ANDAINYA KO BUAT KENYATAAN SELEPAS MENGUNDI OK LA KO BOLEH IKUT NASIHAT PARTI KO (PKR) TAPI DISEBABKAN KO BUAT KENYATAAN NAK SAMAN PRESIDEN PAS SEBELUM MENGUNDI MAKA KO KENALAH TERUSKAN CITA-CITA KO, TUPUN KALO KO ANAK JANTAN ADA TELO ! Pak Karamu
25/07/13
Pil Kuda - PKR nasihat Shamsul batal hasrat saman
Anis Nazri,
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat
(PKR) menasihatkan bekas calon PKR di Dun Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat
Amin agar membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.
Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan
tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya
diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.
Sambil menjelaskan tindakan itu
merupakan keputusan peribadi Shamsul, Tian juga berkata PKR
berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.
"Masih banyak cara lain yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan
hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah," kata beliau ketika
dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Batu itu, sudah
terdapat beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak
langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti
perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.
"Namun, apa yang kita harapkan jananlah
sampai perkara ini di bawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar
mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk
tidak meneruskan hasrat tersebut," kata Tian lagi.
Shamsul dilaporkan berkata saman itu
dibuat ekoran kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor
Limbat, Marang baru-baru ini yang mendakwa 'ada calon PKR tukang edar
pil kuda dan sokong komunis'.
Sumber
Sumber
0 orang berkata:
Post a Comment