Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR
SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR.
Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin
ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam
pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan
komponennya.
Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.
“Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.
“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan ‘kedegilan’ rakan-rakan sekutunya dalam PR.
“Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.
“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya.
Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.
Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.
Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.
Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.
Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.
Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.

15 orang berkata:
Jika PAS keluar PR, alamat panjang lagilah liku perjalanan PR ke Putrajaya. Silap haribulan nama PR pun entah ujud lagi ke tidak menjelang 2 kali lagi PRU.
PR akan diganti dgn PAL
P- pakatan
A- anwar
L- Lim kit siang
PAS memang mahu keluar PR. PAS sedang menunggu masa untuk keluar PR. Untuk keluar dari PR, PAS akan mula berlagak sebagai abang besar, supaya PKR dan DAP merasa tidak selesa.
PAS harus muhasabah diatas kifarah yang berlaku disebabkan pakatan yang tidak membawa apa apa faedah pada ISLAM
Bagus ..... PAS keluar dari PR . Ini lah saat yang kami tunggu .... lagi cepat lagi bagus ... PR akan bergerak terus kedepan dengan mantap tanpa PAS di Selangor . Kami rakyat sedia meraikan suasana tersebut . PAS tiada prinsip . Kami tidak suka sikap parti yang begitu !!!
tiada prinsip ? mula-mula pkr maki hamun pas, pas diaaaam ! lepas tu dap hentam pas, depa kata PAS khianat, PAS dengan nada lemah "Tak patut la depa kata gituuuuu ! hu hu hu Pi la mabuuuuk ! Pak Karamu nak ingatkan PAS, jangan sampai dayus ye ! Nanti sia-sia saja berjuang atas dasar islam, AKU GERAM SUNGGUH DENGAN KESABARAN PAS NIH !
Dap akan tuntut balik kitab bible khalimah allah dlm bahasa melayu yg dirampas jais..
Pas tiada prinsip??? Tengah ada kau tak nak, sibuk nak bagi kat bagi orang lain.Lepas tu pi mabuk satu kampung dengan kawan kau.Pas pulak yang cuci muntah kau orang.Orang nak berdamai, kau ajak bertumbuk pulak.Pas tiada prinsip????? Akai kau mana??Jangan ingat orang bingung macam lembu .Tu lah berkawan lagi dengan yahudi mabuk.
Batu api....api dalam serkan. Gengam bara api sampai jd arang.
Pas tidak ada prinsip?
Apa prinsip pkr? Nak selamat kan annuar kan?
Apa prensip dap.? Kesamrataan?
Lihat apa jadi kpd.melayu singapura yang diperintah oleh anang nya PAP
setuju pas keluar dpd si kunyit dan ais cream. bergerak sendirian dpd bersekongkol partner terang terang halang hudud. ke putrajaya buat apa mcm nasib di selangor , exco di kurangkan. pas hanya pegang portfolio kuasa federal , tiada maruah pas msh di barisan yg ada. fikir kan para ulama pas, kifarah dan bala selubong mu mu sb dayus di perkotakatikkan. pls jgn fikir putrajaya jika di perlekehkan , mana letak nya maruah mu
setuju idea tuan yg bijak sana, hanha org dayus sanggup di perhambakan
ulama di perkudakan pemimpin gila kuasa , bgn lah ulama dan ahli pas beri STOP pada erdogan laknat. bukan iklas tp ada udang balik mee atau ular dlm semak. bangun lah dgn penuh maruah tinggalkan laknat dan anjing tersepit. sudah lama jadi hamba. pendiam ulama misti cekal dlm tegak keberanan. belum keputra jaya di perlekehkan.
bijak dan ada visi serta tahu game si laknat kunyit dan ais cream. setuju dgn tuan. tp ulama pas masih bahlul dan bacul sb takut erdogan
ulama pegang tali allah bukan hormat pada bixsexual dan belakang taroh, sapu bini org, takut balasan allah . takut pada balasan allah jika sekongkol dgn munafik dan 2 alam. ingatlah ahli pemimpin ulama lupakan gerega, lupakan belakang taroh, lupakan sabun
Post a Comment