Aku percaya jika calon pas naik menjadi
MB...sah pilihanraya negeri Selangor. Ini memerlukan Pas mengkaji semula
peranan dalam Pakatan , atau bertanding bersendirian lebih bermaruah
setelah bertelagah mengenai jawatan MB. Di ketika inilah PAS dijangka
akan kehilangan lebih separuh dari apa yang dimenanginya
Datuk
Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu
Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.PKR
hari ini sekali lagi menegaskan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
tetap menjadi pilihan parti itu bagi jawatan menteri besar Selangor dan
tiada kompromi dibuat bagimenukar pendirian itu.
Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas
desus mengatakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju
secara lisan melantik calon lain adalah tidak tepat."Sebarang berita
kononnya Anwar bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai
berita lain adalah tidak tepat. "Keputusan
dan pendirian PKR adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang
tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan.
"Maka, sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan. – 21 September, 2014.
Posted by
AMIR Wartawan Rasmi LR
10 orang berkata:
Best...
Kalah menang belum tau... Masuk dulu baru tahu..
Jangan kata hebat.. Bila pas kluar pakatan smua habis.. Mgkin menang x bnyak,atau kalah truk.. Sbb pas sudah 60 thn dlm politik,ahli akar umbi rmai..
Kena ingat bila pas keluar mungkin umno/bn dpt2/3 negeri
Tahniah UMNO.. pkr dan pas bergaduh.. umno dan DAP yg utg.. sifat manusia jelas mudah lupa...
Kita cuba dulu...lepas tu kita cakap..kita nak tengok sape yg cakap besar..inilah perkara yg BN harapkan2.
PRN...slmt mencuba
Penglibatan PAS selama ini adalah dakwah melalui politik. Kalah menang semua ditentukan Allah.
Pkr akan jadi mcm S46....tinggal bt nesan...jgn dok sombong sangat mu naikpun kerna sokongan org pas, kalau harap puak mu nak gantung posterpun takde org sanggup..piiiirahh
Sebagai pengundi Selangor ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang
Sempitnya dunia. Dalam apa keadaan pun, keputusan ketua keputusan keramat. Jangan pandai2 nak ubah. Kalau pihak lain pertahan keputusan ketua, disindir pula dgn menghina 'bukan maksum'. Itulah politik Malaysia.
Belum cuba belum tahu. Kalah nak buat macam mana .apa hal pun aku tetap bersama pas.sememang nya dari dulu lagi aku tak pernah suka dengan pkr dan dap.umno lagi sori .salamat jalan romeo
Post a Comment