Digelar rasis, menteri bidas DAP
SHAH ALAM - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas DAP yang dikatakan meminta
beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan isu pembeli
rumah Bumiputera.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman kelmarin memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
"Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?," soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.
Beliau turut mempersoal sama ada 'DAP sudah besar kepala' apabila enggan mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah Bumiputera turut perlu dibela.
"(Apabila) saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan Bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?
"Kalau begitu saya juga boleh kata DAP rasis (apabila) perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pulau Pinang tidak termampu dibeli oleh orang Bumiputera. Apakah DAP tidak rasis (apabila) projek perumahan kos rendah atau mampu milik di (Pulau Pinang) oleh agensi kerajaan Pusat tidak diberi kelulusan?" katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Abdul Rahman turut menegaskan beliau tidak menerima nasihat daripada parti rasis seperti DAP.
Beliau kelmarin berkata menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah Bumiputera yang 'dianaktirikan' oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera.
“Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.
Menurutnya, kementerian itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

2 orang berkata:
Teruskan usaha anda YB. Dlm hal ni walau aku bukan penyokong BN.. aku sokong tindakan beliau. Hal ni dah bertahun berlaku.. REHDA atau persatuan pemaju yg jadi hantunya. Teruskan YB. Kena kat Cina tuduh rasis. kena kat melayu.. depa kata demokrasi. Sat lagi ni ada la melayu yg backup cina DAP ni. Harap PKR pun buat siasatan sama dlm hal ni.. baru adil dan telus. Jgn harap DAP.. depa tu penyangak. PAS pun toksah sibuk.. hsl dalaman parti pun lom setel.. PASMAmmmmmmpusssss pun lom selesai
Teruskan siasat hingga hancur berderai, sekiranya dap terlibat kita pecah boraikan hingga rakyat tahu siapa dap...siapa pemaju bukan bumiputera....
Post a Comment