Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAKIM TOLONGLAH BERSIKAP PROFESIONAL !

Aduuyai , JAKIM jangan jadi budak-budak, sepatutnya JAKIM keluarkanlah hujah percanggahan pandangan diantara KKM yang disahkan oleh JAKIM sendiri dengan anggota JAKIM yang mengatakan Cadbury itu bebas dari DNA babi. ADA APA-APAKAH DIANTARA KALIAN ?

Jika diantara ustaz-ustaz JAKIM hendak makan choklate Cadbury itu bertan-tanpun, maka itu bukan persoalannya untuk meyakinkan pengguna, TAKKAN ITUPUN TAK BOLEH FIKIR ! JAKIN janganlah mengelirukan minda rakyat yang sudah lama celik akibat percaturan laporan yang dibuat - Ikhlas dari Pak Karamu

 

Tuesday, June 3, 2014

Demi Cadbury!! Ustaz-ustaz JAKIM akan adakan demo makan coklat ..



Setelah semakin banyak persoalan yang timbul dan banyak pihak mempertikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir mengenai status coklat Cadbury, Ustaz-ustaz di JAKIM akan mengadakan demo makan coklat tersebut.

Persoalan yang timbul ialah mengapa Jamil Khir Baharom tergesa-gesa untuk mengadakan sidang akhbar mengenai hasil analisis Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang itu dua hari lebih awal dari yang dijanjikan oleh Ketua Pengarah JAKIM..

Sedangkan sebelum ini Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha beberapa hari lalu menjanjikan bahawa keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap dua jenis coklat keluaran Cadbury yang didakwa mengandungi DNA babi hanya akan diumumkan pada Rabu..

Oleh kerana ianya diumumkan pada hari Isnin sudah tentu Kakitangan Jabatan Kimia telah dikerahkan untuk melakukan analisa hingga ke hari Ahad.

Adakah ini untuk melindungi Cadbury yang telah terjejas penjualan atau untuk menjaga kepentingan umat Islam?

Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas. 
"Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya.

Selain PPNS, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) juga mempersoalkan tindakan JAKIM itu..

“Kami mengesa Panel Pengesahan Halal Malaysia melihat semula cara serta proses sesuatu fakta dikeluarkan yang berkenaan dengan kehalalan sesuatu produk ditentukan. Sehingga kesahihan dan ketepatan maklumat ditentukan, semua pihak perlu berhati-hati dan merujukan kepada fakta secara objektif.”

Bagi MAPIM pula walaupun pemeriksaaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk iaitu bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia, namun ia kini sudah menjadi isu nasional yang sangat mengelirukan .

“Konflik maklumat tidak seharusnya berlaku antara agensi kerajaan yang berwibawa apabila ia melibatkan kepentingan orang awam. Daripada episod yang telah berlaku, ternyata ia telah menimbulkan ledakan kemarahan yang memuncak dari pelbagai pihak.” Tegas MAPIM lagi..

Bagai dijangkakan oleh banya pihak...Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi. 

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.  
"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. 

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.


Bersungguh-sungguh sekali pihak JAKIM dalam mempertahankan coklat Cadbury ini nampaknya, hingga mereka sanggup melakukan demo makan coklat tersebut bagi menyakinkan ummat Islam di negara ini.. KENAPA?.. Ada udang disebalik batu ke?

4 orang berkata:

Anonymous said...

depa ni dah mentekedaghah duit haram banyak sangat kot... apa nak kesah telan cadbury. biaq pi la depa 'ustad' semua ni. JAKIM dah jadi JAKUN!!!

Anonymous said...

Tiap2 yg syubhah( ragu2) itu haram, maka kalau kita ragu2 kesucian cadbury maka haram bagi kita makan, bukan penting sgt coklat tu. Biar lah depa nak kata halal ka, kalau kita ragu2 maka kita letakkan haram . Lagi pun cadbury syarikat amerika buat apa nak ambil peduli.

Anonymous said...




Jakim & ulamak dah jual agama? Merokok hukumnya harus difatwakan haram, DNA babi tu apa hukumnya... boleh jadi halal agaknya, beruntungnya orang islam di Malaysia.


Anonymous said...




Jakim & ulamak dah jual agama? Merokok hukumnya harus difatwakan haram, DNA babi tu apa hukumnya... boleh jadi halal agaknya, beruntungnya orang islam di Malaysia.


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.