14/10/14
Hadi: Bukan Islam boleh minum arak tapi...
Tidak
selesa dengan amalan orang bukan Islam tidak bermakna orang Islam boleh
melarang mereka mengamalkan budaya mereka, kata Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Menjawab soalan berkaitan kontroversi
pesta arak Oktoberfest, Abdul Hadi berkata sekalipun pengambilan arak
dibenarkan kepada bukan Islam, tetapi ia tetap dilarang bagi orang
Islam.
"Kita tak ganggu orang bukan Islam dalam
perkara yang diizin agama (mereka), selain bercanggah, yang langgar
fitrah manusia. Seperti upacara bakar isteri yang kematian suami.
"Islam tak benarkan korbankan wanita
bila suami mati. Ada dalam adat-adat biasa, walau tak selesa, perkara
dibenar oleh agama dia, sama-sama dia. Tapi ada kawalan, jaga
sensitiviti," katanya dalam satu sesi soal jawab di Gombak semalam.
Abdul Hadi yang juga naib ketua kesatuan
ulama sedunia menjawab soalan berkaitan sejauh manakah sikap toleransi
amalan masyarakat bukan Islam yang bercanggah amalan orang Islam seperti
Oktoberfest.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata
dalam pemerintahan Islam memberi hak kebebasan agama, berbudaya dan
berbahasa sekaligus tidak boleh menghalang sesuatu perkara yang
diizinkan oleh Islam.
Boleh berfoya-foya?
Memberi contoh pendekatan kerajaan PAS
di Kelantan dan Terengganu bahawa lesen menjual arak diberikan kepada
bukan Islam tetapi dengan syarat ia dijual kepada bukan Islam sahaja.
"Ini contoh dia. (Orang Islam) tak boleh
ganggu perkara yang diizin oleh agama dia (bukan Islam). Kita tak tahu
berfoya-foya (dalam) agama dia benar ke? Agama dia pun tak benar kot. Ke
tak ada agama.
"Kena ditapis, sejauh mana agama dia benarkan. Atau dia tak ada agama? Atau dia komunis? Komunis tak ada agama.
"Perkara yang diizin dalam agama dia,
maka kawalan mesti dibuat supaya tidak sentuh sensitiviti penganut Islam
dan agama lain yang tak setuju perkara yang sama," katanya.
Ketika zaman kemuncak kegemilangan Islam
di pelbagai pelosok dunia, MP Marang itu berkata, orang Islam boleh
memerintah dengan aman tanpa berlaku pertembungan agama dan budaya.
Mkini
0 orang berkata:
Post a Comment