TU LA KOME . KAN TEMAN DAH KABOKAN , JANGAN CABO SURUH HADI BAWA PEH KELUWO PR, TAPI KOME DEGIL, KONON NYE KOME JE ADA PERASAAN, NAH SEKARANG BILE ADA YANG PANEH BARAN, RAHSIA DAH BOCO, BARU LA KOME MENGELABAH ! ^%$#*&........^^%$#@$^*&^% ? PERJANJIAN MACAM MANE ? %$#@*&^@#^% ..... KALO DAH SAMPE TAHAP NI ELOK LA CARI PUNCA KRISIS SELANGO NIH , HUKUM DEME, KERANA DEME YANG MULAKAN ! Pak Karamu
Berhenti bincang, tunggu mesyuarat 10 Ogos
SHAH
ALAM - Semua peringkat kepimpinan Pas digesa menghentikan perbincangan
mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
Selangor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak bersabar menunggu keputusan mesyuarat Pas Pusat mengenai perkara itu bulan depan, lapor sebuah portal.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap perkembangan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan Pas dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.
“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” katanya.
Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum.
Ekoran pendedahan itu, PKR meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR.
Dalam perkembangan berkaitan, DAP turut mengecam tindakan itu dan menyeru pimpinan Pas Pusat mengambil satu pendirian tegas menolak cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong PR di seluruh negara terhadap Pas.
Sementara itu, Mustafa berkata, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin Pas.
“Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” ujar beliau lagi.
Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.
“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Mustafa menambah, Pas telah memutuskan isu berkaitan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat pada 10 Ogos nanti.
“Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut,” katanya lagi

9 orang berkata:
Haji hadi dari dulu lagi tanak dgn pakatan tapi nik aziz tak bagi.skrang ni nik aziz dah kuasa nak larang lagi pun dia dah tak secergas dulu.pandai2 la pas lepas ni samaada terus bersama pakatan,bersendirian atau bersama bn.klu tak suka kena kecam dgn pkr n dap kluar aje mesti bn backing punya.untung sabut timbul untung batu tenggelam..apa adahal !
Pas lebih baik bersendirian,kerana dasar parti tak sama,terutama dalam memperjuang undang2 hudud,yang lain takmau,ada yang tentang dan ugut mengugut ini menjadi terhalang cita2 perjuangan untuk membebaskan bumi malaysia dari jenayah dosa maksiat yang tidak akan selesai sampai kiamat malah semakin dasyat kejadian jenayah akhir2 kini dan selamanya.undang2 manusia dan undang pencipta,mana yg betul.
Lepas hudud kelate siap nnti(kalo amno x tipu pas le)rakyat yg beriman nk tunggu hadi dipotong lidah krn jelas fitnah orang jual pil kuda...amacam puak pas bangang boleh setuju!!!
Renung jauh-jauh tengok dan teliti perjuangan al qassam dan jangan sekali-kali berbaik dgn umno. Kerana umno adalah musuh politik pas no. 1.
Pas perlu kpd perjuangan asal penubuhan. Penyokong pas x lari kemana..jgn bimbang. Pkr & dap pun x hormat perjuangan pas. Apa nak kisah. Kajang move sebenarnya dah lama dirancang pkr
Pkr sebenarnya tak hormat perjuangan kawan2. SILA baca di blog gigitan kerengga, ttg rancangan pkr
Pas tak perlu terpengaruh dgn umno.....sebab umno mrmang iblis kerjanya nak menghancurkan pas sahaja. Berbaik lah dgn pkr dan dap......sejarah membuktikan umnolah yg paling byk menfithnah pas.
Tentang kajang move setiakawan,tentang apabila pilihanraya umum atau kecil setiakawan,kesepakatan la.. Tapi apabila pas nak mendapatkan sokongan setiakawan dalam undang2 hudud,semua hentam yang dikata setiakawan ni tadi,tambah DAP lagi dasyat menghentam seolah dia yang akan kena hukum tuhan yang memberi jaminan keselamatan untuk dunia itu,akhirnya PAS lah sorang2 dalam keadaan ini apabila kawan menghentam tambah lawan lagi seronok la xpayah keluar modal dan membiarkan kawan gabungannya hentam dan tidak setuju tegar.. So dimana DIMANA PAS? DIMANA SETIA KAWAN? BILA HUDUD ALLAH TERLAKSANA? ISLAM KAH KITA TANPA HUDUD? APA KITA NAK JAWAB DIHARI AKHIRAT NANTI? "Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri"
Hj hadi dan mustafa ali tak relevan dalam politik baru
Kekadang pening gak bila baca komen dan crite politik ni tapi nampak semacam umno sedang memerhatikan perkembangan kecelaruan yg berlaku dalam rumah pakatan.menunggu masa untuk gerak saraf.tak tau apa yg sedang berlaku dlm pakatan,harap dapat jelaskan terperinci.semoga pnjelasan yg akan terbit ada lah penjelasan yg membina. Pada pendapat kami orang kampong yg tak cerdik ni.orang2 dalam politik ni sama jer,minta disokong bila jadi calon,bila menang lain pulak agenda mereka.yang sengsara kami yg mnyokong. Wallahualam.buat lah apa saje atas dunia ni kalau buat baik maka diakhirat nanti dpt balasan yg baik gitu lah sebalik nye.semuanye dapat kita lihat nanti.semua kite akan mati tiada yg terlepas.
Post a Comment