Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMPAI NAK BUNUH-BUNUH?

 UNTUK MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI MAUT

TERPAKSA TULIS SURAT PADA AGONG?

PASUKAN KESELAMATAN TIADA JAMINAN SELAMAT!

SEMUA ORANG POLITIK KAN?


Pendedah maklumat utus surat terbuka pada Agong

INI LA SEBENARNYA YANG BERLAKU DARI DULU HINGGA SEKARANG?

Pendedah maklumat, yang mencuri perhatian dengan dakwaan skandal rasuah Sabah, merayu kepada  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk menyemak ‘bukti’ dimilikinya dan memutuskan sama ada dia patut diberikan perlindungan.

Dalam surat terbuka itu, ahli perniagaan itu buat kali pertama mengaku memberi rasuah kepada lapan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) itu.

“Patik dengan suci hati mengatakan dan bersumpah mengatakan patik tiada pilihan dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberi rasuah kepada lapan orang YB tersebut, di mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC tersebut telah mengesahkan kepada patik bahawa lesen-lesen hanya akan dikeluarkan sekiranya terdapat YB di belakangnya dan bagi syarikat yang tiada YB di belakangnya walaupun mendapat scoring yang paling tinggi tidak akan dipertimbangkan untuk memperoleh lesen tersebut,” katanya dalam surat itu.

Dia juga memaklumkan terdapat video bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon menuduh Ketua Menteri Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa. 

Katanya, video itu adalah bahan sampingan selain lapan rakaman lain berkaitan perbualan rasuah lapan lagi Adun.

“Patik bersumpah bahawa patik pada ketika itu terdesak dan tiada pilihan kerana patik telah mengeluarkan modal yang banyak bagi membuat persediaan menjalankan projek cari gali mineral tersebut dan telah berhutang dengan pelabur dan menemui jalan buntu apabila dimaklumkan tiada cara lain untuk mendapatkan lesen-lesen tersebut kecuali melalui rasuah kepada YB-YB ini,” katanya.

Dia juga memohon maaf kerana menyembuhkan identiti atas alasan keselamatan serta memaklumkan kepada media terlebih dahulu.

Katanya dia dengan suci hati telah cuba untuk membongkarkan kes ini melalui SPRM.

“Patik dengan rendah diri memohon maaf sekiranya surat patik mengganggu YAM Tuanku tetapi patik atas dasar darurat dan tiada pilihan selain daripada berhubung terus dengan YAM Tuanku memandangkan patik telah menerima ancaman bunuh yang mengugut patik akan dibunuh dalam masa 24 jam,” katanya.

Sabtu lalu, Malaysiakini mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang sebagai balasan untuk mendapatkan projek.

Pemberi maklumat itu cuba mendapatkan perlindungan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memnbongkar perkara itu.

Hari ini, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu namun mahu "pemberi rasuah" ditangkap terlebih dulu.

"Itu pemberi rasuah ada niat tidak baik untuk dapatkan sesuatu daripada kerajaan, apabila tidak dapat, inilah keluar (rakaman),” katanya.

Di bawah salinan penuh surat kepada Agong itu.

SUSAH JUGA NAK JADI ORANG JUJUR, NYAWA PADAHNYA!

HABIS ROSAK MALAYSIA MADANI


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.