Al-Fatihah!!! (Gambar2) Bekas Timb. Speaker DUN Kedah, Ust. Ahmad Izzat Selamat Dikebumikan Bersebelahan Pusara Almarhum Ust. Azizan, Bekas MB Kedah
ALOR
SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki,
34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 11.10
malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan akibat
komplikasi kencing manis.
Jenazah
Allahyarham yang juga bekas Timbalan Speaker Dun Kedah dan Bekas Adun
Bukit Lada dibawa pulang ke rumah ibunya, di Batu 2, Lebuhraya Sultan
Abd Halim sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.
Adun
Alor Mengkudu, Ahmad Yahya berkata, jenazah disemadikan di tanah
perkuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara
bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri
Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.
“Solat jenazah kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki
dan seorang perempuan berusia antara tiga hingga 10 tahun.
Pada 20 September lalu, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah
secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian
menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya
akibat pendarahan.
Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala
Allahyarham, selain doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan
kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami ‘minor
stroke’.
Pada
Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham Ahmad Izzat memenangi kerusi DUN
Bukit Lada menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ariffin Man
dengan majoriti 208 undi, setelah mendapat 9,600 undi berbanding Ariffin
9,392 undi.
Beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, setelah tewas kepada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mewakili BN dengan majoriti 1,324 undi. Ahmad memperoleh 12,664 undi manakala Allahyarham mendapat 11,340 undi.
CORETAN ANAK MUDA
Beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, setelah tewas kepada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mewakili BN dengan majoriti 1,324 undi. Ahmad memperoleh 12,664 undi manakala Allahyarham mendapat 11,340 undi.
CORETAN ANAK MUDA
Ternyata,
pemergian Almarhum Ustaz Izzat Shauqi pada jam 11.10 malam (13 Okt
2014) amat mengejutkan saya. Kesedihan ini pastinya bukan sahaja dirasai
oleh keluarga Almarhum bahkan turut dirasai juga oleh semua kader-kader
dakwah yang dibentuk oleh Almarhum. Juga teman-teman seperjuangan
beliau samada dalam Dewan Pemuda Pas Pokok Sena, Dewan Pemuda Pas Negeri
Kedah serta keseluruhan pendokong jamaah Islam.
Sejak
mendapat berita ini hanya doa sahaja dapat dititipkan dari jauh moga
Almarhum Ustaz Izzat Shauqi ditempatkan Allah swt bersama orang-orang
yang beriman serta amal soleh Almarhum diterima Allah.. Amin.
Termenung
seketika memikirkan kenangan serta jasa Almarhum yang cukup banyak
samada pada diri yang faqir ini dan juga gerakan Islam yang tercinta
ini.
SEMUANYA ADALAH PELUANG DAKWAH
Seingat-ingat
saya, perkenalan dengan Ustaz Izzat Shauqi bermula pada Disember tahun
2006 apabila saya di minta oleh Ustaz Ahmad Yahya (kini Yang Berhormat)
untuk membantu Madrasah Taklimiah al-Khairiah (MTK) di Tok Keling, Alor
Mengkudu yang menganjurkan Kem Bina Insan. Satu program tahunan MTK
kepada masyarakat di samping untuk mencari dana pembangunan MTK sendiri.
Ketika itu Ustaz Izzat Shauqi menjawat jawatan Guru Penolong Kanan di
MTK.
Banyak
yang saya bualkan dengan Ustaz Izzat sepanjang program tersebut. Antara
yang diluahkan kepada saya ialah sikap orang Melayu yang tidak
mengutamakan pendidikan Islam serta kefahaman agama kepada anak-anak
mereka. Anak-anak yang meningkat remaja tanpa kefahaman agama ini mudah
rosak serta terlibat dengan gejala sosial dan akhirnya akan mengganggu
pendidikan mereka di sekolah. Apabila sudah dibuang sekolah menengah,
barulah terkial-kial datang ke sekolah agama rakyat (SAR) seperti MTK
untuk belajar dan ditarbiah. Pada usia 16 dan 17 tahun, ia bukan perkara
yang mudah.
Namun
kata Ustaz Izzat Shauqi, kita yakin dengan agama, yakin dengan
al-Quran. Seteruk manapun jiwa yang datang, jiwa itu kosong. Maka jika
disiram dengan tekun, mereka pasti berubah menjadi manusia yang
benar-benar manusia. Inilah peluang dakwah yang ada pada para pendidik
yang belum tentu ada pada profesion lain.
DARI SEKOLAH ATAP KEPADA YANG BERHORMAT.
Pada
pilihanraya umum yang ke 12, saya teruja apabila mendapat tahu Ustaz
Izzat Shauqi dicalonkan oleh PAS Kedah bagi bertanding di kerusi DUN N9
Bukit Lada. Selain Ustaz Izzat Shauqi hanya beberapa calon lain sahaja
yang bertanding di Dun Kedah dari suara pemuda. Ustaz Izzat Shauqi yang
mewakili PAS berhadapan dengan Dato Ariffin Man dari BN yang mana calon
BN tersebut jauh lebih berpengalaman serta berusia. Perbezaan umur
mereka kira-kira 17 tahun. Namun ia tidak menjadi halangan buat Ustaz
Izzat Shauqi, beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 208
undi.
Kemenangan
Ustaz Izzat Shauqi telah mencatat sejarah yang tersendiri, pada usia 29
tahun beliau menjadi Yang Berhormat termuda dalam sidang Dun Kedah.
Beberapa tahun selepas itu dilantik pula sebagai Timbalan Speker Dewan
Undangan Negeri Kedah bagi menggantikan YB Abdul Ghani Ahmad yang
dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.
Perubahan
status ini langsung tidak menghalang beliau untuk rapat dan mesra
dengan sahabat-sahabat yang lain. Disantuni kami semua sama seperti mana
beliau yang dulu. Beberapa kali hadir ke Kuching Sarawak ketika saya
masih di sana untuk terus menyebarkan risalah Islam. Jika kita
menghubungi beliau dengan panggilan telefon dan tidak berjawab, Ustaz
Izzat Shauqi pasti akan menghubungi kita semula selepas itu. Beliau juga
begitu tekun memenuhi jemputan kuliah, ceramah serta acara-acara lain
samada dianjurkan parti, kerajaan mahupun masyarakat setempat.
KENANGAN AKHIR.
Ketika
pulang ke Kedah sekitar pertengahan bulan September yang lalu, saya di
jemput kuliah di Masjid Alor Madi, Anak Bukit. Alhamdulillah, kehadiran
yang memberangsangkan daripada masyarakat sekitar. Selepas kuliah baru
saya tahu, bahawa kehadiran saya pada malam itu adalah untuk
menggantikan kuliah mingguan Ustaz Izzat Shauqi. Mendapat maklum bahawa
kesihatannya banyak terjejas dan sudah dimasukkan ke hospital.
Kali
terakhir berjumpa dengan Ustaz Izzat Shauqi kira-kira setahun yang lalu
di Pantai Samila Beach Thailand. Perjumpaan tanpa dirancang, difahamkan
Ustaz pada ketika itu bersama bondanya menziarahi sanak saudara mereka
di sana. Banyak perkara yang kami bualkan apatah lagi pada ketika itu
PAS baru sahaja hilang Kerajaan Negeri Kedah. Perbincangan agak panjang
lebar sambil menghadap laut, sekali sekala wajahnya disentuh lembut
bayu. Hasratnya masih besar, matlamatnya masih sama, Islam harus
didaulatkan semula.
Perginya
tentu disambut dengan kesedihan, namun semangat dan ruh perjuangan
Almarhum tetap bersama kita semua dan obor perjuangan ini tetap akan
diteruskan. Ketika saya menulis secebis kisah pengalaman ringkas ini,
tentunya jasad Almarhum telah pun selamat disemadikan. Berhampiran
insan-insan hebat yang lain, Almarhum Ustaz Fadhil Md Nor, Almarhum
Ustaz Shauqi Ibrahim dan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.
Buat
sahabatku Ustaz Izzat Shauqi, pemergianmu amat berat untuk dihadapi
oleh kami semua. Moga rahmat dan kasih sayang Allah bersamamu... Amin.
Nazmie Samarahan (Kanan: Penulis)
19 Zulhijjah 1435H
1 orang berkata:
kd 10
ferragamo belts
adidas ultra boost uncaged
nmd
yeezy boost 350
adidas crazy explosive
nike cortez men
hogan outlet online
moncler outlet
Post a Comment