Wednesday, June 4, 2014
JANGAN BELASAH KAWAN BILA KALAH
1. Amat menghairankan, tiba-tiba "hudud" dijadikan salah satu faktor kekalahan DAP dalam Prk P76 Teluk Intan.
2.
Dalam meraikan hubungan dan semangat PR, kenyataan dan analisa "separa
masak" oleh Yb. Gobind Singh, AP Puchong yang mengaitkan isu "hudud"
sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan calon DAP di
Teluk Intan amat-amat dikesali. Sebaliknya isu "hudud" sedikit pun tidak
terkesan ke atas pengundi-pengundi bukan Melayu dalam Prk Bukit Gelugor
yang berlaku hanya selang beberapa hari.
3.
Semangat dan rasa hormat menghormati dalam PR sepatutnya berlaku secara
timbal balik, bukan hanya di satu pihak sahaja. PAS sentiasa berusaha
menjaga perkara ini, malangnya DAP kerap kali selalu terlupa atau
sengaja lupa akan hakikat perkara ini.
4.
Isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan adalah isu di
peringkat negeri Kelantan semenjak tahun 1993, sudah dibincang di
pelbagai peringkat dan oleh pelbagai termasuk pimpinan DAP. Tetapi
kenyataan Yb. Gobind tersebut, jelas menunjukkan kegagalan beliau dalam
memahami isu tersebut.
5.
Sebagaimana PAS tidak pernah mengkritik ideologi, prinsip dan strategi
politik DAP secara terbuka lebih-lebih kepada media, maka sepatutnya
secara bermoral DAP diharapkan dapat melakukan perkara yang sama. Buat
ke sekian kalinya DAP perlu faham walaupun enggan terima, bahawa
"hudud" adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.
6.
Pada asasnya PAS boleh menerima sikap kontra DAP dan Yb. Gobind
terhadap isu hudud, sebab kita semua bersetuju untuk "semua pihak berhak
tidak bersetuju". Tetapi meletakkan isu tersebut sebagai faktor
kekalahan adalah jauh daripada kematangan berpolitik. Sepatutnya faktor
calon, pengundi, isu setempat dan gerakerja parti bertanding yang
menjadi bahan analisa. Amat malang sebuah parti yang sudah dianggap kuat
dan berpengaruh dikatakan kalah, kerana suatu isu yang tiada hubungkait
dengan kawasan berlakunya pilihanraya tersebut. Adakah ini menunjukkan
parti yang bertanding gagal melaksanakan tanggungjawab penerangan kepada
pengundi?.
7.
Dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang ditandingi oleh PAS dan
berakhir dengan keputusan kalah pada pihak lawan, seingat saya belum ada
kenyataan-kenyataan terbuka pemimpin PAS yang meletakkan isu dan rakan
sekutu sebagai salah satu daripada faktor kekalahan.
8.
Secara peribadi kaedah membelasah kawan apabila kita kalah dalam
sesuatu perlawanan adalah jauh daripada kematangan dan hanya menjarakkan
lagi hubungan khasnya dalam PR. Jangan akhirnya kita sendiri mengeluh
atas tindakan-tindakan yang "kurang manis" yang kita lakukan.
9.
Sebahagian yang terlibat mengundi Yb. Gobind di Puchong dan melakukan
gerakerja pilihanraya semasa Pru13 yang lepas adalah juga ahli dan
penyokong PAS. Sehubungan dengan itu, nasihat saya ialah kita
masing-masing menjaga perasaan dan sensitiviti prinsip dan ideologi
perjuangan parti kita. Semoga keharmonian ini tidak tergugat dengan
kenyataan-kenyataan yang melukakan, yang hanya bakal memanjangkan jangka
hayat BN untuk terus berkuasa.
Muhammad Sufyan Ismail
YDP PAS PUCHONG
3 orang berkata:
PAS wajib pertahan hudud walaupun terpaksa hilang kawan, pilih nak jaga hati kawan @ nak jaga islam. Peduli dgn DAP dia memang x faham pas, saja kait isu. Tegakkan agama allah walaupun hanya dpt 1 undi.
Adalah amat menyedihkan apabila kita dsalahkan apabila DAP kalah.PAS perlu tegas dengan parti sekutu. Sikap berlemvut ini menyebabkan PAS selalu dihentam DAP dan PKR. Bagaimana kita nak memerintah jika tidak ada ketegasan. Islam perlu tegas dan berani. Biar padan dengan DAP kalahpun.
Jenis kapir..jiwa kacau sikit bilapun dia tak ngam dgn isle...tadak ko org melayu berani pecahkan kepala otak keturunan kapar ni. Pak mapus doh anak pulak jadi kure ajar
Post a Comment