Boleh tegur tapi jangan hina
BATU PAHAT - Ulama Pas melahirkan kekesalan apabila terdapat segelintir ahli parti yang menghina golongan tersebut.
Perwakilan dari Dewan Ulama Pas Pusat, Mokthar Senik berkata, golongan ulama terbuka menerima teguran tetapi bukan dengan cara menghina.
“Sejak akhir-akhir ini, banyak kritikan dilontarkan kepada ulama. Dalam ucapan perwakilan ulama diangkat kemudian dipukul, sikap apa ini?
“Ulama bukan maksum, tapi tegurlah dengan baik, bukannya (cara) menghina,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Pas ke -60, di sini, semalam.
Katanya, tanggapan golongan ulama tidak boleh ditegur adalah salah dan perlu diperbetulkan.
“Jika ulama senyap kami dikatakan jumud dan apabila beri pandangan dilabel sebagai tidak sabar. Ini persepsi yang kita kena betulkan.
“Malah, ada yang cakap ulama tidak pernah turun padang. Saya nak beritahu, ulama bukan setakat turun padang, kita turun ke kubur, demonstrasi dan mahkamah untuk beri sokongan parti,” katanya.
Beliau turut menggesa ahli parti menjadikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh pemimpin ulama yang perlu dicontohi.
“Kalau Pas tidak sokong kepimpinan ulama, siapa lagi nak sokong? Jangan hanya asyik cari serpihan kelemahan ulama untuk ditonjolkan pada khalayak, " katanya.

4 orang berkata:
Blogger juga kena faham jgn buat kluar cita supaya umum jgn tahu...jaga aib kan lebih baik
Ada anwar kesah.... Mana dia peduli.
DYM hantar dua surat beritahu lebih daripada dua bukan satu pun tidak anwar pedulikan.
Ada aku kesah. ABU, Bye bye PR. Bye bye semua. Bye bye PRU14.Semua calon dari parti manapun tidak layak dapat undi. Korang semua serupaaaa. . . . .
Aku tetap sokong pas walaupun bumi terbelah dua slagi pas letakkan alquran & sunnah sebagai pegangan
Post a Comment