Anwar: Tubuh segera RCI, tak perlu timbang
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mempertimbangkan
sebaliknya mempersetujui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan
Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi menyiasat tragedi yang menimpa
MH370.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, RCI adalah keperluan dan menjadi kepentingan semua pihak serta tidak harus ditakuti khususnya di pihak kerajaan.
"Ia (RCI) bukan perlu dipertimbangkan, ia patut dipersetujui segera.
"Ini adalah kepentingan semua pihak, majoriti dalam Parlimen adalah wakil rakyat BN, kenapa mereka harus khuatir bukan mewakili pandangan kita (pembangkang) pun," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan penubuhan sama ada RCI atau Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam satu inkuiri tragedi MH370.

0 orang berkata:
Post a Comment