Rabu, 1 Oktober 2014
Azmin akan menghadapi cabaran besar
Aspan Alias
Anwar dengan penuh ‘politeness’
telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor.
Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri
Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri
Besar dahulu.
Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan
kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini
yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai
Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu
yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri
Besar dahulu.
Maka nyata yang matlamat untuk
meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak
kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu
supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan
beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar
yang baru ini.
Kalau dia gagal untuk meletakkan
isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata
setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya
menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa
daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau
walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.
Inilah sebenarnya kemahuan Anwar
yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk
memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya
untuk berkuasa.
Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya
untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang
diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de
facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.
Lebuhraya Kidex, pengambil alihan
projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan
dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala
perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat
kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau
sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.
Kita tidak tahu apa untungnya
kepada beliau dengan menunjukan ototnya itu. Yang pastinya sekarang ini Pakatan
Rakyat sedang di ambang kesusahan untuk menghadapi rakyat selepas ini. Beliau
tidak lagi mendapat sokongan ramai semasa berada di Seberang Jaya tiga hari
yang lepas kerana masalah penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan Anwar
selama ini.
Bagi setengah pihak, inilah
caranya untuk memberikan perbezaan di antara beliau dengan Khalid Ibrahim.
Khalid telah melakukan yang terbaik, lebih baik dari mana-mana MB atau Ketua
Menteri di negeri-negeri yang lain.
Untuk menambah-baik keadaan pentadbiran
adalah susah untuk menandingi Khalid, maka untuk menunjukan kelebihan dari
Khalid ialah dengan mencungkil dan tercari-cari kesalahan Khalid, 'ibarat orang
mencari kutu'.
Selalunya badan yang mempunyai tanggungjawab
untuk mencari kesalahan sesiapa yang berkuasa, seperti MACC dan badan penguat
kuasa yang lain yang bercakap tentang isu ini, bukannya pemimpin politik. Ahli
politik merupakan penggubal dasar dan perlaksaan dasar dan penguatkuasaan
dasar-dasar itu adalah tanggungjawab pihak pelaksana dasar.
Seperti apa yang berlaku dalam
isu pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi oleh berpuluh orang pegawai kastam
negara sekarang ini adalah tugas pelaksana untuk mengumumkan apa-apa yang
sedang berlaku. Kita boleh saksikan sekarang tidak ada pihak politikus untuk
memberikan komen.
Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.
Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.
Biar pihak MACC membuat apa-apa
kenyataan yang berkaitan dengan pertuduhan pegawai Kastam itu. Begitu jugalah
dengan isu Khalid Ibrahim. Biarkan pihak MACC mengendalikan kes Khalid Ibrahim
jika ada kesnya.
Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.
Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.
Saya tidak percaya ada kes
terhadap Khalid, tetapi jika ada pun biarlah pihak penguatkuasa dan pihak
pelaksana undang-undang untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu yang
dibangkitkan Anwar ini. Khalid sendiri meminta beliau disiasat dan Anwar boleh
memulakan tindakan menyiasat ini.
Khalid pula dalam reaksinya telah
memberitahu semua yang beliau pun mahu disiasat oleh mana-mana agensi termasuk
MACC bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan jahat pihak yang mahukan beliau
digantikan dengan Wan Azizah.
Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.
Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.
Khalid tentulah mahu namanya dibersihkan setelah dicemar oleh rakan dalam partinya sendiri yang akhirnya
mendapat surat
pemecatan yang pastinya dengan kehendak Anwar itu.
Samada Azmin mampu untuk menolak
tekanan dari Anwar ini, sama-sama kita saksikan nanti. Jika semasa sebelum
pilihanraya umum yang lalu Anwar telah memberikan amaran yang beliau akan
mengambil tindakan kepada mana-mana agensi yang beliau mahu sebaik sahaja mendapat
tempat di Putrajaya itu, menunjukan yang beliau mempunyai dendam kesumat yang
tidak dapat disorokkan lagi.
Tetapi malang bagi beliau cita-cita hendak menjadi
Perdana Menteri selepas PRU13 itu tidak kesampaian dan telah menyalahkan semua
pihak diatas kegagalan beliau dan PR untuk memperoleh mandat yang cukup untuk
mentadbir Putrajaya. Hajatnya tidak kesampaian walaupun ada beberapa doanya
telah termakbul oleh Allah s.w.t..
Azmin sudah pasti berhadapan
dengan dilemma yang besar, iaitu untuk akur kepada Anwar atau akur kepada
keperluan moral dan politik rakyat Selangor.
Apabila Anwar dengan yakinnya
memberikan kata dua kepada Khalid itu, ia bermakna yang beliau seolah telah
mendapat kuasa melalui Azmin dan akan bertindak terhadap mereka yang beliau
sudah membencinya itu.
Jika Azmin lemah dalam menghadapi
kerenah Anwar ini, maka tidak dapat dipersalahkan sesiapa dihari muka jika
Azmin terpaksa memikul beban Anwar lagi.
Di mana-mana rakyat sedang memikul
bebanan yang dicetuskan oleh Anwar kerana matlamat beliau bukannya untuk
memperbaiki keadaan negara dan negeri tetapi sebaliknya untuk menunjukan yang
beliau mempunyai otot yang besar dan boleh memulas sesiapa sahaja yang beliau
mahukan.
Tetapi buat masa ini orang ramai
masih menaruh harapan terhadap Azmin. Jika sebaliknya berlaku, itu bukan salah
siapa lagi, tetapi semua kesalahan itu adalah kesalahan Azmin kerana rela
memikul beban pimpinan yang bermasalah dalam PKR itu.
Bagi rakyat biasa yang menumpang
berteduh di Selangor ini, kita hanya mampu untuk berdoa agar Azmin akan terbuka
hatinya untuk bersifat luhur dan mengurangkan tindakan bermusuhan dengan
mana-mana pihak. Mencari musuh itu, kata orang, hanya mengecilkan padang kita sendiri.
Bersifat adil dan saksama itu
sepatutnya menjadi matlamat kepimpinannya. Nelson Mandela tidak pernah
memenjarakan lawan dan musuh beliau yang telah memenjarakan beliau hampir tiga
dekad oleh kerajaan Arpatheid Afrika Selatan dahulu.
Kita berharap Azmin mempunyai
jiwa besar dan akan menyatukan semua pihak seperti Mandela lakukan. Semakin
berumur kita sepatutnya kita akan menambah kekayaan jiwa kita.
Jangan
terikut-ikut dengan pemimpin atau sesiapa yang melayani nafsu amarah mereka
yang sentiasa meletakkan seseorang itu berada di dalam kefakiran jiwa.
Mencari ‘reconciliation point’
di antara kehendak pemikiran dan hati itu merupakan perjuangan besar bagi Azmin
Ali. Itulah dia yang dinamakan pengorbanan, jangan setakat sedap bercakap
sahaja.
Azmin perlu mengimbangi amal dan
ibadahnya dan sentiasa merujuk kepada mereka yang berjiwa kaya dan elakkan dari
menerima rujukan dari mereka yang terlalu ‘obsessed’ bisikan khatir yang
sentiasa mahu melihat kita berpecah di antara kita.
Pemimpin yang lemah selalunya
akan berjaya menguasai kita jika mereka lihat di antara kita berpecah belah.
Jika keadaan aman, pimpinan yang buas nafsu untuk berkuasa semata-mata untuk
kuasa itu tidak akan ke mana-mana.
5 orang berkata:
Salam
kalau nak harap pihak umno yg dedahkan sampai mampos depa tak dedah. Apa yg anwar minta itu ada rasionalnya utk kebaikan rakyat sebelum projek2 tersebut diteruskan jika kelak kerajaan pr selangor yg akan di persalahkan 100%.
Kamu ni pak karamu harap aje phd tapi benda mcm ni pun nak guna otak kepala lutut.
wasalam
Setuju pak karamu memang bodo....batu api ala ug....
Ada PhD bukannya bererti pandai.. Aku pin ada phd. Tp boleh pikir dari admin
Ayat tu mcm ug je....... pandai sangat gi jadi ketua umum.
This article is interesting and useful. And let me share an article about health which insha Allah will be very useful if we use it again for others.
Obat Untuk Mengobati penyakit osteoarthritis
Cara Mengobati Penyakit Gula Darah
Obat Untuk Penyakit TBC
Cara Mengobati Jamur Mulut
Cara Pemesanan
Post a Comment