4/06/14
‘Jangan anggap rakyat Selangor bodoh’ – Gobind kepada Khalid
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong
Gobind Singh Deo mengecam kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim berhubung kontroversi Lebuhraya Kinrara-Damansara yang
seperti memperbodohkan rakyat negeri itu.
Beliau mengulas alasan Khalid tentang
pelaksanaan projek itu, bahawa janji menghapuskan lebuhraya bertol hanya
termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat peringkat Persekutuan dan
tidak terpakai untuk Selangor.
“Ianya dalam manifesto persekutuan. Kita
tidak menang di peringkat persekutuan,” kata Khalid, menurut laporan
The Sun 1 Jun lalu.
“Khalid tidak patut memandang rendah
kebijaksanaan rakyat Selangor. Kita semua tahu yang kita tidak menang di
peringkat persekutuan,” kata Gobind dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, Khalid selaku menteri
besar yang mentadbir negeri Pakatan Rakyat sepatutnya mencari jalan
untuk menghalang pelaksanaan projek itu yang jelas bertentangan dengan
prinsip Pakatan.
“Kita menang di Selangor. Lebuhraya ini
termasuk dalam Selangor dan kerajaan negeri ada kuasa besar untuk
hentikannya, atau paling tidak, memberi tekanan agar kerajaan
Persekutuan menangguhnya.
“Sama ada manifesto Persekutuan mahu pun
Selangor, jelas bahawa Pakatan menolak jalanraya bertol, pendirian yang
dipegang sejak Pilihanraya Umum (PRU) 2008 hingga 2013. Khalid tidak
boleh lari daripada prinsip ini. Beliau perlu berhenti memberikan
gambaran yang beliau seorang yang lemah,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Khalid memaklumkan
telah mengarahkan Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Ahmad
agar menganjurkan satu sesi taklimat tertutup di antara Lembaga
Lebuhraya Malaysia dengan pihak-pihak yang terlibat.
Mengulas hal itu, Gobind menggesa Khalid
memberi jaminan bahawa beliau “sentiasa terbuka untuk menangguhkan
projek itu” selepas mendengar bantahan yang akan disuarakan dalam
taklimat itu nanti.
“Jika ia hanya ‘window dressing’ – sesi
penerangan yang tidak memberikan kami apa-apa pilihan, maka ia tidak
akan membantu apa-apa pun.
“Beliau juga perlu mendengar pendapat
semua penduduk terutama Jawantankuasa ‘Say No to Kidex’ (SNTK), kerana
mereka sememangnya berhak menyuarakan pandangan sebelum apa-apa
keputusan diambil,” katanya lagi. – Roketkini.com
0 orang berkata:
Post a Comment