'Tun M- Anwar buat PM tak tidur lena'
KUALA LUMPUR - Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin
baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat
tidur malam.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad
mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap
pembangkang.
"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat
memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada
pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya
ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial]
Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan
ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan
ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.
Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi
Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden
Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan
isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang
dinanti-nantikan oleh setiap pihak.
"Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana
Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan
Harapan," katanya.
Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah
semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa
bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara
(MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.
Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan
bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan
kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada
mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini.
2 orang berkata:
Lebih baik klu yg kat luar hanya tahu menghanjing jah
Nak tanya pak karamu bole?
Yg walaunta cakap wajib sokong ruu tu apa mende? Pak karamu bole cerita sikit ker apa menatang yg tg walaunta tu nak ubah? Cer cerita sikit kandungan ruu yg walaunta kata wajib sokong turr...
Kawe tak sokong sbb satu mende pung kawe tak tau lagi pasal menatang ruu tu. Kalu kawe tau mungking kawe sokong.
Cer pak karamu cite.... boleh??
Post a Comment