Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

26 Julai, 2013

Punca Sebenar Bilik Persalinan Jadi Kantin Tersebar


Penggunaan bilik persalinan sebagai ruang tambahan kepada kantin di SK Seri Pristana dijangka menjadi perancangan tetap, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Mejar Hardeep Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekolah yang beroperasi sejak empat tahun lalu itu tidak dapat menampung populasi murid dan membuat keputusan mengambil tindakan berkenaan pada Mac lalu menerusi mesyuarat agung tahunan PIBG.

Ketika ditanya sama ada bilik persalinan itu akan menjadi tempat kekal untuk tambahan kepada kantin, Hardeep berkata:”Ya.”

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff tahu perancangan itu dilaksanakan sejak Mac apabila murid diarahkan untuk menggunakan bilik persalinan itu untuk makan pada waktu rehat.

“Pada waktu itu, kantin belum ditutup untuk ubah suai. Ia masih dibuka,” katanya.

Kini difahamkan bahawa `ubah suai’ itu hanya membabitkan pertukaran pintu kayu kepada pintu kaca menuju ke ruang makan guru.

Difahamkan juga bahawa kantin ditutup sejak awal bulan puasa dan kerja mengganti pintu bermula pada 17 Julai dan siap seminggu selepas itu.

Keputusan untuk membuka bilik persalinan itu dibuat oleh Guru Besar, Mohamad Nasir Mohd Noor dalam mesyuarat PIBG itu.

“Beliau memberi masa kepada ibu bapa untuk mempertimbang perkara itu dan apabila tiada sesiapa membantah cadangan itu, sekolah meneruskannya dan membuka bilik persalinan,” katanya.

Hussein memberitahu The Malaysian Insider, beliau sudah tentu akan memberitahu sekolah supaya jangan membuka bilik persalinan itu untuk dijadikan kantin serta merta, jika ada ibu bapa yang tampil membantah cadangan itu.

“Semua murid, termasuk kanak-kanak Islam sudah menggunakan bilik persalinan itu ketika waktu rehat sebelum bulan puasa lagi.

“Apabila Ramadan bermula, bilik persalinan itu terus digunakan oleh murid bukan Islam,” katanya.

Hussein menegaskan bahawa sekolah tidak berniat jahat atau diskriminasi dalam isu itu hingga menyebabkan sekolah berkenaan dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, PIBG tidak diberikan masa yang mencukupi untuk memberi reaksi terhadap perkara itu apabila ia ditimbulkan secara besar-besaran oleh ibu bapa.

“Jika ibu bapa datang kepada kami menyuarakan kebimbangan dan keprihatinan mereka terhadap isu itu, saya dengan kadar segera untuk menghentikan rancangan menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin.

“Sebaliknya, yang berlaku ialah ia tersebar di media sosial dan isu itu kini bagi sesetengah orang sudah menjadi perkauman,” katanya.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan melawat sekolah itu dan mendakwa isu itu kini selesai selepas pihak berkuasa sekolah memberi penjelasan kepadanya.

Beliau mendakwa, perkara itu tidak ada kaitan dengan bangsa atau agama dan memberi peruntukan RM10,000 kepada sekolah untuk mengubahsuai kantin.

Beliau juga mengarahkan bilik persalinan itu ditutup dan tidak lagi digunakan sebagai kantin pada masa depan. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.