• Bakal haji dari Kemboja yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengaminkan doa selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Anjung Tinjau, KLIA di Sepang hari ini. - Foto Bernama  

1 / 1
SEPANG - Sebanyak 98 jemaah haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA),  selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan yang ditempah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi.
  
Menurut ketua rombongan Ariffin Ismail kesemua jemaah itu sepatutnya terbang ke Jeddah semalam menerusi Saudi Airlines.
  
"Tetapi disebabkan kesilapan tiket penerbangan yang bukan ditempah sebagai penerbangan haji sebaliknya penerbangan biasa maka jemaah tidak dapat meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, tempahan tiket untuk penerbangan itu dibuat melalui ejen di Phnom Penh dan kini pihaknya sedang berurusan dengan ejen dan pihak Malaysia Airlines di negara itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
  
"Kami semua berharap masalah itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membolehkan jemaah sempat sampai sebelum hari wukuf di Arafah iaitu pada 3 Oktober," katanya.
  
Jemaah berkenaan tiba pada Khamis lepas (25 September) menerusi dua penerbangan MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah semalam. - Bernama