa benci rakyat kepada PAS

Apabila kumpulan yang berpakaian ala PAS ini memaki hamun UMNO dengan kata-kata kesat maka rakyat akan membenci orang yang berkempen yang memakai pakaian ala PAS dengan alasan mana mungkin orang yang memperjuangkan islam sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun sesama islam, kempen ini adalah kempen yang telah di laksanakan UMNO pada tahun 86 oleh UMNO dan ia berjaya menimbulkan kemarahan rakyat dan orang Manik Urai jangan terperangkap dengan kempen ini

RAKYAT MERINDUKAN NAJIB & ROSNAH

Salam,

Tetiba saja baru teringat ramai orang kat KL bagitahu bahawa Najib&Rosmah di rindui oleh ramai peminatnya di seluruh negara, ada pula yang berkata sekurang-kurangnya Pak Najib datanglah melawat mana-mana ada pilihanraya kecil, nampaknya Najib dah tak peduli dengan rakyat lagi atau kalau tak mahu jumpa rakyat serahkan sahaja jawatan PM tu kat Muhiden Yasin

Tidak pernah mana-mana PM Malaysia selepas di lantik tidak melawat rakyatnya melainkan Najib, sementara cengkadak-cengkadak Najib terus membuat harta dengan membodek Najib dengan berbagai projek untuk diri sendiri dan kroni, Najib di jangka tak lama jadi PM dan UMNO juga tak lama memerintah negara, habis lamapun sehingga FRU 13 nanti

MANIK URAI BERTAMBAH FITNAH

Salam,

Di Manik Urai ada laporan daripada kawan Pak karamu semasa di dalam tentera dulu, baru-baru ni kami telah berjumpa di satu perjumpaan bekas veteran tentera ord Corp di Batu kantonmen Jln Ipoh, dia bagi tahu bahawa UMNO memang memulakan kempen kotor dan tidak munasabah

Akhir cerita di perjumpaan itu dia mengakui bahawa dia juga seorang ahli UMNO tapi kali ni tak boleh nak tinggal lagi kat UMNO sebab tak boleh nak cerita nanti payah jadinya, tapi saya tak boleh terima sebab ada rahsia yang kalau cerita maka orang Kelantan akan jadi rakyat bodoh

Apabila kami sama-sama keluar kem dia kata UMNO pembohong besar, tak menesabah ! Apa dia ? huh tak boleh nak cerita tapi kali ni nak pangkah Nik Aziz, pasal royalti minyak ke ? nantilah kita jumpa lagi, waw orang UMNO Kelantan nih kuat juga simpan rahsia mungkin sebab takut tak dapat bantuan itu dan ini

Walau apapun tq saya kepadanya

BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN

Salam,

PAK KARAMU NAK ULAS SIKIT SAHAJA

Kenyataan Tan Sri Harussani:

"Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang berkerat rotan. Ini adalah perbuatanyang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada Etika Isalam bahkan ia Etika syaitan"

Kita memaki hamun sesama kita, maksusnya UMNO maki hamun PAS dan PAS maki hamun UMNO dan Tan Sri Harussanipun dalam hatinya memaki hamun PAS dan mungkin maki hamun UMNO juga demikian gerak hati Pak Karamu, ertinya dia memaki hamun semua mana yang tak kena dan di sana ada yang kena dan ada yang mengena

Tan Sri Harussani menimbulkan Etika Islam dan Etika syaitan, Baguuuuus ! tersangat jelas di dalam Al Quran ada menyebut sifat-sifat Etika Islam dan Etika syaitan, Etika Islam sudah tentu membawa maksud Hizbullah dan Etika syaitan sebagai Hizbul syaitan di sebut sebagai Hizbus syaitan kerana tidak menjadikan Al Quran dan Hadis Nabi sebagai dasar perjuangan mereka, sementara Hizbullah mengambil Al Quran sebagai dasar perjuang mereka, Tan Sri pasti setuju bukan ?

Dasar perjuangan PAS jelas dan dasar perjuangan UMNO juga jelas, ini bererti kita tahu siapa yang mengamalkan Etika syaitan dan juga Etika Islam, apakah Tan Sri memerli UMNO ? Akan tetapi maki hamun Tan Sri semua orang yakin adalah kepada PAS bukan ? Tahniah Tan Sri yang bijak sana hu hu hu. Nanti lain tahun boleh dapat TUN pulak

Tan Sri mahukan perpaduan melayu/Islam ! Tahniah Tan Sri dan Tan Sri juga tak mahu perpecahan bukan ? Saya rasa ia adalah mudah, ikut panduan Allah kerana Allah itu Tuhan kita, dalam Al Quran Allah sebut begini " Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu bercerai berai"

Ayat Tuhan itu tersangat jelas dan Tan Sripun maklum bukan ? Boleh Tan Sri jawab kumpulan mana di antara UMNO dan PAS yang berdasarkan Hablillah ! UMNO ataupun PAS ? Sekarang melayu Islam sudah Tafarraqu yakni berpecah belah, jika mengikut kaedah yang di tetapkan oleh Allah syarat Wala Tafarraqu itu wajib berpegang dengan Hablillah, yang ini juga Tan Sri maklum bukan ? Akan tetapi yang kena pelupuh PAS bukan ? Al Hamdulillah syukraaaaan !

Tan Sri juga sentuh tentang ayat "Sesungguhnya Syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu .... (Al Maidah 9) Siapa syaitan ? Kalau nak ikutkan ayat di atas maka UMNO lah syaitan atau bagaimana ? Tapi yang kena lanyak adalah PAS bukan UMNO, ini apa sudah jadi ? Nak lepas geram ke ?

Mengapa Tan Sri tak baca ayat dari surah Maidah ini yang berkaitan dengan Wamanlam Yahkum ......... sehingga semua dapat faham tentang kategori manusia yang terhukum kepada kafir,zalim dan fasik ! Wahai Tan Sri janganlah main wayang ! lebih baik tutup mulut ! Sekilat ikan di air kita tahu jantan dan betinanya, Cooooool Tan Sri !


JANGAN IKUT ETIKA SYAITAN -Harussani

Salam,

Bab Pertama:

Pak Karamu terkempunan nak ulas wawancara Tan Sri Harussani dengan wakil Utusan Malaysia pada Mingguan Malaysia muka surat 7 yang bertarikh Ahad 28 Jun 09

Dalam wawancara itu ada banyak dalil Hadis dan Firman di keluarkan oleh Tan Sri Mufti negeri Perak itu, Al Hamdulillah Syukraaaaan !

Dalam wawancara itu juga dia kata dia tak minat dan tak berapa faham berpolitik akan tetapi dia menegur perselisihan orang berpolitik yang dia nampak ada yang tidak betul, hi hi hi ertinya dia faham mana yang betul ataupun tidak, ertinya dia faham berpolitik

Tan Sri Harussani adalah seorang mufti di dalam negara Malaysia satu-satunya mendapat gelaran Tan Sri, ertinya dia adalah seorang yang berkeliboooooo Besooooo! dan dia mengelaurkan kata-kata " Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang dan berkerat rotan, ini adalah perbuatan yang cukup buruk, ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika Syaitan - Harussani Zakaria (Tan Sri Mufti Perak Darul Ridhwan)

Ulasan akan menyusul .............. !

MUZAKARAH UMNO DAN PAS HI HI HI

Salam,

KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA REEZAL MERICAN MAHUKAN MUZAKARAH DI ADAKAN DI ANTARA PEMUDA UMNO DAN PAS DEMI PERPADUAN, PAK KARAMU KATA AL HAMDULULLAH ! SYUKRAN ! TAPI BERANI KE ? JANGAN CAKAP MULUT SAJA KERANA CERITA MUZAKARAH INI SUDAH LAMA KEDENGARAN TAPI UMNO TAKUUUUT ! KALI NI BERANI PULAK YE !

TAPI INGAT ! MUZAKARAH NI BUKAN NAK TAHU KEPUTUSAN KALAH DAN MENANG AKAN TETAPI IA MENGHASILKAN KEPUTUSAN BENAR ATAUPUN TIDAKNYA SESUATU KEPUTUSAN TERSEBUT YANG BERASASKAN KEPADA TAJUK UTAMA DAN KEDUA BELAH PEHAK HENDAKLAH BERSIKAP BERLAPANG DADA

MUZAKARAH INI JIKA DI ADAKAN PAK KARAMU NAMPAK UMNO AGAK SUKAR MENERIMA KEPUTUSAN HUJAH PAS KERANA IDIOLOJI KEDUA PARTI BERLAINAN SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI, TAPI CUBALAH DULU, DAN UMNO JANGAN LUPA NAMAKAN FIRDAUS YANG BIJAKSANA TENTANG HUKUM DAN ULAMA PEMUDA YANG LAIN KALAU BOLEH MINTA MASIHAT DARI MUFTI PERAK DULU YE

HARUSSANI DI SARAN BERDEBAT DGN NIK AZIZ

Salam,

Mufti Negeri Perak Dato' Harussani di saran berdebat dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelesaikan masalah hukum di dalam islam, kedua-dua tokoh ini mampu menyelesaikan masalah hukum yang saban hari memeningkan kepala rakyat

Rakyat di negara ini semakin keliru tentang hukum agama islam kerana kenyataan-kenyataan yang di keluarkan menjurus kepada suasana politik semasa akan tetapi di kaitkan dengan hukum agama halal dan haramnya apabila berlaku kenyataan begitu dan begini

Pak Karamu sarankan Nil Aziz akan mewakili PAS dan Mufti Perak mewakili UMNO sebab di waktu kebelakangan ini Mufti Perak itu banyak bercakap tentang hukum yang agak sumbang kerana mempertahankan kebangsaan daripada perjuangan islam sekalipun dia memegang amanah agama untuk umat islam di negara ini

Mulut celupar kerana mempertahankan politik sebelah pehak menunjukkan ada kepentingan berlaku di sana tanpa memikirkan akibat dari kenyataan yang berasaskan agama, apa yang Pak Karamu nampak ialah Mufti Perak sudah tidak berkecuali lagi tentang membuat kenyataan apabila dia membenarkan dirinya di tunggangi oleh UMNO

Kenyataan Nik Aziz waktu kebelakangan ini Pak Karamu nampak tiada salahnya kerana dialah orang agama dan dialah orang politik yang di ketahui umum dan dia berhak bercakap tentang politik semasa akan tetapi bagi Harussani sepatutnya dia kena tutup mulut sebab dia tidak melibatkan dirinya dalam politik demikianlah kenyataannya pada masa yang lepas akan tetapi kebanyakkan kenyataannya adalah mengulas soal politik semasa bagi pehak UMNO dengan bersandarkan kepada kebangsaan

Apa yang Pak Karamu muskilkan ialah sepatutnya Harussani mestilah menetapkan dirinya dalam sesuatu kumpulan siasah di dalam negara ini sebelum ia bercakap soal hukum halal dan haramnya sesuatu kenyataan itu mengikut fahaman beragama sedangkan dia belum lagi menetapkan dirinya berada di dalam kumpulan yang mana bagi di wakilinya walaupun kelihatannya dia berpehak kepada UMNO

Politik dan agama memang tidak boleh di pisahkan demikian pandangan agama islam akan tetapi dalam UMNO ianya berpisah kerana demikianlah fahaman sekular akan tetapi jika sungguh demikian mengapa Harussani dan ulama yang lain masih tidak membuat pengistiharan demikian kepada rakyat dan kerajaan secara terbuka


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.