Ahad, 27 Julai 2014
Isu MB: Saya sokong kenyataan Presiden - TG Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS
bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri
Besar Selangor.
Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.
"Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.
Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.
"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.
"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

1 orang berkata:
Pemimpin pkr susah nak dpt projek dibawah khalid. Oleh krn x masyuk maka pelbagai isu la. Sama la dgn team muhyisembab x dpt projek. Tapi najib cerdik pandai settle. Pkr ni pyh nak cakap. Slmt terbungkus pada pru 14
Post a Comment