Kematian tragis penjual ikan, cetus demonstrasi
RABAT - MAGHRIBI. Ribuan orang kini berdemonstrasi di ibu Kota Rabat,
bagi menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap kematian seorang
penjual ikan.
Kematian tragis, Mouhcine Fikri ketika mana dia terbunuh tatkala
berusaha memungut semula ikan-ikannya yang disita oleh pihak polis di
bandar utara Al-Hoceima pada Jumaat lalu mencetus kemarahan netizen.
Kemarahan yang pada mulanya diluahkan menerusi media sosial bertukar
menjadi lebih panas, apabila orang ramai mulai berkumpul dan mengadakan
demonstrasi di Rabat, lapor BBC.
Kematian Fikri mengingatkan semula kepada kisah kematian seorang
penjual buah-buahan yang berasal dari Tunisia pada 2010 yang menjadi
salah satu pemacu kepada kemunculan gelombang Arab Spring di Timur
Tengah.
Dalam hal ini, Raja Maghribi Mohamed telah memerintahkan para pegawainya untuk mengunjungi rumah Fikri.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan juga berjanji akan melakukan penyiasatan mendalam berhubung insiden itu.
"Tiada sesiapapun yang boleh melakukan perlakuan seperti itu (merujuk kejadian itu)," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Hassad.
Terdahulu dalam kejadian Jumaat lalu, polis Maghiribi dilaporkan telah
merampas dan menghancurkan ikan todak milik Fikri atas alasan ia telah
melanggar jadual menangkap ikan.
Dalam pada itu, video yang tersebar di media sosial menunjukkan, Fikri
melompat ke bahagian belakang lori sampah untuk mengambil ikan-ikannya,
sebelum tubuhnya kemudian dihancurkan oleh 'compactor' yang berfungsi
memampatkan sampah itu dipercayai sengaja dilakukan oleh pihak polis.
Insiden yang meragut nyawa Fikri mengingatkan pada apa yang terjadi di
Tunisia. Pada 17 Disember 2010, seorang penjual sayur berusia 26 tahun,
Mohamed Bouazizi nekad membakar diri kerana barang dagangannya disita
polis.
Mohamed Bouaziz sempat menjalani rawatan di hospital, Bouazizi meninggal dunia pada 2 Januari 2011.
Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita di negara yang
dilanda krisis di mana yang miskin ditindas dan kaum elit hidup mewah.
Kisahnya membangkitkan kemarahan rakyat ke atas penguasa. Demonstrasi meledak, rakyat turun ke jalan menuntut Ben Ali turun.
Pada 14 Januari 2011, Ben Ali yang tak lagi dipercayai rakyat itu pun
diam-diam lari ke Arab Saudi bersama keluarganya. Revolusi kemudian
tersebar ke Mesir, Libya, dan negara-negara di Jazirah Arab lainnya.