Cadang kenderaan kerajaan dikecuali Kejara, AES
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) mencadangkan diwujudkan satu klausa pengecualian kepada
pemandu kenderaan kerajaan daripada dikenakan tindakan pemotongan mata
demerit apabila Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya
(Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dijalankan serentak
nanti.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pelaksanaan serentak dua
sistem itu akan memberi kesan kepada lebih 50,000 pemandu kenderaan
kerajaan, yang ada ketikanya terpaksa memandu melebihi had kelajuan
ditetapkan atas faktor kepentingan urusan kerajaan.
Pemandu kenderaan polis, ambulans, bomba serta menteri antara yang
tidak terkecuali dalam pelaksanaan sistem Kejara dan AES apabila ia
dilaksanakan kelak.
Azih berkata, pemandu kenderaan kerajaan adalah tertakluk kepada
tugasan seperti terlibat dalam operasi, mengejar penjenayah, menghantar
pesakit atau terpaksa bergegas dari beberapa lokasi dalam masa yang
singkat.
"Apabila kamera AES mengesan kenderaan dipandu melebihi had, pemandu
terbabit secara automatik akan disaman, dikenakan pemotongan mata
demerit Kejara yang mungkin pada akhirnya lesen memandu mereka digantung
jika jumlah kesalahan mencapai 20 mata seperti ditetapkan," katanya
dalam sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di
sini hari ini.
Azih berkata, keadaan sedemikian bukan sahaja merugikan pemandu malah
memberi kesan kepada penugasan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan
kerana mereka yang terbabit mungkin tidak boleh melakukan tugasan lain
kerana jawatan hakiki mereka adalah sebagai pemandu.
Kebimbangan serta cadangan mewujudkan klausa pengecualian kepada
pemandu kenderaan kerajaan antara yang dibangkitkan delegasi Cuepacs
dalam pertemuan tertutup mereka dengan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri
Siron selama sejam di ibu pejabat JPJ di sini.
Ditanya reaksi Ketua Pengarah JPJ terhadap cadangan berkenaan, Azih
berkata, Nadzri mengambil maklum mengenainya serta menjelaskan
perincian lanjut perlu dilakukan kerana pelaksanaan kedua-dua skim
tersebut masih baharu di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari lepas
dilaporkan berkata, dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya, AES dan Kejara akan dilaksanakan serentak selewat-lewatnya pada
Mac.
Menurut Tiong Lai, pelaksanaan tersebut bukan bertujuan mendenda
pemandu, sebaliknya penguatkuasaan AES dan Kejara merupakan satu
daripada cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya. - Bernama
13 orang berkata:
Hangguk kau! Butoo
Besok bapak ko koma naik ambulan, ko suroh pemandu ambulan tu bawak 40 km/jam.
Umah bapak ko tebakar, ko tipon bomba. Tapi ko nasihatkan bomba bawak keta slow2 utk elak kemalangan. Suruh dia bawak 45 km/j
Kalu nampak polis kejor mat rempit, bagi nasihat bawak slow2 30 km/j. Seronok la mat rempit mcm ko.
Yg bawak menteri2, org2 besor, eloklah bawak slow mcm org lain. Kalu tak nak sampai lewat, bangun awal dan bertolak cepat. Jangan asyik nak potong Q.
Jawatankuasa penerangan ruu355 pas ada kat mana sekarang? Tengah buat penerangan pasal ruu355 kat sapa??
Dlm kes balak dan duit cikgu yik, kalu ikut ruu355, dia masuk kategori sapu ker, ambik ker, pinjam ker atau curi ker??
Ikut ruu355, apa hukumannya turr? Rotan ker, denda duit ker, potong tangan ker???
Adakah semua pemandu anggota bomba,polis,k.kesihatan? Jika ya, semua pemandu kami tangan awak adalah pemandu kereta peronda, ambulan,jentera bomba, saya setuju. Tetapi jika 50,000 pemandu tersebut kebanyakannya bukan seperti di atas, adalah tidak adil kerana mereka juga rakyat biasa juga.
Pemandu2 kerajaan yg tak ada kaitan dgn keselamatan rakyat atau urgent case tu perlu ikut peraturan spt rakyat biasa. Jangan nak mengada2 mintak keistimewaan mcm anggota keselamatan yg penting.
Ini usul nak bg ruang pd barua kerajaan ahli politik penghisap darah rakyat utk bawak laju, potong q dan guna polis utk eskot. Mengaitkan dengan agensi spt bomba dan ambulance utk menghalalkan cara. Kenapa begitu sebab ahli politik korup ni disiplin teruk,kerja kurang tp nak untung lebih... bangsat. Selama ini tiada masalah pun malah boleh disaman apabila suren dan beacon light dihidupkan. Bukan xtau mereka ini gunakan suatu yg biasa konon demi rakyat...rupanya ada udang disebalik batu...
Rakyat jgn percaya dgn statement si korup.
Gila punya undang2.undang2 yg dicipta sepatutnya x pilih bulu. ni tak.org yg ada kaitan dgn krj nak dikecualikan.
Gila punya undang2.undang2 yg dicipta sepatutnya x pilih bulu. ni tak.org yg ada kaitan dgn krj nak dikecualikan.
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment