Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.
Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin Pas itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan Pas pada masa akan datang.
"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.
"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menegur sikap Hadi kerana seringkali tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PR dan membelakangkan keputusan yang diputuskan badan itu.
Tanpa berselindung, Guan Eng berkata, agak sukar bagi PR untuk terus beroperasi apabila Pas mempunyai pemimpin yang boleh 'menolak segalanya', termasuk keputusan yang dicapai ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini.
Ketika ditanya tentang sikap Hadi itu, Anwar bagaimanapun mengesahkan dakwaan Guan Eng itu sambil memberitahu pemimpin Pas itu tidak kerap menghadirinya.
"Saya tidak mahu beri tuduhan negatif kepada Hadi. Jadi dia akan hadir mesyuarat akan datang.
"Saya rasa komunikasi dengan dia tiada masalah," katanya lagi.

6 orang berkata:
Pas ni dlm apa hal lembab
kalau tak sokong DAP PKR ko kata lembab? Bangang sungguh ko ni! Kalau dah lembab.... singkirkan PAS dari PR dan gantikan ngan PASMAmmmmmmmpus!!! Ada berani????
Org cakap lebih senang dari buat.. Keadaan sekeliling,tingkah laku,amanah kepada islam,prkara prbincangan merugikan islam atau tidak,bila perlu pakai tak perlu biar.bila nak hudud lari. Keaadaan tu menjadi faktor,lebih baik diam dari cakap.
Tambahan- org yg brcakap x tau punca jdi x faham sampai mati.bodoh sepanjang zaman.
Daripada di paksa sokong peliwat baik tak usah hadir
Daripada menyekutukan Allah S.W.T baik tak usah hadir
Kita sudah tahu pkr, dap, pasmas dan anwaris mahu menghapuskan ulamak di dalam Pas.
Ikut mereka tidak ikut mereka matlamat jelas tiada kabur.
Ikut rentak depa buat apa, depa nak menguasai kerajaan pusat bagi menghapuskan Islam sebab UMNO tidak berani berbuat demikian.
TSKI dinyahkah daripada jawatan MB kerana mempertahankan Islam.
Bawah tapak kaki anwar tiada syurga, jauh lagi bawah tapak kaki LGE
Adalah lebih baik TGHH tidak menghadirkan diri. Kalau hadir pun TGHH kena ikut semua keputusan anwar dan DAP.
Huduf langsong tak boleh sebut sedangkan itu agenda utama PAS.
Mesyuarat perlu berlaku multi lateral discussion. Pandangan semua pihak mesti dihormati.
Cukop lah Pas diwakili oleh penjilat cina DAP dan hantu peliharaan anwar.
Kalau tak suka dan fed up dengan PAS ,apa tunggu lagi? Tendang la PAS. PAS tak rugi apa apa. Putrajaya bukan matlamat utama PAS.
Dan jangan harap PAS akan biarkan negara ini dikuasai oleh melayu ,yang dicucok hidong oleh cina DAP.
siapa melayu itu? Malas nak habak. Kalau masih belum nampak tak payah cakap politik disini.
Post a Comment