Salam
Limau ni Pak Karamu ambil dari perkampungan bunian di hutan bakau di persisiran pantai Selangor, hutannya agak tebal, berjalan macam nak pengsan menempuh selut dalam, perkampungan ni macam-macam mistrinya, kadangkala ada terdengar orang main kompang, azan dan membaca Al Quran, jika bercakap dan ketawa ni biasalah !
Hari ni Pak Karamu masuk hutan seorang diri sebab ada hajat dari orang yang hendakkan limau tu, mula-mula masuk bulu roma dah berdiri, rasanya kali ni agak luar biasa sikit, sesampai saja kat gigi hutan sudah mendengar anak-anak mereka ketawa macam perli Pak Karamu aje, kemudian terdengar suara orang bercakap dan boleh faham ! " Jaga-jaga ! berundur ! ada orang nak ambil limau tanaman kita, nak buat ubat agaknya !
Huh ! bulu ruma berdiri lagi ! Pak Karamu beranikan diri, kemudian duduk sebentar sambil memerhatikan pokok limau tu, bila nampak saja limau tu hilang ! nak ambil saja limau tu hilang ! huh ! lagilah berdiri bulu roma, akhirnya tawakkal aje la ! Bila sudah dapat secukup yang hendak di gunakan Pak Karamupun hendak beredar pulang tetiba saja rasa tak nak pulang, rasa macam seronok pulak kat hutan tu, nampak macam pokok limau tu macam di minta belas kasihan, kemudian dengar suara datang lagi ya ! huh ! suara perempuan la !
Dalam keadaan lemah Pak Karamu melangkah pulang ! Rasanya macam ada orang menghantar pulak ! tapi sesekali tulih kat belakang tak ada sesiapa, kemudian Pak Karamu memberanikan diri sambil menyanyikan lagu untuk melekakan ketakutan, Indah nian putri buuunian ! (lagu P.Ramli) dalam masa yang sama bulu rupa tegak jugak ! Huh ! cukup la setakat tu ! badanpun rasa nak demam nih !