Datuk direman kes tembak kontraktor
- Ahli perniagaan berstatus datuk direman tujuh hari bersama empat individu lain bagi siasatan kes tembak kontraktor.
TEMERLOH – Lima individu, termasuk seorang ahli perniagaan berstatus
datuk, direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan
kejadian tembakan membabitkan seorang kontraktor elektrik di Jalan
Zabidin, Mentakab, di sini, 30 Mei lalu.
Datuk berusia 48 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh bersama dua lelaki dan dua wanita secara berasingan.
Kenderaan polis yang bawa ahli perniagaan itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.45 pagi semalam diikuti trak polis yang bawa empat individu yang lain lima minit kemudian.
Mereka dibawa ke hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Temerloh Norita Mohd Noh bagi perintah reman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh.
Dalam kejadian minggu lalu, seorang lelaki parah selepas terkena dua das tembakan di rusuk di depan kedai elektrik miliknya di Jalan Zabidin berhampiran dengan Bangunan Umno Mentakab.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.15 malam itu, Munirkrishnan Muniapy, 37, dari Taman Bukit Bendera Intan, Mentakab, di sini, dipercayai terkena dua daripada tiga das tembakan dilepaskan suspek.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, semasa kejadian mangsa yang merupakan kontraktor elektrik berbual dengan suspek di depan kedainya.
“Selepas itu saksi terdengar tiga das tembakan sebelum mangsa rebah dan suspek lari dengan kereta. Mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

0 orang berkata:
Post a Comment