Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUN TAK BEST KE BEBAS ? KALO PKR BERTANDING BOLEH MENANG KE ?

Monday, September 29, 2014

Khalid Ibrahim mahu letak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?


Kesan dari krisis MB Selangor yang berpanjangan terhadap PAS telah kita lihat dalam PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini..

Walaupun tidak menyeluruh, kita perlu akui krisis yang menyaksikan sikap berdolak dalik pemimpin-pemimpin PAS telah memberikan kesan terhadap PRK tersebut..

Jika spekulasi ini bertukar menjadi nyata, kita akan menyaksikan kesan dari krisis MB Selangor tehradap PKR pula..

Dengan pengundi yang berjumlah 34,784, Peratus keluar mengundi 87.02% dan undi rosak pula 596, Tan Sri Khalid yang bertanding atas tiket PKR telah memperolehi 18,591 undi.

Mengalahkan calon BN yang memperolehi 15,597 undi dengan majoriti 2,994 ... Mampukah PKR mengekalkan kerusi ini ditangan mereka andaikata benar Tan Sri Khalid akan metekakkan jawatan..

Aku jangkakan majoriti akan merosot dengan teruknya kalau jadi PRK...
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.
Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini. Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tike PKR.

Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor. Jawatan MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya Abdul Khalid masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

Abdul Khalid juga dikatakan tidak berminat menyertai Pas atau UMNO. Sebagai wakil rakyat bebas, Abdul Khalid akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih dalam pertimbangan Abdul Khalid dan masih belum muktamad.--MalaysiaGazette

3 orang berkata:

XUMNO said...

Elok juga Khalid letak jawatan Adun Pelabuhan Kelang supaya kita boleh lihat samada PKR diterima atau ditolak oleh pengudi rakyat Selangor dalam PRK nanti. Di Pengkalan Kubor, Pas kalah di Dun umno dan dikecam hebat oleh Dap dan PKR, kita mahu lihat apa reaksi mereka di Pelabuhan Kelang nanti.Jika di Pengkalan Kubor PKR hanya membantu secara minimal, Pas patut lakukan serupa di P Kelang.

Anonymous said...

Harap2 pkr kalah teruk...BN mng baru padan muka...Hidup Umno

Anonymous said...

Ho ho ho.. Hidup umno tuhh.. Dah konpem ke boleh menang?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.