Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENDAM TAK SUDAH ? UST HADI KENA JAWAB

[BONGKAR] Patutlah Dia Sebut BARUA... Ada Kepentingan Peribadi Di Selangor (?)


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS.

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?)

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana.

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi.

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya.

15 orang berkata:

Anonymous said...

Biasa la propaganda dr pkr...pkr ni kan pandai mengatur propaganda ttp x mampu nak bukti....pemimpin sendiri dituduh liwat...tapi x mampu menepis serangan itu....propaganda pkr + pasma

Anonymous said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

AL-HUJURAAT Ayat : 6

Anonymous said...

Dulu pkr tak habis habis, sekarang pas pulak tak habis habis. Buat kerja la woi. Jangan dok terlebih politik. Setakat melepas geram buat apa. Asyik orang sakitkan hati aku, aku pula sakit orang. Meyampah aku. Akhlak kebendanya ni.

Anonymous said...

Suruh blogger tutup blognya @ pembaca berhenti baca blog...baca kitab je. Propaganda sebenar dr blogger2

Anonymous said...

Pas teruk... pkr lg teruk.. umno langsung x boleh pakai... yg utg DAP... yg kaya mca... yg masukkkkkk mic

Anonymous said...

Dalam konteks ini siapakah yang fasiq itu...tuang oresideng atau din ayam?

Anonymous said...

Kuala kedah tetap kuala kedah.. Petikan ustz rizduan md nor, biar lah orang nk baca doa apa pun,sebab mereka nk mgadu pada allah sekiranya ada berlaku kerosakkan disesuatu keadaan.. Kuala kedah dia ada autonominya sendiri,sebab itu klau pas menang di kedah msti ada kerumitan di posisi kuala kedah,mb dari posisi lain naik akan berdepan dengan kapasiti 4 DUN ini. Sebab inilah tuhan menguji dan kalah selagi grombolan posisi ini wujud.

Anonymous said...

Apa nk jadi dengan pas,eh golongan perosak pas yang sentiasa dan terus membuat kerosakan mengikut hawa nafsu masing2,sebab inilah malaysia tidak akan dapat diperintah dulu kini dan selamanya,mungkin masih trdapat para2 jahil,bungah,munafik,broker,barua yg masih ada dalam pas.

Anonymous said...

Mangkuk ayun oiiii!! ko dah tau siapa yg buat dajjal tu.. ko sebut ja la. bior semua orang tahu. ko ni cam UMNO gak.. kempen merata tempat nuar kaki liwat tp bukti tak bagi.. kito tau la tu peliwat.. tp jgn ckp ja. cam Azizah ckp pasal jam omega.. dok kata ada kat dia.. bila ditanya, disuruh tunjuk sbg bukti.. sampai la ni tak buat. korang ni cakap mcm lubang taik kena liwat!!!

Anonymous said...

Ayoyo... banyaknya barua dlm PAS. Dah mula keluar sekor-sekor... lps ni barua jenis apa pulak nak timbul. PSSMAmmmmmmmpus dah mula msin peranannya!!!

Anonymous said...

Ahli bawah yang dok gaduh.

Anonymous said...

Ahli atas jgn dok tengok saja...walaupun masih dlm pakatan....dlm servey secara bodoh di kwn kg di kedah....ahli2 pas memang x kan sokong pkr & dap dah.....ahli bawah paling bahaya....sbb diaorang yg nak memangkah...bos2 atas tunggu makan syuruuu ja. X caya ckp saya...dipersilakan anwar ibrahim mai buat ceramah umum di kedah...kita nak tengok berapa ramai hadir berbanding dulu.

Anonymous said...

Pengundi yang tak berparti ramai.

Anonymous said...

Ahli PAS undi pas, ahli pkr undi pkr, ahli dap undi dap. Tak ada calon parti di kawsan mengundi tak payah pangkah atau pangkah umno. Janji puas hati ya tak. Apa daaaa. Yang untung umno. Dulu kini dan selamanya.

Basar said...

Bawak la ke sprm jika dakwaan itu benar.
Raja Idris Sepupu DYM Sultan Selangor bukanya kerabat di raja terengganu. Sahabat baik TGHH puluhan tahun.

Tapi yang membawa Raja Idris ke dalam GLC di Selangor bukan TGHH bukan TSKI dan bukan DYM tetapi penasihat eknonomi negeri selangor merangkap ketum merangkap peliwat merangkap suami jijah.

Di bawa masuk bagi memudah cara di antara PR dan Istana serta membolehkan kempen free anwar berlangsung dengan jayanya.
Jika tidak sudah pasti Raja Idris di high light oleh ketum atau rafizi.

Menantu kerja di GLC Selangor pun salah, saham yang diberikan kepada pekerja yang layak pun salah. Buatlah laporan SPRM, tengok ada ketidak penyalahgunaan kuasa.

Suami Ketum isteri presiden anak naib presiden boleh pulak.

Alasan pasmas nak jatuhkan TGHH dangkal.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.