Kes 2 Adun Pas dibincang mesyuarat akan datang
KUALA LUMPUR - Keputusan siasatan berhubung dua Adun Pas, Saari Sungib
dan Hasnul Baharuddin mewakili Morib dan Hulu Kelang yang didakwa
mengkhianati parti dengan memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pas
Pusat pada masa akan datang.
Mengesahkan kenyataan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan ke atas dua Adun tersebut akan diserah dan dibincang oleh Pas Pusat terlebih dahulu dan hanya akan diserah kepada Lembaga Disiplin Pas jika diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.
"Saya akan serahkan dan maklum kepada jawatankuasa Pas Pusat dan bergantung pada Pas Pusat untuk buat tindakan selanjutnya.
"Perkara ini akan dibincang dalam mesyuarat seterusnya. Saya rasa saya akan serah perkara ini kepada Jawatankuasa Pas Pusat, dari situ kita n putuskan sama ada akan serah hal ini kepada Lembaga Disiplin atau tidak," katanya.
Mustafa ketika ditemui pemberita hari ini menjelaskan, penyelesaian bagi kes kedua Adun itu baharu diputuskan sekarang setelah mengambil kira keadaan semasa parti tersebut.
"Pas menghadapi bermacam masalah. Sekarang baru ada masa untuk selesai isu ini. Saya ada sebut awal dahulu, tunggu keadaan reda dan (perkara lain) selesai baru ada masa untuk ini.
"Dulu banyak masalah, sekarang soal Menteri Besar Selangor, muktamar, dan PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, baru kita boleh bincang," jelasnya.
Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari Sungib yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Tindakan dua Adun tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kedua-dua Adun tersebut dipanggil untuk bermesyuarat hari ini.
Dalam pada itu menurut Mustafa, pertemuan yang berlangsung lebih satu jam itu diadakan secara sulit tanpa melibatkan pimpinan tertinggi Pas yang lain
"Kedua mereka dipanggil secara berasingan dan seorang demi seorang untuk menjelaskan apa yang berlaku," ujarnya.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butir perbincangan yang telah berlangsung.

7 orang berkata:
Bincang lagi.. Mmg pas kaki lambat buat keputusangggg..
Anon 8.11 ni kenapa? Marah sungguh! Kalo inilah sikap ahli pas, mmg jadi barua sbb x boleh nak pikir..tp ramai lagi ahli pas yg boleh pikir rasional.... Diorg akan raise up utk pimpin pas yg dah carca marba..
Anon 8:11 aku sokong hang. nak buat keputusan pecat atau tidak barua tu pun susah. macam-macam alasan. patutnya bila mamat barua tu sain saja SD sokong azizah terus bersidang bermesyuarat. ahli parti sendiri pun tak berani nak ambil tindakan, susahlah macam ni.Apatah lagi dah isyhtihar nak tanding atas tiket DAP. nak simpan apa lagi??? kadang-kadang terfikir betul juga kata orang... presideng PAS sekarang ni Presideng PAS Terengganu ja. Apa yg ditakutkan pun tak tahu. setakat menantu hilang jawatan dlm Perangsang Selangor/ GLC selangor biar ja. takkan tak percaya rezeki kot. kalau BMW yg dah nak lingkup pun bole mofify jadi macam BMW 7series yg baru, apa nak heran. Makin lama makin pelik PAS ni. nampak imbuhan dunia lebih. dulu memekak Pak Lah dikontrol menantu. Presideng pun dah ikut sama. PAS ooooo PAS.
Pas lambat bt kputusan..spatutnya dh pecat 2 adun yg belot itu.. Betul dlm ajk pas pusat ramai golongan pasma.pasma pro pkr.boleh dikata badan pas tapi kepala pkr.bila berlaku mcm ni parti yg dasar islam tadi dpt diracuni dan boleh mati perjuangan islam sebenar.cuma yg jadi kuat lagi masih ada majlis syura dan presiden kalau tidak pas mungkin jadi dasar sekular pragmatik mcm pkr. Dimana silapnya. Minta majlis syura buat ketepatan baru dan merombak ahli majlis msyuarat ajk pas pusat dan memilih ahli yg ada ilmu islamnya.kalau dari segi politik rugi,tapi untuk parti islam menjadi kukuh dan kuat.. Hrp majlis syura membersihkan parti islam yg tercemar ini sblum suatu hari nanti npk sama dgn parti lain..sekularisme.
Harapan kami anak muda,agar majlis syura membersihkan kotoran yg ada dlm ajk pas pusat.. Jangan syg nk buang ahli yg lama dlm pas tapi dh pro sekular.. Boleh di katogeri munafik.. Sebab nanti parti akan rugi selamanya..walaupn untung dlm pilihanraya tapi islan x boleh p kmana..ada penghalangnya.
Ya minta majlis syura merombak semula ajk pas pusat sbb didalamnya sudah ada musuh dlm selimut.buat siasatan golongan pasma dan ganti ahli pimpinan baru,sblum pas rosak dari dalam. Saya teringat kisah benar seorang pencuri duduk dlm sbuah rumah sewa company yg membeli kunci mangga dan menasihat kwn2 lain kunci supaya tak dimasuki pencuri.tetapi pencuri ada didalam. Kita hrp pas dpt membersihkan org2 pro sekular ini dari dlm kepimpinan.amin.
Anon 8:11 tu bkn ahli pas...aku kenal dia...dia ahli seronok2 ja...mcm kambing kena hujan
Post a Comment