'Ini masa terbaik untuk Umno menang'
MUADZAM SHAH - Umno dan BN merupakan parti yang paling kuat kini dan
masa ini adalah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Keyakinan itu dizahirkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek namun keputusan itu terpulang kepada
pertimbangan Presiden Umno selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Menurutnya, soal ada isu atau tiada bukan lagi menjadi ukuran kemenangan tetapi parti mana dalam keadaan bersatu dan kuat.
"Penubuhan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) tidak berjaya membawa keluar ahli keluar daripada Umno.
"Di pihak pembangkang pula, banyak perkara asas atau isu yang tidak
diselesaikan dan ini masa terbaik untuk Umno menang,” katanya kepada
pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rompin di Dewan Politeknik Muadzam
Shah (PMS), di sini.
Turut hadir Exco Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun, Ahli
Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin, Adun Muadzam, Datuk Seri Maznah
Mazlan, Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain dan Adun Tioman,
Datuk Mohd Johari Hussain.
Seramai 600 perwakilan daripada 103 cawangan berkumpul bagi
menyempurnakan mesyuarat yang turut dihadiri wakil pemerhati dari Umno
Bahagian Pekan.
Ahmad Shabery berkata, pembangkang seolah menjadikan Tan Sri Muhyiddin
Yassin sebagai personaliti baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam meraih sokongan rakyat.
Bagaimana pun menurutnya, usaha itu sukar dijayakan apabila bekas
Timbalan Perdana Menteri itu tidak bersama mereka sebaliknya menubuhkan
parti baharu.
"Parti baharu (Bersatu) parti perlu menjadi parti dominan baru boleh
menjadi PM iaitu perlu mendapat jimlah kerusi besar dalam PRU14.
"Jika itu berlaku, maka perlu ketepikan parti pembangkang lain dan
persoalannya adakah parti pembangkang akan beri kerusi yang banyak
kepada parti baharu ini," katanya.
2 orang berkata:
Sejak PRU part pertama, umno tidak pernah bertanding pihanraya. Yg bertanding peerikatan(kapal layar) dan kemudian BN(dacing)
www0518
nuggets jerseys
hermes birkin
columbia sportswear
nhl jerseys
kevin durant shoes
true religion jeans
polo ralph lauren
puma outlet
ray ban sunglasses
ralph lauren polo shirts
Post a Comment